Followers

07 September 2009

Nuzul Quran 1430H

Alhamdulillah, harini 17 Ramadhan 1430H bersamaan 7 September 2009 merupakan hari yang penting di dalam kalendar Islam.

Pada hari inilah, suatu peristiwa yang penting dimana bermulanya penurunan kitab suci Al-Quran kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Peristiwa yang berlaku pada 610M masih diingati hingga ke hari ini.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jenayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Al-Quran diturunkan sebagai pelengkap dan panduan kepada umat akhir zaman.

Firman Allah:
"Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan)."
(Al-An’am:38)

Marilah kita sama-sama terapkan budaya membaca Al-Quran di dalam kehidupan seharian kita.
Jadikan Al-Quran sebagai panduan hidup kita. Selagi kita berpegang teguh kepada Al-Quran dan As-Sunnah, nescaya kita takkan sesat untuk selama-lamanya.