Followers

24 April 2010

Jom KFC!

Tgh aku dok tension2 study, tetiba terbayang makanan. Makanan yang best2. Adoi. Kena tahan. Saving2. Haha.

Eh jappppp……

Aku baru teringat, ibu ada bagi aku kupon KFC RM 10.

Mane aku letak???

Gelabah aku cari. Geledah semua. Rupenye aku letak di tempat yang selamat. Hehe. Adoi. Tgk voucher tuh valid sampai bila...

Fuhhh..... rezeki aku, sampai 30hb april jek kowt. If x, melepas aku. Haha.

So, dengan ini secara rasminya aku ingin mengumumkan, DINNER aku untuk ari ni ialah -------> Dinner Plate. Yehaaa….

Memandangkan lauk dining mlm ni ikan bilis + sardine. Jarang aku makan di kolej ari sabtu malam. Haha. Bkn x bersyukur, tapi sama jek if aku turun makan. Aku bkn makan pun nnt. Huhu. Buang dah kira membazir. Membazir kan amalan syaitan. Huhu.

Ada sesapa nak follow aku x? Jom2. Kita meriahkan lagi kedai Tan Sri Ali. Support orang Johor beb. hehe



Inilah kuponnya (^^,)




Nasib baik x lepas lagi validity period. If x, mmg aku bakar kertas ni. Haha

17 April 2010

SALAH SIAPA???

Salah siapa ni?

Salah cikgu MATEMATIK atau salah cikgu BAHASA???




Aku~~Bkn salah ibu mengandung. Huhu

15 April 2010

A Robot who Cooks Food & Even Feed You

With the recent robot factory layoff, the Japanese are again using their ingenuity to retrain robots for household jobs. For example, here is our chef robot...







Aku~~Aku sedang mencari, ada x robot yang boleh studykan utk aku then jawabkan exam utk aku?????

13 April 2010

Peristiwa Subuh

Jom sama-sama kita hayati....

Bertahun, tanpa pernah sekalipun jemu, dia hadir tepat pada waktunya,seperti mana pagi-pagi yang lain, aku begitu gairah menyambut kedatangan tetamu kesayangan ku. "Assalamu'alaikum", seru Subuh.

"Wa'alaikumsalam", sahutku.

Lalu kami berdakap erat, seperti begitu lama tidak bertemu, melepaskan sarat dan rindu didada, tanda kasih sayang yang tidak pernah berkurangan.

Lalu aku bertanya khabar Subuh, tentang pengalamannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat.

dengan wajah sugul dia bersuara "Tadi..", kata Subuh dengan sayu, "... aku baru sahaja melintasi satu tempat.

Aku cuba mencari tempat persinggahan, kuketuk rumah-rumah yang sunyi, tapi satupun yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu." Dan airmata Subuh pun berlinangan.

"Subuh, usah kau pedulikan mereka, bukankah aku dan masih ada mereka yang sangat ingin menyambutmu dengan penuh rasa kegembiraan? Subuh mengangkat mukanya seolah-olah teringat sesuatu.

dengan wajah berseri dan bercahaya dia berkata"Oh ya, tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik sungai. Orang-orangnya sepertimu, menyambutku dengan penuh kesukaan, menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan. Hidangan yang paling kusuka adalah buah Tahajjud, puas kucari daerah lain, tapi jarang kujumpa. Di situ aku meratah buah Tahajjud dengan puas serta leka".

Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. Aku pantas menangkap maksud Subuh.

Aku menunduk.."Maaf Subuh, aku tiada menanam pohon Al-Lail* jadi aku tidak dapat menghidangkanmu dgn buah yg kau sukai. Tapi aku ada Roti Shiyam*," usulku pada Subuh.

Subuh menolak dgn hormat."Roti itu ada tuan punyanya," kata Subuh.

Adakah kau mahu manisan Zikir? masih lagi aku memberi pilihan pada Subuh.

"Baiklah, ambilkan aku sedikit, serta bawakan aku segelas Air Mata Tangisan," pinta Subuh.

Aku agak sugul, bagaimana harusku beritahu pada Subuh yang Mata Air tangisan sudah hampir kekeringan akibat kemarau maksiat yg berpanjangan?

Namun aku tetap menjenguk ke dalam Perigi yg memuatkan Mata Air tersebut.Aku terkejut.Perigi tersebut hampir separuh penuh.Dan aku berdetik di dalam hati, adakah ini tanda kemarau akan berakhir?

Tanpa berlengah lagi kubawakan Air tersebut pada Subuh, tetamu yg ku sanjungi, ku suakan manisan yg dipintanya.Selesai menjamahnya, Subuh pun melirikkan senyuman.

"Subuh..", seru ku perlahan penuh mengharap "... mahukah kau tinggal selamanya denganku? sebagai penemanku dalam kesunyian. Insya'Allah akan kulayan dikau sebaiknya , wahai Subuh.

Subuh tersenyum, aku mengerti itu menandakan permintaanku tidak akan dipenuhi.

"sahabat, Aku perlu menziariahi terus dan ramai lagi yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati rindu mereka sepertimana aku menguliti mimpimu."

Aku tersenyum kelat...akur dgn penjelasan Subuh. " Subuh .." seru ku lagi bila melihat Subuh bersiap untuk pergi, "Sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?"

"Insha'Allah", jawab Subuh,"...bukankah aku kekasih yang kau rindui?" Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap.

"Assalaamua'laikum," seru Subuh.

"Wa'alaikumsalam," jawabku kembali.

Dan mata terus meniti melangkah Subuh yg semakin laju dan akhirnya hilang dari pandangan.

Begitu Subuh berlalu, aku memejamkan mata, menghayati nikmat bertemu Subuh sebentar tadi. tiba-tiba terasa panas dipipi.., tanpa sedar, ada manik-manik jernih terjun dari mataku, oh aku menangis rupanya..

Tangis ku dalam gembira kerana berpeluang bertemu Subuh, juga masa yang sama.. tangis ku membawa sayu dan pilu.. kerna aku tahu.. aku akan mendengar pula keluh kesah dari Zohor,Asar,Maghrib dan Isyak? bagaimana harus aku hadapi resah ini...


Aku~~(T,T). Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Amal

Balik kampus

Alhamdulillah akhirnya aku berjaya menjejakkan semula kakiku ke ibukota Kuala Lumpur. Untuk meneruskan perjuangan sem ni yang masih berbaki 2-3 minggu. Saat penentu sem ni. FINAL EXAM. Dh bersedia ke aku? Huhu. Yang penting, perjuangan tetap diteruskan. Ikut rasa hati mmg tak nak balik lagi tapi apakan daya. Ada kerja yang perlu dilaksanakan.

Mulai semalam, 12hb April 2010. Bus selatan & utara semuanya berpindah ke Parking F Bukit Jalil. Jln yang agak sesak. Maklumlah, tempat yang ada bus mmg sesak. Hehe. Shuttle akan disediakan. RM 2.00. Bus rapid. Kira oklah RM 2.00 berbanding time raya yang agak mahal. Tapi bus tuh hanya dari Bukit Jalil-Pudu jek. Memandangkan aku seorang yang malas utk jalan kaki dari pudu ke masjid jamek, maka aku telah mengambil keputusan utk menggunakan perkhidmatan tren. Ya, perkhidmatan tren. Aku pun mintak pak cik bus turunkan aku dulu kat stesen Bukit Jalil yang berhadapan dengan Surau Al-Hidayah. (jadik aku x perlu abeskan ATP aku utk menapak dari tempat parking bus ke stesen Bukit Jalil).

Dalam masa yang sama, otak aku aktif dok mengira tambang yang mana murah. Hehe. Ni keputusan yang aku dapat.

NAIK BUS:
Tambang BUS sampai Pudu = RM 2.00
TREN dari Pudu - Masjid Jamek = RM 1.20 (aku kan malas nak jalan)
TREN dari Masjid Jamek – Stesen U = RM 2.00
Bus dari Stesen U - 1st College = RM 1.00

TOTAL RM 6.20

NAIK TREN:
Bukit Jalil – Masjid Jamek = RM 1.90
Masjid Jamek – Stesen U = RM 2.00
Bus dari Stesen U - 1st College = RM 1.00

TOTAL RM 4.90

Yehaa… Kesimpulannya, naik tren lagik jimat. Haha.


Aku~~ Aku sanggup menghabiskan duit aku dari menghabiskan ATP (energy). Haha

11 April 2010

For The Rest Of my Life

For The Rest Of my Life
By: Maher Zain


I praise Allah for sending me you my love
You found your home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And there is a couple words I want to say
Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you...loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

I know it deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together in Jannah
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

Repeat Chorus
I know that deep in my heart..



Aku~~Kesan yg terkesan...(^^,)

Disebalik warna kegemaran anda!

Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan ada empat warna utama : merah, hijau, kuning dan biru. Walaupun tidak diketahui secara pasti mengapa orang-orang menyukai warna dan kombinasi warna tertentu. Tetapi yang jelas, setiap warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza-beza. Bahkan sejak dahulu warna diketahui mempunyai pengaruh terhadap manusia, namun baru belakangan ini penggunaannya telah dimanfaatkan secara meluas dalam dunia permotoran, pakaian, permainan dan sebagainya.

MERAH

Merah:
Warna ini melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mendorong makin cepatnya denyut nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan keberahian.


1.Merah Terang
Warna ini melambangkan kekuatan kemahuan atau cita-cita. Sifatnya : Agresif, Aktif, Eksentrik. Pengaruhnya : Berkemahuan keras, penuh ghairah, semangat,dominasi, kelakian.


2.Merah Jambu
Warna ini melambangkan romantisme, feminim. Warna ini mempunyai sifat menuntut dalam kepasrahan, menggemaskan dan jenaka.


BIRU

Warna ini melambangkan ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyut nadi, dan tarikan nafas. Sementara semua menurun, mekanisme pertahanan tubuh membangun organisme.


1.Biru Tua
Warna ini melambangkan perasaan yang mendalam. Sifatnya : Konsentrasi, kooperatif, cerdas, perasa, integratif. Pengaruhnya : Tenang, Bijaksana, Tidak Mudah Tersinggung, Ramai kawan.


2.Biru Muda
Warna ini melambangkan keanjalan dari cita-cita. Sifatnya : Bertahan, Protektif, Tidak Berubah fikiran. Pengaruhnya : Keras Kepala, Teguh, Sering Bangga Diri, Berpendirian tetap.


KUNING

Warna ini melambangkan kegembiraan. Warna ini mempunyai sifat : Leluasa dan santai, senang menunda-nunda masalah. Berubah-ubah tapi penuh harapan, mempunyai cita-cita setinggi langit dan semangatnya juga tinggi.


1.Kuning Terang
Warna ini melambangkan sifat spontan yang eksentrik. Sifatnya : Toleran, Investigatif, Menonjol. Pengaruhnya : Berubah-ubah sikap, berpengharapan, pemurah, tidak percaya.

HIJAU

Warna ini melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan kekerasan hati. Mempunyai keperibadian yang keras dan berkuasa. Warna ini mempunyai sifat : meningkatkan rasa bangga, perasaan lebih superior dari yang lain. Orang yang menyukai warna ini umumnya senang dipuji, senang menasihati orang lain.


KELABU & HITAM

1.KELABU
Warna ini tidak menunjukkan erti yang jelas. Tidak terang dan sama sekali bebas dari kecenderungan psikologi. Warna ini cenderung neutral.


2.HITAM
Warna ini melambangkan kehidupan yang terhenti dan kerananya memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan, kerosakkan dan kepunahan.

COKLAT & UNGU

1.COKLAT
Warna ini seringkali menunjukan ciri-ciri : suka merebut, tidak suka memberi hati, kurang toleran, pesimis terhadap kesejahteraan dan kebahagian masa depan.

2.UNGU
Warna ini adalah campuran warna merah dan biru yang melambangkan sifat Gempuran Keras yang dilambangkan oleh warna biru. Perpaduan antara keintiman dan erotik atau menjurus pengertian yang mendalam dan peka. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi selalu penuh harapan.


PUTIH

Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur,rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal.

Aku~~Aku lebih suka pada warna hitam. Tapi hakikatnya, aku suka warna yang terang n mencapap gak. Hahaha

10 April 2010

Jom Merokok!


Aku~~Salah satu ad yg aku suka. Tapi x tau berkesan ke x kepada si perokok!!!!!!

Kisah Si Buta

Pada suatu hari, seorang kanak-kanak buta duduk di tangga sebuah bangunan dengan sebuah cawan di tangan kanannya. Dia mengangkat satu papantanda yang berkata: “Saya buta, tolong bantu.” Hanya ada beberapa syiling di cawan itu.

Seorang lelaki berjalan melalui kanak-kanak itu. Ia mengambil beberapa wang kertas dari sakunya dan memasukkannya ke dalam cawan yang dipegang kanak-kanak itu. Dia kemudian mengambil tanda, membaliknya, dan menulis beberapa kata. Dia meletakkan tanda bahagian belakang sehingga setiap orang yang berjalan oleh akan melihat kata-kata baru.

Tak lama kemudian cawan itu mula berisi. Ramai orang menderma kepada kanak-kanak buta itu. Petang itu lelaki yang telah menukar tulisan pada papantanda itu lalu lagi. Kanak-kanak itu mengenali langkah kakinya dan bertanya, “Adakah anda orang yang mengubah tanda saya pagi ini?? Apa yang anda tulis, tolong beri tahu saya, bukankah saya tidak mampu melihat?”

Lelaki itu berkata, “Aku hanya menulis kebenaran .. aku mengatakan apa yang anda katakan, tetapi berbeza dengan cara yang anak tulis”

Aku menulis: “Hari ini adalah hari yang indah tapi aku tidak dapat melihatnya.”

Kedua-dua tanda-tanda itu memberitahu orang ramai bahawa kanak-kanak itu buta. Tapi tanda pertama hanya mengatakan anak itu buta. Tanda kedua-dua orang mengatakan bahawa mereka sangat beruntung bahawa mereka tidak buta. Haruskah kita terkejut bahawa tanda kedua yang lebih berkesan?


Moral:
Lihat bagaimana dengan tindakan yang sedikit cuma dari lelaki itu mampu mengubah cara kita berfikir. Kesimpulannya, kita kena ubah cara berfikir dalam sesuatu yang kita lakukan. Jika ada masalah, cuba kita ubah cara kita tgk masalah tuh. Insya Allah akan jumpa jalan keluar.

Mcm apa yg berlaku kepada seorang warga Jepun. Dia ada masalah dengan ingatan dan mudah terlupa apa yang patut dia buat. Jadi dia hasilkan kertas lekat atau lebih dikenali sekarang sebagai STICKY NOTES. Akhirnya, 1 dunia menerima idea yang pada mulanya hanya untuk menangani masalah yang dia hadapi. Cuba bayangkan jika dia terus menerus biarkan dirinya dihantui masalah lupa, apa akan jadi??? Mungkin dia akan mengalami tekanan jiwa dan perasaan. Btol x?

Oleh itu, jadilah orang yang optimis dalam melihat sesuatu masalah. Masalah adalah peluang untuk menjadi lebih maju bagi orang yang optimis manakala orang yang pesimis melihat masalah sebagai satu bencana yang akan menggelapkan masa hadapannya..

Aku~~Jadikan setiap permasalahan yang kita ada hadapi sebagai satu opportunity untuk lebih berjaya. Itu yang banyak aku dengar dalam seminar @ kursus entrepreneurship yang aku hadiri dan aku cuba apply dalam hidup aku. Life is a big canvas, throw all the paint on it you can.

Terminal Puduraya PINDAH


PENGUMUMAN! PEMNGUMUMAN!

Untuk makluman TERMINAL PUDURAYA akan DITUTUP sementara mulai 12 APRIL 2010. Untuk perjalanan ke UTARA, akan berpindah ke STESEN KTM LAMA JALAN SULTAN HISHAMUDDIN. Bagi ke SELATAN pula akan berpindah ke STADIUM BUKIT JALIL (PARKING F).

Aku~~Makin Jauh aku nak balik. Adoi. Nasib baik 4 bln jek. xtaw btol ke 4 bln. Haha. Projek tuh DH LAMA tergendala kot

JB!

Alhamdulillah. Lama aku x menjejakkan kaki kt JB. Hehe. Rindu kat parent. Kat ibu abah, adik-adik. Yehaa.
Dengan keadaan ujan yang sangat2 lebat. Bus pun slow jek. Yeahhh... Bestnya kat JB.

07 April 2010

Fakta Menarik di Malaysia: Pelik Tapi Benar

1.Kita mempunyai modem internet tercanggih dan termahal tetapi masih menunggu lama untuk melihat gambar di blog rakan sedikit demi sedikit

2.Iklan telekomunikasi yang gempak di televisyen tetapi di kawasan kita masih berlaku gangguan liputan

3.Had laju di lebuh raya ialah 110 km/j tetapi kenderaan yang mempunyai had laju melebihi 110 km/j masih dijual

4.Laluan motosikal disediakan tetapi masih ramai penunggang motosikal melalui lebuhraya utama

5.Kemalangan di jalan raya masih meningkat walaupun pelbagai kempen dilaksanakan
oleh kerajaan

6.Masih ramai yang membuang sampah di kawasan yang mempunyai papan tanda 'Dilarang Membuang Sampah Di Sini'.

7.Masih berebut-rebut menaiki bas walaupun terpampang di pintu bas tersebut 'Sila Beratur'.

8.Masih ramai yang merokok di kawasan larangan merokok

9.Jualan rokok semakin laris walaupun harga rokok dinaikkan dan pelbagai kempen dilaksanakan

10.Lebih ramai orang memakai jersi pasukan kelab luar negara berbanding kelab-kelab tempatan

11.Lebih ramai orang mengenali pemain bola luar negara berbanding pemain tempatan

12.Perlu membayar 30 sen untuk masuk ke tandas awam yang sangat kotor

13.Masih ramai yang meletakkan kenderaan di kawasan yang mempunyai papan tanda 'Dilarang Meletakkan Kenderaan Di Sini'


Aku~~Masih ditahan oleh pak guard IPTA di setiap pintu masuk walaupun kita dah mempunyai sticker kereta universiti tersebut. selalunya ini berlaku kat kereta buatan malaysia sahaja

06 April 2010

What is L.O.V.E?


Slow down for three minutes to read this. It is so worth it. Touching words from the mouth of children. A group of professional people posed this question to a group of 4 to 8 year-olds, 'What does love mean?'

The answers they got were broader and deeper than anyone could have imagined See what you think:

'When my grandmother got arthritis, she couldn't bend over and paint her toenails anymore.
So my grandfather does it for her all the time, even when his hands got arthritis too. That's love..'

-Rebecca- age 8


'When someone loves you, the way they say your name is different. You just know that your name is safe in their mouth.'
Billy - age 4

'Love is when a girl puts on perfume and a boy puts on shaving cologne and they go out and smell each other.'
Karl - age 5

'Love is when you go out to eat and give somebody most of your French fries without making them give you any of theirs.'
Chrissy - age 6

'Love is what makes you smile when you're tired.'
Terri - age 4

'Love is when my mommy makes coffee for my daddy and she takes a sip before giving it to him, to make sure the taste is OK.'
Danny - age 7

'Love is when you kiss all the time. Then when you get tired of kissing, you still want to be together and you talk more. My Mommy and Daddy are like that.. They look gross when they kiss'
Emily - age 8

'Love is what's in the room with you at Christmas if you stop opening presents and listen.'
Bobby - age 7 (Wow!)

'If you want to learn to love better, you should start with a friend who you hate,'
Nikka - age 6 (we need a few million more Nikka's on this planet)

'Love is when you tell a guy you like his shirt, then he wears it everyday.'
Noelle - age 7

'Love is like a little old woman and a little old man who are still friends even after they know each other so well.'
Tommy - age 6

'During my piano recital, I was on a stage and I was scared. I looked at all the people watching me and saw my daddy waving and smiling. He was the only one doing that. I wasn't scared anymore.'
Cindy - age 8

'My mommy loves me more than anybody You don't see anyone else kissing me to sleep at night..'
Clare - age 6

'Love is when Mommy gives Daddy the best piece of chicken.'
Elaine-age 5

'Love is when Mommy sees Daddy smelly and sweaty and still says he is handsome than Robert Redford.'
Chris - age 7

'Love is when your puppy licks your face even after you left him alone all day.'
Mary Ann - age 4

'I know my older sister loves me because she gives me all her old clothes and has to go out and buy new ones.'
Lauren - age 4

'When you love somebody, your eyelashes go up and down and little stars come out of you.' (what an image)
Karen - age 7

'Love is when Mommy sees Daddy on the toilet and she doesn't think it's gross.'
Mark - age 6

'You really shouldn't say 'I love you' unless you mean it. But if you mean it, you should say it a lot. People forget.'
Jessica - age 8

And the final one

The winner was a four year old child whose next door neighbor was an elderly gentleman who had recently lost his wife.

Upon seeing the man cry, the little boy went into the old gentleman's yard, climbed onto his lap, and just sat there.

When his Mother asked what he had said to the neighbour, the little boy said,

'Nothing, I just helped him cry'

Aku~~Love is not blind but it sees more

04 April 2010

Mereka LEBIH TAKUTKAN ALLAH

Ibnu Umar r.a menceritakan bahawa suatu ketika Rasulullah SAW mendatangi sejumlah sahabat di kalangan muhajirin, kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Wahai kaum muhajirin, lima perkara kalau kamu telah diuji dengannya (jika perkara-perkara itu sudah dikerjakan), maka tidak ada lagi kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung kepada Allah SWT, smoga kamu tidak menemui zaman itu." Perkara-perkara itu ialah:

1. Tidak nampak perzinaan pada sesuatu kaum sehingga mereka berani terus-terang melakukannya, melainkan akan berjangkit wabak penyakit yang menular (tha'un) dan mereka ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat terdahulu.
2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan/ukuran dan timbangan (curang dalam perdagangan), kecuali mereka akan diuji dengan kemarau penjang dan kesulitan mencari rezeki, dan kezaliman dari kalangan pemimpin mereka.
3. Dan tidak menahan mereka dari zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada binatang tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah SWT.
4. Dan tiada mereka menyalahi akan janji Allah dan RasulNYA kecuali Allah akan menurunkan ke atas mereka, musuh yang akan merampas sebahagian dari apa yang ada di tangan mereka.
5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam Al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka Allah akan menjadikan bencana di kalangan mereka sendiri

Aku~~Kalaulah negara yang "mengaku" sebagai negara ISLAM mcm gini jugak kan bagus....BERSEDIA UTK PEROBAHAN

03 April 2010

AWAS!!!! Nasi Lemak rendang BABI


Tgk pic kat atas ni. HALAL? BEEF? HJ? perhatikan kepala apa yg atas meja tuh!!! ni berlaku kat seberang (Indonesia). Cite kat bawah ni aku copy paste dr seorg Hamba Allah yg sent kat email.

Kisah benar......... Just to contribute story pasal nasi lemak yang dijual oleh perempuan Indon.... Lately, we can see banyak
makcik-makcik,kakak-kakak yg. menjual nasi lemak, especially pada kawasan perumahan baru. Sometimes kita tak begitu teliti samada yang jual nasi lemak tu indon ke, malay ke...becoz nampak sama saja, wearing skaf or just anak tudung. This story happened to myself..last few month in Selangor (before I shift to JB). Setelah berpindah kerumah yg. baru kami
beli di satu kawasan yang sedang membangun di salah satu daerah di Selangor, tak ramai penjual breakfast yg. saya kenali. Cuma bila nak beli breakfast, I cari yg. nampak bersih and the lady mesti pakai skaf (Muslim, I supposed)
So I jumpa satu makcik...jual nasi lemak, very nice nasi lemak, banyak lauk,ayam, daging, ikan dsbnya..presentationnya
pun menarik, lauk-lauk dimasuk dalam >bekas yang cantik, mejanya bersih, semua ada cover termasuklah kepalanya sekali.... then I continue jadi dia punya regular customer.For almost two weeks I really enjoyed her nasi lemak....,
until one day I terserempak dengan satu Chinese lady, asking that makcik "..apa lauk yang special hari ni..??" Dengan pelat yg. kurang indonannya (mungkin dah lama kat sini).. dia menjawab.........." Ikan sambel ada, ayam sambel ada, daging lembu rendang ada, DAGING BABI MASAK RENDANG ada, bla, bla, bla,....." Hampir nak pengsan saya dibuatnya
(Nasib baiklah sebelum ni saya hanya membeli nasi lemak biasa dan adalah sekali dua beli nasi berlaukkan ayam.....). So, I asked her....are you muslim?? she say NO..!!! Then I ask her why is she wearing anak tudung....guess what she told me..... takut rambut jatuh dalam nasi & supaya nampak bersih.........!!!!!Haaaaaaaaaaah!!!!

So, be carefull.....esspecially if you just shift to new housing area coz there are a lot of Indon workers and may be their wife
looking for extra money, then they decide to sell nasi lemak..., just BE CAREFULL!!!

Aku~~yuckkkk...!!! ***SEBARKANLAH KPD SEMUA SAHABAT KITA

Sign dalam Bullet Train (JAPAN)

Signboard dalam keretapi Jepun ni (Shinkansen).. lucah lah.. tak senonoh.. cuba perhatikan..

















Amacam?....ha !!! tentu dah fikir yang bukan-bukan, sign ni khas untuk tempat duduk orang-orang berikut:

Gambar 1: Orang tangan patah
Gambar 2: ibu yang bawa kanak-kanak kecil
Gambar 3: Perempuan mengandung
Gambar 4: Orang yang patah kaki..


begitulah, banyak benda yang tersirat dari yang tersurat dan jangan membuat andaian dari apa yang kita nampak luaran sahaja kerana mungkin ada hal yang tersembunyi yang kita tidak ketahui.

Aku~~pandangan mata selalu menipu, pandanglah dengan mata hati dan fikirlah dengan akal yang dikurniakan.Apa yg selalu kita nampak x semestinya itu yang hakikat.