"I couldn’t cry yet, I told myself. I still had a long way to go"
Followers
05 September 2009
Ilmu Dari Sebiji Tembikai
Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al- Balkhi RM telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah- marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tembikai itu.
Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya:
“Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual tembikai, pembeli tembikai, penanam tembikai atau Pencipta buah tembikai itu?.”
Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya:
“Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah SWT dan redhalah dengan segala ketentuan-NYA.”
Maka menangislah isteri Syaqiq. Lantas isterinya bertaubat dan redha dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment