Followers

30 January 2010

10 things you don’t know about NOKIA


1) The ringtone “Nokia tune” is actually based on a 19th century guitar work named “Gran Vals” by Spanish musician Francisco Tárrega. The Nokia Tune was originally named “Grande Valse” on Nokia phones but was changed to “Nokia Tune” around 1998 when it became so well known that people referred to it as the “Nokia Tune.”

2) The world’s first commercial GSM call was made in 1991 in Helsinki over a Nokia-supplied network, by Prime Minister of Finland Harri Holkeri, using a Nokia phone.

3) Nokia is currently the world’s largest digital camera manufacturer, as the sales of its camera-equipped mobile phones have exceeded those of any conventional camera manufacturer.

4) The “Special” tone available to users of Nokia phones when receiving SMS (text messages) is actually Morse code for “SMS”. Similarly, the “Ascending” SMS tone is Morse code for “Connecting People,” Nokia’s slogan. The “Standard” SMS tone is Morse code for “M” (Message).

5) The Nokia corporate font (typeface) is the AgfaMonotype Nokia Sans font, originally designed by Eric Spiekermann. Its mobile phone User’s Guides Nokia mostly used the Agfa Rotis Sans font.

6) In Asia, the digit 4 never appears in any Nokia handset model number, because 4 is considered unlucky in many parts of Southeast/East Asia.

7) Nokia was listed as the 20th most admirable company worldwide in Fortune’s list of 2006 (1st in network communications, 4th non-US company).

8) Unlike other modern day handsets, Nokia phones do not automatically start the call timer when the call is connected, but start it when the call is initiated. (Except for Series 60 based handsets like the Nokia 6600)

9) Nokia is sometimes called aikon (Nokia backwards) by non-Nokia mobile phone users and by mobile software developers, because “aikon” is used in various SDK software packages, including Nokia’s own Symbian S60 SDK.

10) The name of the town of Nokia originated from the river which flowed through the town. The river itself, Nokianvirta, was named after the old Finnish word originally meaning sable, later pine marten. A species of this small, black-furred predatory animal was once found in the region, but it is now extinct.

p/s: Dan skrg nokia bkn sekadar telefon yg digunakan untuk menelefon shj malahan bley gak amek gambo, tgk muvee, surf net, GPS. Mantap!

29 January 2010

Ketulusan Hati

Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya.

Tertulis disitu "Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat ".

Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu.

Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka. Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka.

Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.

Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya.

Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi "Kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku".

Maka pergilah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu.

(Beberapa bulan kemudian.....)

Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.

Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah.

Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut. "Catrina?"

Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "Aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu" kata jejaka itu.

Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, "Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu".

Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini?
Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa. Dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina.
Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu?




p/s: Kena try gak cara ni. Haha. Nak selit Nota dalam buku kat Library ar

28 January 2010

Jom Mengundi!


Arini election kampus. So first time guna e-undi. Mudah, Cepat dan Menjimatkan masa. Tapi telus ke? Aku tak berani nak komen. Kang komen byk2, kena tangkap lak. Haha.

Siapa yang patut menang?
Siapa yang patut jadi perwakilan dalam MPUM?
Siapa yang patut aku undi?

Ntah ar. Yang penting bagi aku, tgk manifesto yang dibentangkan. Bukan tgk siapa orangnya dan bukan tgk apa parti yang dia sertai. Yang penting dia adalah orang yang mampu meminpin dengan baik, jujur, serta boleh memikul amanah yang telah dipertanggungjawabkan. Pemimpin berkualiti bukan berdasarkan paras rupa dan kepetahan berkata2, tetapi ialah bagaimana dia mampu melaksanakan setiap tugasan dan tindakan yang dibuat bagi kepentingan orang di bawah jagaannya.

Selamat mengundi. Mengundi biarlah dengan jujur dan TELUS. Jgn biar apa yang pernah berlaku kembali berulang. Bukak perdana mail, tgk surat dari ayahanda. Hehe.

p/s:Aku antara yang terawal kot undi. Hahaha. Bangga siot

25 January 2010

Adakah ANDA Tahu? Siri 2


1. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam. [Urusniaga di 7-Eleven juga beroperasi selama 24 Jam]




2. Orang lelaki mudah mendapat buta warna, 10 kali ganda berbanding wanita. [Buta huruf tidak mengenali jantina]




3. Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan. [Untuk senyum anda hanya menggunakan sedikit otot sahaja berbanding untuk masam atau "cetung" dalam bahasa Terengganu. Oleh itu, SENYUM SOKMO]




4. Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi. [Kenapa tak banyak kereta guna tenaga solar????]




5. Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter. [Air pancut di Dubai atau dikenali sebagai Dubai Fountain adalah antara yang tercantik di dunia.]



6.Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam. Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza. [Mcmne kalo org yang tak cukup rambut???]



7. Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia. [Cuba bayangkan perjalanan darah untuk manusia yang sedang naik darah]



8. Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu (UV). [Cyclops dalam cerita X-Men juga mempunyai kuasa pada matanya dan adakah beliau dari spesies ikan emas yang mutant?]



9. Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembuluh darah. [Walaupun kulit ayam goreng sedap dimakan tetapi ia tinggi kandungan lemak dan ianya dijual pada harga RM1 untuk 7 keping di pasar malam. Sambutan dari pembeli amat menggalakkan]



10.Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri. [Haruan jek makan anak!!!]





p/s: Fakta: Kita boleh capai apa yang kita mampu fikirkan cuma bagaimana cara untuk kita capai, terpulang pada kita.Jom kita fikir dan imagine pastu usaha untuk mencapainya.(-,-)

24 January 2010

Adakah ANDA Tahu?


1. Mao Tse Tsung tidak pernah memberus gigi sepanjang hayatnya. Beliau mengunakan air teh utk berkumur dan akan mengunyah daun teh mentah utk membersihkan giginya. (sape x tau Tse Tsung cari kat tenet. kang tulis byk2 kena lak)


2. Purata sebatang pensel boleh melakar garisan lurus sepanjang 56 km atau menulis 50,000 perkataan. Amerika menghasilkan dua bilion batang pensel setiap tahun. Jika kesemua pensel itu digunakan utk membuat garisan lurus ia boleh membuat bulatan mengelilingi bumi sebanyak 9 kali


3. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.


4.Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar dengan planet Neptune.


5. Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak.


6. Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.


7. Perut akan menghasilkan satu lapisan mukus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.


8. Kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan.


9. Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 KM.


10. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.

p/s: Fakta: Pada waktu cuti, aku boleh menghabiskan masa aku seharian di hadapan komputer sambil main game + tgk movie + surf info pasal kereta. (Bila nak cuti sem nih)

22 January 2010

A girl with lack-of-smiley face


A girl with lack-of-smiley face
You changed my world with a blink of an eye
You make me changed from worst to best
You make me changed from dark to bright

A girl with lack-of-smiley face
You bring me to the best that I can be
You made magical things to me without you knowing
To bring back my faith that almost fades
Now my life is like a dream come true

A girl with lack-of-smiley face
Until now you just don’t know what you have done to me
You make me feel something that I never felt in my life before

A girl with lack-of-smiley face
You are the only one I looking for
I just want you & your love

A girl with lack-of-smiley face
I will search for you even in the darkness
If you disappear where am I suppose to go?

A girl with lack-of-smiley face
It’s you always
In my heart
In my mind
In my dreams

A girl with lack-of-smiley face
I think I have fall in love with you
Even though…. You are the girl with lack-of-smiley face

Chan
0309am, 22/01/2010
D402, UM


p/s: Andai dia tahu.... umpama menggapai bintang di kaki langit tetapi kaki berpijak di bumi. Huhu...

21 January 2010

TAUBAT SEORANG LELAKI


Suatu malam yang hening, kelihatan seorang lelaki berjalan-jalan di sekitar Madinah dalam keadaan lapar. Dia berhenti di luar sebuah rumah kerana terhidu bau makanan. Imannya belum cukup kuat untuk membuat pertimbangan yang waras dalam menyuluh tindak tanduknya. Kerana terliur dengan makanan itu, dia menyusup masuk ke dalam rumah tanpa izin tuan rumah tersebut.

Melihat makanan yang menyelerakan di satu sudut rumah, dia segera mencapainya. Tetapi tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Kata-kata yang didengarnya daripada Rasulullah s.a.w dalam satu majlis ilmu di Masjid Nabi siang tadi terlintas dibenaknya. Rasulullah berpesan, "Barangsiapa meninggalkan yang haram, dia akan mendapat yang halal." Mengingatkan kata-kata itu, dia tidak jadi untuk mengambil makanan tadi. Dia hendak segera beredar, tetapi ada godaan lain pula. Telah terlihat olehnya barang kemas. Kalau dia ambil, tentu tidak ada siapa tahu. Segera barang kemas itu digenggamnya. Namun sekali lagi niat jahatnya dimatikan. Teringat lagi dia kepada pesan Rasulullah s.a.w, "Tinggalkan yang haram, dapat yang halal."

Diletak kembali barang yang berharga itu. Haram mengambil barang milik orang lain. Namun, sebelum dia beredar...datang lagi satu godaan yang lebih besar. Dadanya berdebar kencang apabila melihat seorang wanita cantik sedang lena tidur di kamar peraduannya. Pintu kamar itu dilangkah masuk. Wanita itu dirapatinya. Tangannya menggeletar, peluh memercik membasahi tubuh. Nafsu membisikkan kata-kata indah untuknya. Berlaku perebutan nafsu dan bisikan kata-kata Rasulullah s.a.w, " Tinggalkan yang haram, akan dapat yang halal."

Akhirnya dia beristighfar dan perlahan-lahan beredar. Berkat pesanan Rasulullah s.a.w yang melekat di sanubarinya, dia berjaya mematahkan keinginan nafsunya. Kelegaan yang amat sangat terasa di hatinya apabila keluar dari rumah wanita tadi dan kemudian memijakkan kaki di Masjid Nabi.

Kerana berjaya dalam peperangan sengit mengalahkan nafsu yang mengajak kepada yang haram, dia diberi ketenangan yang luar biasa oleh Allah SWT.Seketika kemudian, subuh tiba. Selepas solat subuh berjemaah, lelaki itu merebahkan diri di masjid kerana terlalu mengantuk akibat berjaga semalaman. Apabila matahari telah meninggi, seorang wanita datang bertemu dengan Rasulullah s.a.w di masjid. Dia mengadu rumahnya dimasuki orang. Dia takut diganggu lagi, lalu memohon mendapakan seorang pengawal yang dapat menjaga harta bendanya. Setelah ditanya, rupanya si wanita itu seorang janda. Baginda memandang sekeliling kalau-kalau ada orang yang dapat menjaga wanita itu. Melihat lelaki yang sedang lena di suatu sudut masjid, baginda menemuinya. Ditanyakan siapakah gerangannya dan adakah dia telah beristeri. "Saya seorang duda," jawab lelaki itu yang hidupnya kurang terurus selepas kematian isterinya. Baginda bertanya apakah kedua-dua janda dan duda itu bersetuju untuk dijodohkan. Mereka berdua tersipu malu.

Kerana terharu dengan pilihan Rasulullah s.a.w dan teringat perbuatannya malam tadi, lelaki itu tidak dapat menahan diri daripada menangis lalu menceritakan apa yang sebenarnya berlaku di rumah wanita tersebut. Lalu, dia bertaubat. Akhirnya Rasulullah s.a.w berkenan menikahkan lelaki dan wanita itu dengan disaksikan oleh para Sahabat. Demikianlah, berkat meninggalkan yang haram, dia mendapat yang halal sebagai gantinya. Kini, wanita cantik itu dan segala di dalam rumah itu menjadi halal baginya.


p/s: Sedang mencari yang Halal supaya SEGALANYA HALAL. :)

20 January 2010

Kisah Tempayan


Seorang tukang air di India memiliki dua tempayan besar, masing-masing bergantung pada kedua ujung sebuah pikulan, yang dibawa menyilang pada bahunya.

Satu dari tempayan itu retak, sedangkan tempayan yang satunya lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan itu hanya dapat membawa air setengah penuh.

Selama dua tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si tukang air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu saja si tempayan yang tidak retak merasa bangga akan prestasinya, karena dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu merasa malu sekali akan ketidak sempurnaannya itu dan merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari yang sepatutnya dia berikan.

Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, tempayan retak itu berkata kepada si tukang air, "Saya sungguh malu pada diri saya sendiri, dan saya ingin mohon maaf kepadamu.”

"Kenapa?" tanya si tukang air, "Kenapa kamu merasa malu?"

"Selama dua tahun ini, saya hanya mampu membawa setengah penuh air dari yang sepatutnya. Ini kerana terdapat retakan pada sisi saya yang membuatkan air yang saya bawa meleleh sepanjang perjalannan menuju rumah majikan kita. Keaena kecacatanku itu, saya telah membuatmu rugi." kata tempayan itu.

Si tukang air merasa kasihan pada si tempayan retak, dan dalam belas kasihannya, ia berkata, "Jika kita kembali ke rumah majikan besok, aku ingin kamu memperhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan."

Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memperhatikan dan baru menyedari bahzwa ada bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan, dan itu membuatnya sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan, Ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor, dan tempayan retak kemudian meminta maaf sekali lagi kepada si tukang air atas kegagalannya.

Si tukang air berkata kepada tempayan itu, "Apakah kamu memperhatikan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan si sisimu tapi tidak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang lain yang tidak retak itu. Ini kerana aku selalu menyedari akan kecacatanmu dan aku memanfaatkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu, dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air, kamu mengairi benih-benih itu. Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untuk menghiasi meja majikan kita. Tanpa keretakanmu ini, majikan kita takkan dapat menghiasi rumahnya seindah sekarang."

p/s: Jadikan kelemahan diri kita sebagai kelebihan. Seperti yang berlaku pada seorang jepun yang mudah lupa, akhirnya dia berjaya mencipta "Stick On Notes" yg kita gunakan sebagai hari ini. Gunakan sebaik mungkin apa yg dah dikurniakan, kerana DIA tahu yg terbaik untuk kita. Macam tuh gak dalam memilih teman, carilah seorang teman hidup yang dapat menerima segala kelebihan dan kekurangan diri kita. Dan teman itu dapat melengkapi kelemahan yang kita ada. :).

19 January 2010

Tempe


Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tib a tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagi-NYA tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe . Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe . Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi.
"Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe , Amin"

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu matahari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walau bagaimanapun kerana keyakinannyayg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa.
"Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan.

Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe . Dia akhirnya Cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe , tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh d i sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. "Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe , tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.

Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England , si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...


p/s: Kita seringkali ingin setiap apa yang berlaku dalam idup kita mengikut kehendak kita sedangkan DIA Maha Mengetahui. Jgn putus asa untuk berdoa dan berharap pada-Nya. Yang penting, tunaikan segala suruhan-NYA dan tinggalkan apa yang dilarang oleh-NYA. Ya Allah, BERIKANLAH YANG TERBAIK UNTUKKU DAN AGAMAMU"

Test Your STRESS Level

Are the patterns moving?

Or are they perfectly still?
(Start from the first picture)












The patterns are used to test the level of stress a person can handle.

The slower the pictures move, the better your ability of handling stress.

Alleged criminals that were tested see them spinning around madly.

However, senior citizens and kids see them standing still.

None of these images are animated - they are perfectly still.



p/s: Alamak aku stress ke?

18 January 2010

Test Your Eyes

Picture 1
Read it!


Picture 2
Baca Ikut colour. Hehe.


Picture 3
Cari tulisan yang tersirat


p/s: Coba jgn x coba. Ini betol2 bukannya cobaan

Baik-Baik Sayang - Wali Band

Aku Tak Ingin Kau Menangis Bersedih
Sudahi Air Mata Darimu
Yang aku Ingin Arti Hadir Diriku
Kan Menghapus Dukamu Sayang
Karena Bagiku Kau Kehormatanku
Dengarkan Dengarkan Aku

Chorus
Hanya Satu Pintaku Untukmu dan Hidupmu
Baik Baik Sayang Ada aku Untukmu
Hanya Satu Pintaku Di Siang dan Malammu
Baik Baik Sayang Karna aku Untukmu
Semua Keinginan Akan aku Lakukan
Sekuat Semampuku Sayang
Karena Bagiku Kau Kehormatanku
Dengarkan Dengakan Aku

Chorus
Hanya Satu Pintaku Untukmu dan Hidupmu
Baik Baik Sayang Ada aku Untukmu
Hanya Satu Pintaku Di Siang dan Malammu
Baik Baik Sayang Karna aku Untukmu

Chorus
Hanya Satu Pintaku Untukmu dan Hidupmu
Baik Baik Sayang Ada aku Untukmu
Hanya Satu Pintaku Di Siang dan Malammu
Baik Baik Sayang Karna aku Untukmu

p/s: A nice song yang aku suka tanpa ada sebab. I dunno why. :. Layannnn....

16 January 2010

Air Dan Ikan


Suatu hari seorang ayah dan anaknya sedang duduk berbincang-bincang di tepi sungai. Kata Ayah kepada anaknya, “Lihatlah anakku, air begitu penting dalam kehidupan ini, tanpa air kita semua akan mati.”

Pada saat yang bersamaan, seekor ikan kecil mendengarkan percakapan itu dari bawah permukaan air, ia terus menjadi gelisah dan ingin tahu apakah air itu, yang katanya begitu penting dalam kehidupan ini. Ikan kecil itu berenang dari hulu sampai ke hilir sungai sambil bertanya kepada setiap ikan yang ditemuinya,
“Hai, tahukah kamu dimana air? Aku telah mendengar percakapan manusia bahawa tanpa air kehidupan akan mati.”

Ternyata semua ikan tidak mengetahui dimana air itu, si ikan kecil semakin gelisah, lalu ia berenang menuju mata air untuk bertemu dengan ikan sepat yang sudah berpengalaman, ikan kecil ini menanyakan hal serupa kepada ikan sepat itu,
“Dimanakah air ?”

“Tak usah gelisah anakku, air itu telah mengelilingimu, sehingga kamu bahkan tidak menyedari kehadirannya. Memang benar, tanpa air kita akan mati” jawab ikan sepat.

Manusia kadang-kadang mengalami situasi seperti si ikan kecil, mencari kesana kemari tentang kehidupan dan kebahagiaan, padahal ia sedang menjalaninya, bahkan kebahagiaan sedang melingkupinya sampai-sampai dia tidak menyedarinya…..

p/s: Hidup yang kita jalani sekarang ni dah bahagia cuma kita kurang sedar akan hal ini. Kita masih sibuk mencari kebahagiaan yang kita pikir tak ada pada kita.

15 January 2010

Why I Fired My Secretary...

Last week was my birthday and I didn't feel very well waking up on that morning.

I went downstairs for breakfast hoping my wife would be pleasant and say,
"Happy Birthday!", and possibly have a small present for me.

As it turned out, she barely said good morning, let alone " Happy
Birthday."

I thought...

Well, that's marriage for you, but the kids... They will remember.

My kids came bounding down stairs to breakfast and didn't say a word. So when I left for the office, I felt pretty low and somewhat despondent.

As I walked into my office, my secretary Jane said, "Good Morning Boss, and by the way Happy Birthday!". It felt a little better that at least someone had remembered.

I worked until one o'clock , when Jane knocked on my door and said,
"You know, It's such a beautiful day outside, and it is your Birthday, what do you say we go out to lunch, just you and me."
I said, "Thanks, Jane, that's the greatest thing I've heard all day. Let's go !"

We went to lunch. But we didn't go where we normally would go. She chose instead at a quiet bistro with a private table. We had two martinis each and I enjoyed the meal tremendously.

On the way back to the office, Jane said, "You know, It's such a beautiful day... We don't need to go straight back to the office, Do We ?"

I responded, "I guess not. What do you have in mind ?"
She said, "Let's drop by my apartment, it's just around the corner."

After arriving at her apartment, Jane turned to me and said, " Boss, if you don't mind, I'm going to step into the bedroom for just a moment. I'll be right back." "Ok." I nervously replied.

She went into the bedroom and, after a couple of minutes, she came out carrying a huge birthday cake ... Followed by my wife, my kids, and dozens of my friends and co-workers, all singing "Happy Birthday".


And I just sat there...







On the couch...












Naked.

p/s: Kantoi curang! Adoiyai

Schumi, Mercedes GP & Petronas...


Schumacher yang berusia 41 tahun akhirnya kembali ke litar F1. Bukan sebagai penonton ataupun penasihat tetapi sebagai seorang pemandu F1! Ya, pemandu F1 untuk pasukan Mercedes GP Petronas. Ini menjadikan beliau pemandu F1 paling tua untuk musim 2010 akan datang yang pernah memenangi kejuaraan dunia yang paling banyak iaitu sebanyak 7 kali.


Mercedes berjaya menamat hati Schumacher yang sebelum ini dikhabarkan akan menyertai Ferrari kembali. Dilaporkan, Schumi ditawarkan kontrak yang SANGAT lumayan. Pergh mantap!


Petronas pula menjadi penaja bersama Mercedes. Ini akan melonjakkan nama Petronas di mata dunia. Syabas diucapkan. Seluruh dunia akan kenal Malaysia selepas ni.

p/s: X sabo nak tunggu F1 start. Malaysia pun ada team F1 sendiri, Lotus F1 Team. Musim yang sangat mencabar sebab semua pemandu dilengkapi dengan jentera sangat hebat dan juga rules baru yang dikenakan. Good Luck Schumi. :)

14 January 2010

Umpama Garam


Terdapat kisah seorang lelaki muda yang telah berkunjung temu seorang guru untuk menceritakan perihal kesedihan yang menimpa dirinya.

Setelah mendengar kisah lelaki muda itu, guru itu meminta dia campurkan segenggam garam ke dalam segelas air dan meminumnya. Setelah itu guru tadi bertanya:"Bagaimana rasanya?"
"Masin!" jawab pemuda itu sambil meludahkan air tadi.
Sambil ketawa, guru itu menyuruh pemuda itu mengambil segenggam garam lagi untuk dicampurkan dalam tasik yang berdekatan.

Tiba di tasik itu, pemuda itu melakukan seperti yang disuruh, kemudian meminum sedikit air dari tasik itu. Guru itu kemudian bertanyakan rasa air itu. "Enak!" jawab si pemuda.
"Adakah anda rasa kemasinan garam tadi?" bertanya guru.
"Tidak!" jawab si pemuda.

Guru itu kemudian menerangkan kepada si pemuda: "Kedukaan hidup adalah sama seperti garam; ianya sama di m ana sahaja. Bagaimana kita menerima kedukaan yang menimpa, terpulang pada kebijaksanaan kita."

"Jika anda sedang dalam duka, pandanglah sekeliling mu dan lawan kedukaan itu. Jadilah seperti air di tasik ini dan bukan di gelas tadi" pesan guru itu.

p/s: No Pain, No Gain

13 January 2010

Pak Mentua VS Menantu

Kamal baru sahaja berkahwin. Kerana tidak mempunyai rumah, dia terpaksa menumpang di rumah bapa mertuanya. Malangnya, ada sesuatu yang tidak kena. Kamal ni kuat sangat makan. Bapa mertuanya selalu merungut. Beras 20 kg, tak sampai seminggu dah habis. Selalu tak macam ini.

Sejak Kamal duduk di rumahnya... cepat sangat barang-barang dapur habis. Kamal betul - betul menghabiskan borehhh... Kebaikan Kamal pula ialah, dia ni alim sikit. Tak pernah tinggal sembahyang. Malangnya bapa mertuanya tak pulak begitu... Waktu maghrib seronok depan tv tengok Bella... lepas
tu sambung tengok berita... lepas tu makan... lepas tu tidur..esok bangun pukul 8... pergi kedai kopi... bersembang, sampai tengahari. Balik makan, kemudian tidur... petang pergi kedai kopi lagi... main dam, berborak mengalahkan orang politik. Kerana sama-sama ada kekurangan ni lah yang menyebabkan si menantu tak berani menasihati bapa mertua, dan bapa mertua tak berani memarahi anak menantu yang kuat makan.

Tetapi dia terus mencari idea... macam mana nak kenakan si Kamal ni.. Bengang betul dia... dah lah tak kerja... melantak kuat pulak tu... Suatu hari dia dapat idea... nak kenakan Kamal.. "Kamal, mari kita main dam haji... " katanya kepada Kamal... "Boleh juga... " kata Kamal tanpa mensyaki sesuatu. Bila sahaja bermain, dia sengaja membiarkan buah damnya dimakan oleh Kamal... Dia hulur, Kamal makan, hulur lagi... Kamal makan lagi... hulur lagi makan lagi, dan lagi... dan lagi... . " Eh ko ni Kamal... kuat betul makan laa... . agak-agaklaa... " katanya tersenyum.. "Alamak bapak mertua aku ni perli aku ni... mentang-mentang aku kuat makan" fikirnya dalam hati... tapi tak apa...Mereka bermain set kedua... Bapa mertuanya hulur... dia tak makan... hulur lagi, tak makan juga... kena tangkap... tak macam set pertama... dia dah bijak sikit... Bila tak makan, mestilah kena tangkap... (sesiapa tak tahu main dam
haji tentu tak faham cerita ini... )... kemudian bapa mertuanya dapat melangkah hingga ke haji... Apa lagi... . "Ehh orang tak pernah sembahyang pun boleh pergi haji ke... ? Merah padam muka bapa mertuanya... dia nak perli anak menantunya, tetapi dia yang terkena...

p/s: Mcm siud pn ada gak. Hahaks

12 January 2010

Solatku...


Saya solat lima waktu tapi....
Ingat pada Allah hanya lima waktu itu saja
Dan pada masa lainnya saya lupa pada-Nya
Jika Solat saya 10 minit , maka cuma 10 minit itu saja ingat pada-Nya
Mungkin dalam 10 minit itu pun saya masih ingat selain daripada Nya.
Sujud, rukuk, iktidal dalam solat saya masih kosong!

Saya solat lima waktu tapi....
Saya tidak bersyukur pada-Nya.
Padahal dulunya saya amat susah,
Allah yang memberi rezeki pada saya
Dengan rezeki itu saya dapat membeli rumah
Dengan rezeki itu saya dapat menampung keluarga
Dengan rezeki itu saya dapat membeli kenderaan dan sebagainya
Tapi.. hati saya masih belum puas
Saya masih tamak akan harta dunia dan masih menganggap serba kekurangan.

Saya solat lima waktu tapi....
Saya masih menggunakan perkataan yang tidak sopan kepada teman-teman
Saya sering menyakiti hati mereka
Saya sering menghina mereka
Saya sering menghina keturunan dan bangsa mereka seolah olah keturunan dan bangsa saya saja yang paling baik
Pada hal saya sendiri tidak tahu keadaan dan tempat saya di mahsyar nanti.

Saya solat lima waktu tapi....
Saya masih sombong dengan ilmu yang saya miliki
Saya masih sombong dengan amal perbuatan yang telah saya perbuat
Saya masih sombong dengan ibadah yang saya lakukan
Saya masih sombong dan menganggap sayalah yang paling pandai
Saya masih sombong dan merasa saya paling dekat dengan Allah SWT
Dengan berbagai macam cara dan perbagai perdebatan dengan mereka yang tidak sehaluan dengan saya. Padahal saya sendiri belum tahu, redhakah Allah SWT dengan apa yang telah saya perbuat itu?

Saya solat lima waktu tapi...
Saya masih menggunakan ilmu hitam untuk menjatuhkan musuh-musuhku
Saya menggunakan wang bahkan harta serta pangkat dan kekuasaan untuk menjatuhkan manusia yang saya tidak suka.

Saya solat lima waktu tapi....
Saya amat bakhil dan kikir mengeluarkan wang untuk zakat dan sedekah kepada fakir miskin atau kepada anak yatim piatu kerana saya takut hartaku habis dan jatuh miskin.

Saya solat lima waktu tapi....
Saya masih menyimpan sifat dengki dan khianat kepada teman teman yang berjaya dinaikkan pangkatnya atau dinaikkan gajinya dan atau berhasil dalam usahanya, padahal mereka berusaha dan bekerja sungguh sungguh, tapi saya hanya bekerja seperti hidup segan mati tak mau!

Saya solat lima waktu tapi....
Saya mengabaikan anak isteri yang kelaparan dan menderita di rumah,
kerana saya merasa sebagai raja di dalam rumahtangga dan boleh berbuat sesuka hati

Saya solat lima waktu tapi...
masih merungut dan mencaci maki bila saya ditimpa musibah,
walaupun sebenarnya saya tahu sesuatu musibah itu datangnya dari Allah,
kerana perbuatan dan sikap saya sendiri
seharusnya saya sedar kepada siapakah saya mencaci maki itu?

Saya solat lima waktu tapi....
Menuntut ilmu semata-mata mempersiapkan diri untuk berdebat dengan orang lain atau untuk menduga keilmuan mereka dan sengaja mencari-cari mereka yang tidak sehaluan dengan saya,
dan memaksa mereka mengikuti jejak langkah saya,
padahal seharusnya saya sedar tujuan kita menuntut ilmu adalah supaya kita dapat berbuat amal soleh dan beribadah dengan khusyuk dan tidak melakukan syirik kepada Allah (mempersekutukan Allah SWT dengan yang lainnya).

Saya solat lima waktu tapi....
Saya enggan melaksanakan serta kurang bahkan tidak faham dengan firman Allah SWT dalam Al Quran Surah Al-Ankabut ayat 45.
Ertinya:-
"Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun) sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Saya solat lima waktu tapi....
Saya tidak faham dan tideak tahu serta tidak menjalankan dengan benar firman Allah dalam Surah Al-Maa´uun.
Ertinya:-
"[1]Tahukah engkau akan orang yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan)?
[2]Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,
[3]Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang
miskin.
[4](Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan
agama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang -
[5](laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;
[6](Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan
bawaannya),
[7]Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak
mendapatnya)"

p/s: Aku yang mudah lupa. Ya Allah ampunilah dosa-dosaku dan redhailah atas segala apa yang kulakukan. Berilah petunjuk-Mu kepadaku..

11 January 2010

Ibu PEMBOHONG!

Memang sukar untuk orang lain percaya, tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong! Sepanjang ingatan saya, sekurang-kurangnya lapan kali ibu membohongi saya. Saya perlu mcatatkan segala pembohongan itu untuk menjadi renungan anda sekalian. Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagaiseorang anak lelaki dlm sebuah keluarga yg miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan.Ada kalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga. Sbgai anak yg masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk.Ketika makan, ibu sering memberikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata: "Makanlah nak, ibu tak lapar." -PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA

Ketika saya mulai besar, ibu sering meluangkan waktu untuk memancing d tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik.pulang memancing, ibu memasak gulai ikan yg segar dan mengundang selera. Sewaktu saya makan gulai ikan itu,ibu duduk disamping kami dan memakan sisa ikan yg saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu begitu. Hati saya tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, saya memberikan ikan itu kepada ibu.tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata; "Makanlah nak,ibu tak suka makan ikan." -PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi kekedai dgn membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya, abang dan adik. Suatu dinihari, lebih kurang pukul 1.30 pagi, saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu sedang membuat kuih dengan bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya lihat ibu tersengguk kerana terlalu mengantuk. Saya berkata; "Ibu tidurlah,esok pagi ibu kena pergi ke kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." –PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA

Dihujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, Ibu terus bersabar menunggu saya di luar dewan. Ibu sering kali tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa agar saya lulus peperiksaan ini dgn cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan peperiksaan sudah selesai, ibu segera menyambut saya dan menuangkan kopi yg sudah siap dalam botol yg dibawa. Kopi kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu dibasahi keringat saya segra memberikan cawan saya untuk ibu dan menyuruh ibu minum. Tapi ibu cepat2 menolaknya dan berkata:"Minumlah nak, ibu tak haus" -PEMBOHONGAN IBU YANG KEEEMPAT

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas beberapa bulansaya dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.tapi apalah kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yng semakin parah, seorang pakcik yg baik hati dan tinggal berjiran dgn kami datang untuk membantu ibu. Anehnya ibu menolak bantuan itu. Jiran2 sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yg akan menjaga ibu dan mencari wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yg memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka.Ibu berkata: "Saya tidak perlukan cinta,saya tidak perlukan lelaki." -PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA


Setelah abang habis belajar dan mula bekerja, ibu pun sudah tua. Abang menyuruh ibu supaya berehat saja di rumah.Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Abang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata: "Jangan susah2,ibu ada duit."-PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dgn cemerlang kemudian saya pun bekerja dgn syarikat yg telah membiayai pengajian saya. Dgn gaji yg agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dgn penderitaan. Eloklah kalau hari2 tuanya ini ibu habis dgn keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yg baik hati meolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dgn berkata: "Tak payahlah nak,ibu tak biasa tinggal di negara orang." -PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yg ketika itu berada jauh di seberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dgn penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yg menjalari setiap inci tubuhnya. Saya dapat melihat dgn jelas betapa penyakit ibu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian mengucup pula pipi dan dahinya. Disaat itu hati saya terlalu pedih,sakit sekali melihat ibu dalam keadaan begitu. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata:"Jangan menangis nak,ibu tak sakit." -PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya buat selama-lamanya. Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang dan berkata, "Ibu, saya sayangkan ibu.". Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yg amat sangat biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata2 itu ke telinganya sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yg terakhir. Ibu, maafkan anak mu ini. SAYA SAYANG IBU....

p/s: Cerita yang agak sedey. Saya SAYANGKAN ibu. X sabar untuk habiskan belajar, dapatkan kerja yang terbaek, nak jaga Ibu dan Abah. Diorg byk berkorban untuk membesarkan kami adik-beradik.

10 January 2010

7 Wonders Of The World..

Kalau sebut pasal 7 Keajaiban dunia ataupun 7 wonders of world, pasti semua orang tau. Btol x?
Ada sekumpulan pelajar telah ditanya agar menyenaraikan “7 Keajaiban Di Dunia“. Walaupun banyak pendapat yang diberikan, berikut merupakan undian terbanyak untuk senarai “7 Keajaiban Di dunia”.

1.Egypt’s Great Pyramids
2.Taj Mahal
3.Grand Canyon
4.Bangunan Empire State
5.Tembok Besar China
6.Terusan Panama
7.St. Peter’s Basilica


Semasa sedang mengumpul undian, cikgu tersebut sedar masih ada seorang lagi pelajar yang tidak menghantar undiannya. Maka, beliau pun bertanya sekiranya pelajar tersebut mempunyai sebarang masalah.
Pelajar tersebut berkata, “Ya, saya ada sedikit masalah dengan senarai yang saya buat. Saya tidak boleh nak menyenaraikannya kerana kejaiban di dunia ini terlalu banyak.”

Cikgu tersebut pun berkata, “Eum, jadi beritahulah apa yang telah kamu senaraikan setakat ini supaya kami boleh bantu kamu.”
Pelajar tersebut menganggukkan kepala, kemudian membaca senarai yang dibuat, “Saya rasa, “7 Keajaiban Dunia” adalah:

1.dapat melihat
2.dapat mendengar
3.dapat menyentuh
4.dapat merasa
5.dapat berkata-kata
6.dapat ketawa
7.dan dapat merasai rasa dicintai


Suasana di kelas tersebut senyap seketika. Perkara yang selama ini kita anggap biasa dan kita terlepas pandang sebenarnya adalah sebenar-benar keajaiban!

p/s: Bayangkan andai kita tidak dapat melihat pada waktu kita ingin melihat, tidak dapat mendengar pada waktu penting untuk mendengar, tidak dapat menyentuh sesuatu, tidak dapat merasa sesuatu yang perlu dirasa, tidak dapat berkata-kata pada waktu yang memerlukan kita untuk berkata-kata, tidak dapat ketawa dikala kita perlukan ketawa dan tidak dapat merasakan diri dicintai sedangkan waktu itu kita ingin rasa dicintai. Syukur Ya Allah

Lelaki Cantik, Wanita Gagah

Lelaki cantik??? Wanita gagah???
Ni kes terbalik ni. Tomboy? Bapuk?
Bkn2. Itu bkn apa yang korg fikirkan. Kecantikan seorang lelaki bukanlah bermakna lelaki itu make-up before pergi mana2 tetapi lelaki yang cantik ialah:
•Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
•Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
•Lelaki yang memberi madu sesudah menerima racun.
•Lelaki yang tenang dan lapang dada.
•Lelaki yang baik sangka.
•Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kesimpulannya, kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati yang dipamerkan. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad SAW adalah kecantikan yang sempurna bagi seorang lelaki...

Perempuan yang gagah bukan bermakna perempuan itu pergi ke gym setiap hari untuk membina otot yang pejal tetapi:
•Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
•Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
•Perempuan yang tabah menanggung kerinduan selepas ditinggalkan.
•Perempuan yang tidak meminta-minta supaya dipenuhi segala keinginan.

Hakikatnya, kegagahan perempuan berdiri di atas teguhnya keimanan dan ketabahannya. Seluruh kegagahan yang ada pada Siti Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

p/s: Jom cantikkan dan gagahkan diri kita. :)

09 January 2010

Ermmm....

People say that if you love someone you should let them go, but they never say what to do when they don't come back.

p/s: Piki punya piki. xdapat lagik jwpn nih. Haha. tapi aku pnh ke lepaskan seseorg? xpnh kot. sebab...,,.xde sape yg aku nak lepaskan. haha. aku still mencari. adoiyai...

08 January 2010

Kisah Jam


Seorang pembuat jam tangan berkata kepada jam yang sedang dibuatnya.
“Wahai jam, apakah kamu sanggup untuk berdetik paling tidak 31,536,000 kali selama setahun?”
Ha!, jawab jam dalam nada sedikit terperanjat.
Bagaimana kalau 86,400 kali dalam sehari? tanya si pembuat jam.

Lapan puluh enam ribu empat ratus kali? Dengan jarum yang ramping-ramping seperti ini? jawab jam penuh keraguan.

Bagaimana kalau 3,600 kali dalam satu jam? cadang si pembuat jam.

Dalam satu jam harus berdetik 3,600 kali? Sangat banyak! Jam ragu-ragu dengan kemampuan dirinya.

Tukang jam dengan penuh kesabaran kemudian berkata lagi kepada si jam. Kalau begitu, sanggupkah kamu berdetik satu kali setiap detik?

Ah, kalau begitu, aku sanggup! kata jam dengan penuh semangat.

Maka, setelah selesai dibuat, jam itu berdetik satu kali setiap detik. Tanpa terasa, detik demi detik terus berlalu dan jam itu sungguh luar biasa kerana ternyata selama satu tahun penuh dia telah berdetik tanpa henti. Dan itu bererti ia telah berdetik sebanyak 31,536,000 kali.


Moral :
Ada kalanya kita ragu-ragu dengan segala tugas pekerjaan yang begitu terasa berat. Namun sebenarnya kalau kita sudah menjalankannya, kita ternyata mampu termasuk yang kita anggap mustahil untuk dilakukan sekalipun.

p/s: Aja Aja Fighting!

Habib Umar Di Malaysia



p/s: Ulama' pewaris Nabi

Nabi Daud & Ulat Merah

Dalam sebuah kitab Imam al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud a.s. sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu.
Lalu Nabi Daud a.s. berkata kepada dirinya, “Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?”
Sebaik sahaja Nabi Daud selesaiberkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud a.s. “Wahai Nabi Allah! Allah swt telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca ‘Subhanallahu walhamdulillah walaa ilaahaillallahu wallahu akbar’ setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca ‘Allahumma solli alaa Muhammadin nabiyyil ummiyyi wa alaa alihi wasohbihi wasallim’ setiap malam sebanyak 1000 kali.

Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud a.s. “Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?”

Akhirnya Nabi Daud a.s menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah swt, maka Nabi Daud a.s. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah swt.
Begitulah sikap para Nabi a.s. apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah swt. Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di Bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.

p/s: Islam itu indah jika diamalkan

05 January 2010

Bahagian Tubuh....Yang Paling Penting

Ibuku selalu bertanya padaku apa bahagian tubuh yang paling penting. Bertahun-tahun, aku selalu meneka dengan jawapan yang aku anggap benar.

Ketika aku muda, aku fikir suara adalah yang paling penting bagi kita sebagai manusia, jadi aku jawab, "Telinga, Bu." Jawab Ibuku, "Bukan. Ramai orang yang tuli. Tapi, teruslah memikirkannya dan aku menanyakanmu lagi nanti."

Selang beberapa tahun kemudian, dia bertanya padaku lagi. Sejak jawapan pertama, kini aku yakin jawapan kali ini pasti benar. Jadi, kali ini aku mengatakan, "Bu, penglihatan sangat penting bagi semua orang, jadi pastilah mata kita."

Dia memandangku dan berkata, "Kamu belajar dengan cepat, tapi jawapanmu masih salah kerana ramai orang yang buta."

Gagal lagi, aku meneruskan usahaku mencari jawapan baru dan dari tahun ke tahun, Ibu terus bertanya padaku beberapa kali dan jawapannya selalu, "Bukan. Tapi, kamu semakin pandai dari tahun ke tahun, anakku."

Akhirnya tahun lalu, datokku meninggal. Semua keluarga bersedih. Semua menangis. Bahkan, ayahku menangis. Aku mengingatinya kerana itulah saat kedua kalinya aku melihatnya menangis. Ibuku memandangku ketika tiba giliranku untuk mengucapkan selamat tinggal pada datok.

Dia bertanya padaku, "Apakah kamu sudah tahu apa bahagian tubuh yang paling penting, sayang?"

Aku terkejut ketika Ibu bertanya pada saat seperti ini. Aku sering berfikir, ini hanyalah permainan antara Ibu dan aku.

Ibu melihat tanda kebingungan diraut wajahku dan memberitahu, "Pertanyaan ini penting. Ini akan menunjukkan padamu apakah kamu sudah benar-benar "hidup". Untuk semua bahagian tubuh yang kamu beritahu padaku dulu, aku selalu berkata kamu salah dan aku telah memberitahu kamu kenapa. Tapi, hari ini adalah hari di mana kamu harus belajar pelajaran yang sangat penting."

Dia memandangku dengan wajah keibuan. Aku melihat matanya penuh dengan airmata. Dia berkata, "Sayangku, bahagian tubuh yang paling penting adalah bahumu."

Aku bertanya, "Apakah kerana fungsinya untuk menahan kepala?" Ibu membalas, "Bukan, tapi kerana bahu dapat menahan kepala seorang teman atau orang yang kamu sayangi ketika mereka menangis.

Kadang-kadang dalam hidup ini, semua orang perlu bahu untuk menangis. Aku cuma berharap, kamu punya cukup kasih sayang dan teman-teman agar kamu selalu mempunyai bahu untuk menangis bila- bila pun kamu memerlukannya. "

Akhirnya, aku tahu, bahagian tubuh yang paling penting adalah tidak menjadi orang yang mementingkan diri sendiri. Tetapi, simpati terhadap penderitaan yang dialami oleh orang lain.

Orang akan melupakan apa yang kamu katakan. Orang akan melupakan apa yang kamu lakukan. Tetapi, orang TIDAK akan pernah lupa bagaimana kamu membuat mereka bererti.

Kisah Lobak, Telur & Kopi

Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan menanyakan mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Ia tidak tahu bagaimana menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehdupan. Ia sudah letih untuk berjuang. Sepertinya setiap kali satu masalah selesai, timbul masalah baru.

Ayahnya, seorang tukang masak, membawanya ke dapur. Ia mengisi tiga periuk dengan air dan menaruhnya di atas api. Setelah air di ketiga-tiga periuk2 tersebut mendidih. Ia menaruh lobak merah di dalam periuk pertama, telur di periuk kedua dan ia menaruh serbuk kopi di periuk terakhir. Ia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar, memikirkan apa yang sedang dikerjakan oleh ayahnya.

Setelah duapuluh minit, si ayah mematikan api. Ia menyisihkan lobak dan menaruhnya dimangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya di mangkuk yang lain, dan menuangkan kopi di mangkuk lainnya. Lalu ia bertanya kepada anaknya, "Apa yang kau lihat, nak?" "Lobak, telur, dan kopi" jawab si anak.

Ayahnya mengajaknya mendekati mangkuk dan memintanya merasakan lobak itu. Ia melakukannya dan merasakan bahawa lobak itu terasa enak. Ayahnya lalu memintanya mengambil telur dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, ia mendapati sebuah telur rebus yang mengeras. Terakhir, ayahnya memintanya untuk mencicipi kopi. Ia tersenyum ketika mencicipi kopi dengan aromanya yang khas.

Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini, Ayah?" Ayahnya menerangkan bahawa ketiganya telah menghadapi kesulitan yang sama, perebusan, tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeda. Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan lunak. Telur sebelumnya mudah pecah. Cangkerang tipisnya melindungi isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi merubah air tersebut.

"Kamu termasuk yang mana?," tanya ayahnya. "Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui...Ketika kesukaran dan kesulitan mendatangimu, bagaimana kau menghadapinya? Apakah kamu lobak, telur atau kopi?"

Bagaimana dengan anda?

Apakah anda adalah lobak yang kelihatannya keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kamu menyerah, menjadi lembut dan kehilangan kekuatanmu.

Atau... Apakah kamu adalah telur, yang awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perceraian atau kegagalan menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kamu menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku?

Ataukah kamu adalah serbuk kopi? Serbuk kopi merubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasanya yang maksimal pada suhu 100 darjah Celcius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi terasa semakin nikmat. Jika kamu seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk, kamu akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitarmu juga menjadi semakin baik.

04 January 2010

Subject: Kasih Sayang

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi.

Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

p/s: Kalau aku sayang org tuh, org tuh sayang aku ke? Kalau org tuh sayang aku, aku sayang ke orang tuh? Huhu. I love u ibu and abah. :)

03 January 2010

Kisah Email

Seorang wanita memohon jawatan tukang sapu di MSC Cyberjaya. Pegawai di situ telah mengadakan temuduga dan meminta wanita itu menunjukkan caranya membersih lantai.. Lalu dia mengatakan “Anda diterima bekerja, berikan emailanda, kami akan mengirim maklumat yang diperlukan.” Wanita itu menyatakan yang dia tidak memiliki komputer dan juga email. Penemuduga terus mengatakan bahawa tanpa email.. wanita itu tidak boleh diambil sebagai pekerja.

Wanita itu menerima keputusan itu dengan rasa kecewa dan hanya memiliki RM10. lalu dia pergi ke Supermarket terdekat dan membeli 10 kg sayur. Lalu dijualnya sayur tersebut dari pintu ke pintu dan habis dalam masa 2 jam saja. Dia mendapat untung sekali ganda.. Lalu diulanginya kerja tersebut dan menjadikannya sebagai pekerjaan tetapnya.. Setelah beberapa waktu.. dia mampu membeli Lamborghini dan mengembangkan perniagaannya dengan membuka beberapa supermarket di sekitar Kuala Lumpur.

Suatu hari.. dia terlintas untuk mengambil insuran untuk diri dan keluarganya… Dipanggilnya penjual insuran datang kepejabatnya…. Setelah bersetuju… Penjual insuran berkata.. “Minta email Puan…” “Oh.. maaf saya tidak ada komputer dan email” jawab wanita itu.

Penjual Insuran terkejut dan berkata “Aneh.. Puan mempunyai perniagaan yang besar, tapi tidak mempunyai komputer dan email. Bayangkan apa yang Puan boleh lakukan jika Puan memiliki komputer dan email.” Wanita itu menjawab: “Jadi tukang Sapu di MSC Cyberjaya”

02 January 2010

Manusia dan Buah


Jangan suka mendedah tubuh
Jadilah seperti jagung, jangan seperti gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan gajus mempamerkan
bijinya yang cuma satu.

Setia terhadap pasangan
Jadilah seperti pohon pisang.
Pohon pisang kalau berbuah hanya sekali seumur hidupnya.

Kecantikan dalaman
Jadilah seperti durian, jangan seperti kedondong.
Durian walaupun di luarnya penuh kulit yang tajam, tetapi di dalamnya lembut Dan manis.
Berbeza dengan kedondong, di luarnya licin Dan berkilat, tetapi di dalamnya Ada biji yang berduri.

Jaga kesucian dalam bergaul
Jadilah seperti sengkuang, walaupun hidup dalam tanah Dan selut, tetapi umbinya tetap putih bersih.

Selalu bertindak adil
Jadilah seperti tandan petai, bukan tandan rambutan.
Tandan petai membahagi makanan sama rata ke biji2nya, semua seimbang, tidak seperti rambutan, Ada yang kecil Ada yang besar.

Semakin tua semakin bijaksana
Jadilah seperti cili. Semakin tua,semakin pedas.

Jangan bermuka-muka
Jadilah seperti buah manggis.
Buah manggis boleh diteka berapa ulasnya dari bahagian bawah buahnya

p/s: Pisang tanduk if digoreng sedap gak! :)