Followers

27 February 2010

Hari Sabtu yang serabut

Hari ni byk sgt keje nak kena buat. Adoi. Serabut btol. Haha. Bkn pe, mcm terkejar2 den nak buat sumenye. Kena slow2, plan btol2. Yang penting, semuanya berjaya disetelkan dalam masa 24 jam ni. Nak hari sabtu ni penuh dgn aktiviti yang aku perlu setelkan.

Yang paling best, arini Netbook HP aku dh berjaya di-install dgn Windows 7.Mcm best jek features compared to Windows Vista. Hopefully xde masalah ar. Maklumlah, laptop comel sgt. Adoiyai. Bley plak tgh byk keje aku p install netbook dengan Windows 7. Haha. Tapi papehal mcm puas ati jek stkt ni. Xtau akan dtg camne OS ni. Huhuhu

Wifi connection nampak seperti stabil pagi ni setelah BEBERAPA ARI XDE CONNECTION. Dapat aku download pelbagai software yng penting2. Wohoo...

Chow~~

Aku~~Makcik dining, masak yang best2 n sedap sket arini. Lapau. Saya perlukan protein utk jana tenaga dan minda nak buat keje ni. Hehe

26 February 2010

Maulidur Rasul

Alhamdulillah arini, 12 Rabiul Awal bersamaan dengan 26 Februari 2010. Pada tarikh inilah junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W. yang mulia dilahirkan ke dunia ini. Peristiwa bersejarah yang berlaku lebih dari 1400 tahun yang lalu. Arini disambut dgn penuh gembira lagi2 kat Malaysia ni.

Sebab pe?

Sebab dapat cuti. Itu je ke yang korang tau? Asal Maulidur Rasul jek cuti. Ish3.

Sebagai umat Islam, kita seharusnya tahu, paham dan hayati sejarah perjuangan Nabi kita. Bagaimana perwatakan, kehidupan baginda S.A.W. Kita kena pikir mcmne nak idupkan dan terapkan semangat Nabi Muhammad dalam kehidupan kita atau lebih dikenali sebagai sunnah.

Kita hendaklah mencintai Nabi Muhammad S.A.W. lebih dari kita mencintai diri kita, lebih dari kita mencintai ibu bapa kita, lebih dari mencintai segala yang kita cintai selepas kita mencintai Allah SWT. Dalam khutbah tadi pun ckp benda yang sama, dalam ceramah mlm tadi pun cakap benda yang sama. Tapi apa tindakan yang kita dah amek utk cintai Rasulullah?

Cube Renung dan tanya diri kita....

Aku~~Dalam Sunnah ada kejayaan

Food Shortage

A world wide survey was conducted by the UN. The only question asked was:

'Would you please give your honest opinion about solutions to the food shortage in the rest of the world?'

The survey was a huge failure,

In Africa they didn't know what 'food' meant,
In India they didn't know what 'honest' meant,
In Europe they didn't know what 'shortage' meant,
In China they didn't know what 'opinion' meant,
In the Middle East they didn't know what 'solution' meant,
In South America they didn't know what 'please' meant,

AND.... in the USA they didn't know what 'the rest of the world' meant!

Aku:US mane tau pape pasal negara lain. Diorg anggap kita ni tnggal atas pokok lagi!!!!!

23 February 2010

I Have One

I have one
You have one
Your mother uses your father's one
And your auntie uses your uncle's one
A married lady would acquire one
But a divorced lady would lose her one
Arnold Schwarzenneger has a longer one
Michael J. Fox has a shorter one
Madonna doesn't have one
The Chinese usually have short ones
While the Indian usually have long ones
Do you have one?
How long is your one?
Which one is your preferred one?
what you are thinking of?
go down......
?.
?.
?.
?.
?.
?.
?.
?.
?.
?.
?.
?.
?.
?.
Answer : its your Surname, what else? !!!!!

Did you laugh?

Aku: Hahaha

Update!

Agak lama aku x update blog ni. Busy sesangat + Netbook wat hal. Byk sgt perkara yg berlaku + benda yg aku kena wat dalam idup aku.

Yg paling best dalam idup aku, perjalanan JB-KL yg memakan masa 7 jam. Dengan kelajuan 60km/j yang dipacu oleh enjin Diesel berkuasa TURBO!

Pelik???

X pelik sebab benda ni reality dan berlaku kat aku. Hahaha. Pengalaman yang penting tuh.

Ni pn serabut nak wat surat semua. Geram pun ada gak. Benda yang bukan kesalahan kita tapi dikatakan kita yang silap. Bila tanya balik kat diorang, diorang main bantai x tau jek. Huhu. Ape punya org daa. Huhuhu.

13 February 2010

Busynyer aku...

Bila sampai rumah malas gile nk update. Time kat kampus bkn main semangat nk update sokmo. Adoilah. Padahal wifi kt UM sgt2 slow. Paham kan mcmne tahap slow tuh. Hehehehe. Komen lebey2 kena banned lak karang.
Penat2. Byk gile keje nk wat. Uwaaa....
Mcm kitorg lak nak sambut raya. Hahaks. Yg penting aktiviti aku akan smpai ke tgh malam if diizinkan. Yehaa. Ni blom jumpa kengkawan lagik. Huhu. Sok nak ke Kluang. Bz2.
Mlm ni n mlm sok pasti dan pasti ramai org kat area rumah aku. Maklumlah tepi laut. Nak dating sambut Valentine yg HARAM tuh. Huhu. Panas ar area rumah aku...penuh dgn maksiat.Huhu.

p/s:Nk p jog, mancing, main futsal, kedai buku. Haha. Hope sempat wat sumenye

12 February 2010

YUNA- Cinta Sempurna


Aku manusia lemah
Selalu terjatuh
Berbeda aku darimu
Kau berdiri teguh
Aku serba tiada
Aku kekurangan
Dan bila kau tiba aku hilang dari kewujudan

Sempurnanya sifatmu
Tulusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesabaranmu

Lepaskanlah diriku
Kerna aku
tak mampu tuk menanggung sebuah cinta sempurna
Darimu
Darimu ohhh
Darimu ohhhh

Bukan aku tak pernah
Mengerti dirimu
Ku sanjung setiap kata cinta kau berikan aku
Hilangkan rasa itu
Akhirkan semua
Dan bila kau sedar
Aku hilang dari kewujudan
Ohhh

Sempurnanya sifatmu
Tulusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesabaranmu
Lepaskanlah diriku
Kerna aku
Tak mampu tuk menanggung sebuah cinta sempurna darimu
Darimu ohhh
Darimu ohhhh

p/s:Yuna I LOVE U...i mean ur song. Hehe

11 February 2010

Sweet Hometown

Alhamdulillah...

Tepat kul 630pm tadik aku sampai JB. Suka2.
Thanx kepada abg bus yg bawak dgn penuh berkhemah maksud aku berhemah. (SLOW bangat). Malam ni nak p dinner dgn family. Best2. Lama x dinner dgn family.
Cume sedey kucing aku ilang. Uwaaa... Kena bela rimau lak ar pasni.
Otak aku tgh ligat piki nak order apa satgi. Haha.
Lapau kot x mkn lagi arini. Huhuhu.
Orang diet pun x mcm ni. Terkejut gak tgk ada byk perubahan kat JB. Sedar2 ada jek bangunan baru. Perghhh...

08 February 2010

Angka 11

Menyingkap misteri angka 11. Mungkin ke semua ni KEBETULAN atau perancangan yang sangat2 teliti??? Jom kita singkap, pastu pikirkan! ***Aku xnak btau, nnt kang ada kena soal siasat sbb tuduhan melulu. Phm2 ar

1. New York City memiliki 11 huruf.
2. Twin tower membentuk angka 11.
3. Ramsin Yuseb (terrorist yang menyerang twin tower pada 1993) memiliki 11 huruf.
4. George W Bush memiliki 11 huruf.

Mungkin itu sebuah KEBETULAN, tetapi:

1. New York adalah negara bahagian ke 11
2. Pesawat pertama yang merempuh Twin Tower memiliki nombor penerbangan 11.
3. Pesawat itu mengangkut 92 penumpang, 9+2 = 11.
4. Pesawat 1 lagi yang merempuh Twin Tower mengangkut 65 penumpang, 6+5= 11.
5. Tragedi itu terjadi pada 11 September, 9/11, 9+1+1 = 11
6. Ini sama dengan nombor talian kecemasan Amerika iaitu 911, 9+1+1 = 11.

Masih KEBETULAN??? baca lagi untuk membangkitkan pemikiran logik kamu :

1. Kejadian ini adalah kecelakaan pesawat yang ke-254, 2+5+4 = 11.
2. September 11 adalah hari ke 254 dlm tahun itu, 2+5+4 = 11.
3. Pengeboman di Madrid terjadi pada tanggal 3/11/2004, 3+1+1+2+4 = 11.

Masih KEBETULAN, Nah sekarang adalah bukti yang paling mantap :

The most recognized symbol for the US, after the Stars & Stripes, is the Eagle. The following verse is taken from the Quran Al-Karim, the Islamic holy book:

“For it is written that a son of Arabia would awaken a fearsome Eagle. The wrath of the Eagle would be felt throughout the lands of Allah, while some of the people trembled in despair still more rejoiced: for the wrath of the Eagle cleansed the lands of Allah and there was peace.”

That verse is number 9.11 of the Quran.

Masih tidak percaya? Sila cuba yang ini:

Buka Microsoft Word dan lakukan seperti yang dibawah :

1. Taip Q33 NY, ini adalah nombor penerbangan pesawat pertama yang merempuh Twin Towers.
2. Highlight Q33 NY.
3. Besarkan Font menjadi 48.
4. Ganti jenis Font menjadi WINGDINGS

APA YANG KAMU LIHAT ?

p/s:Kebetulan ker???????

07 February 2010

Aku yang BUSY


Wah macam lame jek x jenguk kt blog aku neyh. Haha. Aku busy. Maksud aku, aku mmg btol2 busy. Bkn buat2 busy.

Minggu lepas 2 test n 1 speech. Syukur aku dah lepas speech tuh. Next week ada 2 test gak, 1 presentation, 2 report nak kena anto. Perghhhh…. Mantap gak idup aku. Ni pun baru siap edit sume report. Esok kerja2 mem-print akan dijalankan. Yg penting khamis aku balik JB.

Yehaaaaaa.. x sabo aku nak balik, jumpa parents aku, hang out dgn adik2 aku. Bley p gym, mancing, main game bersama2.

Mancing????

Yeah, dah lama joran aku tergantung tuh. Ades. Nak mancing udang n ikan. X sabo nak pegang umpan, ikat mata kail sume. Lame seyh x ikat mata kail. Mcmne ikat pun dh lupa agaknya. Hehe. Pastu tgh mancing jumpa ular air yang beso dari lengan aku macam aritu. Hahaha. Btol x qiha? (adik ppuan aku)

Pastu nak tgk kreta. Lama ni x bwk kreta. Gatal tgn aku nak memutar stering, menukar gear, kaki menekan pedal minyak sambil menyaksikan meter rpm mencecah 9000rpm. Asik bawak “superbike” kriss berkuasa turbo aku jek. Naik gelap kulit aku. “ireng” bak kata org jowo. Hehe. Bley tlg abah cuci kereta beliau. Lama x polish kereta bagi kilat!

Kawan2, tunggu aku pulang. Kita bley p makan2, lepak2 sambil borak kat kedai kopi. Bley aku pau korg sume. Sume dah kerja, aku jek blajo lagik. Ramai seyh nak jumpa balik ni, berpuluh2 orang kowt. Famous tul aku. Hahahaha.

Then nak p kenduri kawen. Ramai btol kwn2 kawen cuti neyh. Bagus ar, korg pn dh tua. Dh mmg patut pun kawen. Hahaha.

Aku kawen???

Nak kawen apenye, calon pn xde lagik. Relax, degree pn ntah pape. Bkn stakat blom abes degree, seminar utk Latihan Industri pn x abes lagik. Haha. Lagipun aku baru errrrr.....20 Taun. (aku muda lagik kan? Hahahaha)

Ape aku merapu ni, dah hampir 3 pagi. Baru siap kesemuanya. Hope esok berjalan seperti biasa. Study + study + study. Phewww… baru student life. Hahaks. Mata makin rabun, rambut makin sket, naseb baik muka makin kacak. :p.

Ari dah lewat malam dah ni. Aku nak tido. ZZzZzZzZ




p/s:Rindu kat abah, ibu, adik2, kereta, joran, masakan ibu, tlg ibu cuci pinggan, tlg abah cuci kereta……Lame kowt x buat sume tuh. Huhu

05 February 2010

Do U Have The Answer???


1.Why is it that when someone tells you that there are over a billion stars in the universe, you believe them, but if they tell you there is wet paint somewhere, you have to touch it to make sure?
2.If quizzes are quizzical, what are tests?
3.Is French kissing in France just called kissing?
4.Why do we press the start button to turn off the computer?
5.Can you cry under water?
6.Why do superheros wear their underwear on the outside of their clothes?
7.In some books, why do they have blank pages at the very end?
8.Why can't donuts be square?
9.Why do people never say "it's only a game" when they're winning?
10.If London Bridge is standing why is there a song about it falling down?
11.Is it rude for a deaf person to talk (sign) with their mouth full of food?
12.Do dentists go to other dentists or do they just do it themselves?
13.Why doesn't McDonald's sell hotdogs?


p/s: Naseb baek final exam xde soklan cenggini. Huhu

Kita dan Air


Sekarang ni masuk hari ke2 xde air kat UM. So meh cite sket pasal air dan manusia. Air dan manusia mmg x dapat dipisahkan. There are chemistry between us & water. Manusia merupakan makhluk ciptaan Allah SWT. Yang paling sempurna, mengapa paling sempurna?

Kerana manusia dilengkapi akal dan fikiran. Menurut biologist, tubuh manusia di dominasi oleh cecair iaitu unsur air.

Sejauh manakah air mempengaruhi kehidupan manusia?

Dalam sejarah penciptaan manusia, manusia pertama diciptakan oleh Allah SWT dari segumpal tanah yang dibentuk sedemikian rupa (berbentuk manusia) dan ditiupkan Roh yang suci, serta dilengkapi dengan akal fikiran, bukan hanya sekadar otak saje.

Tanah dapat dibentuk jikalau terdapat unsur air didalamnya.

Tanah menurut pengkaji, ia terbentuk dari batuan yang mereput menjadi kecil dan halus. Proses mereput hanya terjadi bilamana wujudnya unsur air di dalamnya sebagai zat pelarut utama. Ini menunjukkan bahawa air amat penting.

Sekarang mari kita lihat peranan air terhadap manusia secara umum:
1.Tubuh manusia sebahagian besar terdiri dari cecair
2.Air di dalam tubuh manusia mempunyai peranan penting, diantaranya adalah untuk proses metabolism
3.Air di dalam tubuh manusia berperanan untuk memaintainkan suhu badan
4.Air yang ada di dalam tubuh manusia berfungsi untuk menjaga kelembaban dan kelancaran proses metabolism.Kelembaban dan kelancaran proses metabolism sangat bergantung kepada kandungan air dan oksigen.

Apabila di dalam tubuh manusia kekurangan cairan maka akan terjadi hal-hal sebagai berikut :
1.Merasa haus
2.Suhu badan meningkat
3.Fungsi ginjal dan hempedu terganggu
4.Saraf terganggu
5.Proses respirasi /pernapasan terganggu
6.Oksigen ke otak tidak lancar
7.Tekanan darah tak stabil

So kita dapat lihat betapa pentingnya air. Jadi use water wisely bila time ada. Time tgh xde air mcmni baru kita rasa air tuh penting. Kan?

p/s: Biar kita tak mandi sebab xde air, JGN KITA X SOLAT dgn alasan xde air!

03 February 2010

Pemancing yang HEBAT


Dipendekkan cerita, ada 2 orang pemancing yang sangat hebat yang dikenali sebagai A dan B. Kedua pemancing itu selalu mendapatkan banyak ikan. Pernah kedua pemancing tersebut didatangi oleh 10 pemancing lain ketika memancing di sebuah tasik. Seperti biasa, kedua pemancing itu mendapat banyak ikan. Sedangkan 10 pemancing lainnya hanya mampu menggigit jari, kerana takde seekor ikan pun mengena joran mereka.

Sepuluh orang pemancing itu ingin sekali belajar cara memancing daripada 2 orang pemancing hebat tersebut. Tetapi keinginan mereka tidak dilayan oleh pemancing A. Sebaliknya, pemancing A tersebut menunjukkan sikap kurang senang dan terganggu akan kehadiran pemancing-pemancing itu.

Tetapi pemancing B menunjukkan sikap yang berbeza. Ia bersedia menjelaskan teknik memancing yang betul kepada kesemua pemancing (10 orang), dengan syarat masing-masing diantara mereka harus memberikan seekor ikan kepada B sebagai bonus jika masing-masing diantara mereka mendapatkan 10 ekor ikan. Tetapi jika jumlah ikan tangkapan masing-masing diantara mereka kurang dari 10, maka mereka tidak perlu memberikan apapun.

Syarat tersebut dipersetujui, dan mereka dengan cepat belajar teknik memancing daripada B. Dalam masa dua jam, kesemua 10 pemancing itu mendapat sebakul ikan. Automatik pemancing B mendapat banyak keuntungan. Disamping mendapatkan ‘bonus’ ikan dari 10 orang pemancing bimbingannya, si B juga mendapatkan 10 orang teman baru. Sementara pemancing A, yang kedekut ilmu, tidak mendapat sebarang keuntungan yang besar seperti yang didapatkan oleh si B.

Kisah di atas menunjukkan bahawa ilmu pengetahuan akan jauh lebih bermanfaat bila diamalkan.

“Hanya dengan cara kita mengembangkan orang lain yang membuat kita berhasil selamanya,” kata Harvey S. Fire Stone.

Kerana tindakan tersebut disamping menjadikan kita lebih menguasai ilmu pengetahuan, kita juga mendapatkan keuntungan dari segi kewangan, pengembangan hubungan sosial, dan lain sebagainya.

“Jika Anda membantu lebih banyak orang untuk mencapai impiannya, impian Anda akan tercapai,” kata Zig Ziglar, seorang motivator ternama di Amerika Syarikat.

Bentuk pemberian tak semestinya berupa wang ringgit, ilmu pengetahuan atau sebagainya, ia juga boleh dalam bentuk kasih sayang, perhatian, motivasi, bimbingan dan lain sebagainya semampu yang dapat kita berikan.

“Make yourself necessary to somebody. – Jadikan dirimu bererti bagi orang lain,” kata Ralph Waldo Emerson.

Kebiasaan memberi seperti itu selain memudahkan kita memperluas jalinan hubungan sosial, tetapi juga membangunkan optimis diri kerana merasa kehidupan kita lebih bererti.

p/s: Nak jadi yang terbaek utk org lain. (~,^). Sesapa nak p mancing, calling2 aku. Aku suka MAX memancing ikan tapi tak penah berjaya pancing orang. Huhuhu