Followers

31 July 2009

Rompak Puding



Suatu ketika, ketika di tengah malam seorang perompak memecah masuk sebuah bank yang baru seminggu dibuka.

Kerana ke'otai'annya, dia berjaya memecahkan kod rahsia sebuah peti besi. Tetapi dia hairan kerana di dalamnya tidak terdapat wang sama sekali, melainkan cawan-cawan berisikan puding warna susu.
Di dalamnya pun begitu sejuk sekali.
Akhirnya ia memutuskan untuk memakan puding- puding tersebut sebelum membuka peti besi yang lain.Kerana lapar ia habiskan semua puding di peti besi pertama.
Peti besi kedua berjaya dibuka, sekali lagi ia terjumpa puding dalam cawan- cawan plastik.Seluruh peti besi yang ada 5 unit, dan kesemuanya berisi puding, dan ia menghabiskan banyak sekali puding.
Namun ia dengan kekenyangan pulang ke rumah dan masih agak hairan, kenapa bank itu tidak menyimpan wang sama sekali.
Atau mereka memang sudah mengetahuinya akan dicuri?
Ahh biarlah yang penting aku kenyang.
Keesokan paginya dia membaca surat khabar dan terpaku melihat Head Line di halaman pertama dengan tajuk bertuliskan dengan huruf yang besar -besar......BANK SPERMA DIROMPAK

Fitrah Seorang Lelaki

Ni dapat info dari sebuah majalah. Btol ke lelaki camni? Jawab org lelaki, jgn x jwb. Hahaha.

*Jika seseorang lelaki itu meminati seorang wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Kecantikan seorang wanita adalah berlainan pada kacamata setiap lelaki.

* Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita. Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

* Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

* Kebiasaannya, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

* Lelaki boleh menerima penolakan sesuatu perkara dengan baik.

* Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati seorang wanita.

* Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat perempuan, menjeling, usha2 wanita dimana sahaja.

* Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

* Kebanyakan lelaki yang nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys!

* Adalah normal seorang lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

* Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa...yang lain hanya kawan..

* Kebanyakan lelaki merasakan kejadian wanita itu begitu indah.

* Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

* Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

* Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

p/s: Mane ar penulis buku ni tau. Lainkali cuba tanya aku. Akukan Lelaki. Hahaks

30 July 2009

MODE: WAR (Activated)


Baru sampai bilik; abes klas.
Sori byk2 diucapkan kepada brader yang memandu Honda Accord W** 3490. Lain kali bawak kereta tengok belakang b4 cilok. Dah saje2 dapat isyarat jari (Mother F) free dari aku.
Spontaneous movement bro.
If x, melayang nyawa aku tadi. Aku naik motor bro, bukan 4x4. Kalo langgar tadik, x ke nyusahkan parents aku lak nanti.
Dulik ar ramai tgk ke x, tapi agak2 ar bawak kereta.
Mmg aku laju tapi itu jalan aku. Dah tau jem, sabar ar. Ni bukannya highway.
Aku sukakan kelajuan tapi aku x nyusahkan orang lain !!!
Pastu ko nak marah pehal. Bila aku sound, nak diam lak. Manusia2, dah tau salah ngaku jek lah.
Jgn sampai merah bawak jalan...

29 July 2009

Persoalan...

Persoalan yang memerlukan jawapan. Huhu..

Kawan2, pernah x korang suka / minat / inginkan sesuatu yang bukan jadi milik kita?
Btol ke benda yang bukan milik kita xkan jadi milik kita selamanya?
Bagaimana if benda tu ada dalam genggaman orang lain, tapi kita nak?
Camne nak pastikan, bila dah jadi milik kita, ia akan jadi milik kita selamanya?

28 July 2009

Ikon Baru Putrajaya

Putrajaya akan mendapat suatu mercu baru yang dikenali sebagai “Putrajaya Waterfront” yang dikenali Precinct 4, kira-kira 30km daripada Kuala Lumpur.
Bertemakan gabungan konsep senibina tardisional islam dan hidupan laut.








27 July 2009

Ditelan Mati Mak, Diluah Mati Bapak

I dedicate this song to me myself. Huhu...

Revolusi - Bunkface


Aku keliru

menjadi buntu

arah yang ingin ku tuju


Rasa resah ku

kian celaru

dengan ilham ku tempuh


Aku cuma mahukan

bayangan resah ku akan hilang

tapi keadaan memaksa

menghadapi semua


OO.. OH OO..OH


Inikah revolusi

atau hanya ilusi

bagaikan mimipi jadi realiti


Rasional diriku

rasional dirimu

penentu masa

masa depan ku


Adakah masa

menjadi punca

diriku dalam dilema


Benarkah anjakkan paradigma

susuli ku terima


Aku cuma mahukan

bayangan resah ku akan hilang

tapi keadaan memaksa

menghadapi semua

Sayang, Abang minta izin untuk nikah seorang lagi


´Sayang, Abang minta izin untuk nikah seorang lagi´

Salam ‘alaik. Ni cerpen yang dikirim oleh seorang sahabat melalui emailku. Minat sangat sebab penuh makna. Jom sama2 hayati.




"Aliyah yang sedang melipat kain,terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.´Kau mampu Asraf, dengan gaji kau. Aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,´ sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.´Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,´ masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak..Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.´Abang , Aliyah setuju dengan permintaan abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,´ Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.´Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?´ pelik benar permintaan isterinya.Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.´Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri abang,´ terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.´Kak Aliyah yang minta,´ masih lembut dia memujuk Qis.´Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?´´Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!´ terkejut Asraf Mukmin.´Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. abang dah lama hidup dengannya. abang faham,´Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.brip brip... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.´Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik untuk abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama abang,´Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.Kepada:Asraf Mukmin,Suami yang tersayang...Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.abang yang dikasihi,Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan abang. Aliyah tak sanggup abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan abang...2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan abang. Aliyah tahu selera abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. kasihan nanti, tak makan lah pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan abang...3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak abang nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan abang...abang yang disayangi,Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. abang lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.abang yang dicintai,Di dalam sampul ini ada boring keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak . Jika munajat abang di Masjid Putramengiayakan tindakan abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di sawarak. Menunggu abang... Aliyah sayangkanabang... Tetapi jika abang merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan abang.Tetapi, jika abang merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk abang.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran abang, roti canai.. air tangan Aliyah.Salam sayang,Aliyah Najihah binti Mohd HazeryTangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum!Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!!


p/s: Dimana nak cari isteri macam Aliyah Najihah ni? huhu. Isteri solehah adalah perhiasan yang paling indah di dunia ini. Isteri yang mampu dibimbing dan membimbing kita. Kita blom cukup sempurna untuk membimbing tapi perlu saling membimbing.

“Sometimes we can’t see…until it’s too late”

25 July 2009

Syaaban 1430


Syaaban 1430 telah pun menjelma.

Kehadiran bulan Syaaban ini menunjukkan bahawa umat Islam kian hampir dengan Ramadhan al-Mubarak.

Sebagai seorang Muslim, bln Syaaban ini sepatutnya dipenuhi dengan amalan persediaan menghadapi Ramadhan yang bakal menyusul.

Nabi SAW sendiri memperbanyakkan amalan di bln Syaaban. Antara hadis yang menerangkan perbuatan baginda ialah:

Daripada Saidatina Aisyah r.a:

”Rasululah SAW berpuasa hingga kami menyangkakan Baginda tidak akan berbuka dan Baginda berbuka hingga kami menyangkakan Baginda tidak akan berpuasa. Aku sama sekali tidak pernah melihat Rasulullah SAW menyempurnakan puasa sebulan melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihatnya lebih banyak berpuasa melainkan pada bulan Syaaban”.

(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Selain itu, bulan Syaaban juga terkandung pahala yang berlipat kali ganda seperti dalam hadis yang bermaksud:

“Daripada Usamah bin Zaid, katanya:

“Aku bertanya Rasulullah SAW:

Ya Rasulullah! Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam satu bulan berbanding bulan lain seperti engkau berpuasa daripada sebahagian Syaaban. Baginda SAW berkata: Itulah bulan yang manusia melupakannya antara bulan Rejab dan bulan Ramadhan, iaitu bulan yang diangkat amalan kepada Allah, Tuhan Semesta Alam. Oleh itu, aku suka supaya amalanku diangkat ketika aku sedang berpuasa”.

(Hadis Riwayat al-Nasai dan Abu Daud)

Di dalam bulan Syaaban ini juga, terkandung padanya suatu malam yang dikenali sebagai Malam Nisfu Syaaban. Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dalam kitab Sahihnya Sunan Ibnu Majah jelas menerangkan kepada kita kelebihan Nisfu Syaaban sebagaimana maksud hadis berikut:

“Rasulullah SAW bersabda:

ALLAH SWT melihat kepada hamba-NYA pada malam Nisfu Syaaban, lalu diampuni dosa-dosa hamba-NYA melainkan mereka yang melakukan kesalahan syirik dan orang yang menyebarkan fitnah.”

Malam Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaban bermula pada 14 Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Maghrib)

Antara amalan-amalan yang biasa dilakukan para ulama’ dan orang2 Soleh di malam nisfu Syaaban adalah dengan membaca Surah Yaasin tiga kali selepas sembahyang fardhu Maghrib. Dan setiap kali lepas membaca Yaasin akan dibaca doa.

1. Pada bacaan Yaasin pertama diniatkan dengan memohon panjang umur,

2. Pada bacaan kali kedua diniatkan dengan memohon agar dijauhkan dari bala

3. Pada bacaan ketiga diniatkan memohon murah rezeki yang halal.

Doa Nisfu Syaaban

Ertinya:

Ya Allah Ya Tuhan yang empunya kurniaan, dan tiada siapa mengurniakan kepada-Nya, ya Tuhan yang empunya kemuliaan dan kebesaran, ya Tuhan yang empunya kurniaan, tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya dalam wujud ini melainkan Tuhan hamba sahaja, tempat sandaran hamba-hamba Tuhan yang memohon perlindungan, dan tempat perlindungan hamba-hamba Tuhan, yang mohon keselamatan, dan tempat keselamatan hamba-hamba Tuhan yang di dalam ketakutan. Kiranya Tuhan hamba telah ada menulis akan hamba di sisi Tuhan hamba dalam Loh Mahfudz, akan seorang yang celaka, maka hamba mohon akan hapuskan daripada hamba nama kecelakaan itu, dan mohon tetapkan hamba di sisi Tuhan hamba akan seorang yang berbahagia. Dan kiranya Tuhan hamba telah ada menulis akan hamba di sisi Tuhan hamba dalam Loh Mahfudz akan seorang yang ditegah dari kebajikan, dan seorang yang disempitkan rezeki hamba, maka hamba mohon hapuskan tegahan itu daripada hamba, dan mudahkan rezeki hamba, dan hamba mohon tetapkan hamba di sisi Tuhan hamba, akan seorang yang berbahagia dan seorang yang ditaufikkan dengan kebajikan kerana bahawasanya Tuhan hamba telah berfirman dalam kitab yang telah Tuhan hamba turunkan (Al Quran) maksudnya : "Allah Taala menghapuskan apa yang Dia hendak hapuskan, dan Dia tetapkan apa yang Dia hendak tetapkan dalam suatu kitab dan di sisinya Loh Mahfudz."

Antara amalan yang digalakkan ketika didalm bulan Syaaban. Antaranya:

1. Memperbanyakkan puasa sunat

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

"Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

2. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW.

Sabda Rasulullah SAW :

"Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-NYA serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

3. Bertaubat

Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili RA, dia berkata :

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

"Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

Bersama kita amalkannya selagi hayat kita masih dipinjamkan lagi.

Solat

Bulan Rejab sudah pun berlalu. Selepas ini, kita akan memasuki bulan Syaaban. Apa yang kita dapat dari bulan Rejab yang baru berlalu meninggalkan kita?

Berapa banyak persediaan atau amalan yang telah kita lakukan didalam bulan Rejab kali ini?

Bulan Rejab ini adalah suatu bulan yang sangat mulia. Kerana apa?

Kerana ada 1 hari didalamnya, adalah merupakan hari Nabi SAW menerima perintah sembahyang 5 waktu seperti mana yang kita lakukan pada hari ini. Peristiwa ini dikenali sebagai peristiwa Isra’ Dan Mikraj.

Ramai yang dah tau kisah kisah Isra’ Dan Mikraj ini. Peristiwa yang amat besar dalam sejarah kerasulan Nabi Muhammad SAW. Peristiwa dimana perjalanan Nabi Muhammad SAW. di waktu malam dengan menaiki buraq dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Palestin, terus naik ke langit ke tujuh sampai ke Sidratul Muntaha.

Buraq ini digambarkan lebih besar dari himar (keldai) tetapi kecil sedikit dari kuda. Kelajuannya adalah seperti panahan petir (Kelajuan cahaya).

Saya rasa xperlulah cite lebih detail sebab ramai dah sedia maklum kisah Isra’ dan Mikraj ni. Cuma yang paling penting disini, iaitu kewajibpan melakukan solat.

Nabi SAW berkali-kali turun dan naik menghadap ALLAH SWT untuk menurunkan jumlah solat daripada 50 waktu sehari semalam kepada 5 waktu sehari semalam diatas nasihat Nabi Musa AS. Nabi Muhammad SAW menerima sendiri perintah solat itu dengan tangan baginda SAW. Betapa besarnya amanah ini kepada umat Nabi Muhammad SAW.

Solat ni, dapat dikaitkan dengan pelbagai perkara dan bidang. Dari segala aspek dan dari segala sudut boleh kita lihat solat ini.

Sekarang ni, kita lihat ramai yang mengendahkan solat. Sanggup p tgk bola, p shopping sampai terabai solat. Seolah2 benda ni x wajib.

Korg tau betapa susah Nabi kita nak terima amanah solat ni?

X rasa bersalah ke kita sengaja tinggal?

Terasa sebak hati bila tgk org abaikan solat.

Tanggungjawab kita gak suruh org solat terutamanya ahli keluarga. Cube bayangkan si ayah sedang berjalan menuju ke syurga, tiba2 si anak bersuara, ‘Ya Allah, itu ayahku. Bagaimana dia boleh masuk ke syurga sedangkan semasa hayatnya dia x pernah marah aku jika aku x solat. Dimanakah keadilan-MU ya Allah’.

Bayangkan sahabat2, di mahsyar nanti, masing2 ingin lepaskan diri. X kira isteri kita, anak kesayangan kita, masing2 akan cuba menuduh kita bagi melepaskan diri mereka.

Ni x, ada gak peniaga2 yang tinggal solat dengan alasan org tgh ramai. Baru berniaga kedai runcit, baru berniaga pasar malam. Bukannya perniagaan jutaan ringgit. Nauzubillah.

Cuba kita renungkan azab-azab yang bakal diterima jika kita abaikan solat. Pedihnya azab Allah. Sesungguhnya Allah x memungkiri janji. Dalam peristiwa israk, Nabi SAW melihat satu kumpulan orang yang tegap dan sihat, tiba-tiba masing-masing mengangkat batu besar dihempapkan ke kepalanya.Kepala pun hancur. Kemudian kepala itu pulih seperti sediakala, lalu mereka mengangkat semula
batu dan dihempapkan ke kepala mereka...Demikian berlaku berulang kali.Nabi SAW. bertanya kepada Jibril, “Siapakah mereka itu, wahai Jibril?

Jibril berkata, “Mereka itu ialah di antara umatmu yang melalaikan solat lima waktu.”

Bersama kita renung dan perbetulkan suasana sekitar kita.

Dari Anas r.a katanya:”Nabi Muhammad SAW telah bersabda :...(selain dari apa yang telah aku saksikan semasa aku dibawa israk dan mikraj pada malam itu), maka Allah fardhukan (atasku) dan atas umatku lima puluh sembahyang...lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan sembahyang itu yang telah pun dikurangkan sehingga tinggal lima sahaja); maka Allah SWT berfirman:”Sembahyang fardhu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya); keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti...” ( Bukhari )

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Amal

19 July 2009

Supercars hit federal highway



Last night I saw a LAMBORGHINI MURCIELAGO in front of my eyes. Really nice. The sound damn loud but I’m loving it. The car is super fast man. That car chased another MERCEDES SLK55 AMG. The MERCEDES SLK55 AMG is also a good car actually.

Those are rare species that can be found on the road. Hope one day I can buy that baby Lambo. Hehe. (the price for that lambo is around RM1.4mil)


17 July 2009

Kerana Selembar Bulu Mata


Ni aku dapat email dari seorang sahabat. Dah mintak izin untuk publish kat sini.
Jom baca. Begini kisahnya....

Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, mensia-siakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah.

"Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat.

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yang sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah,

"Manakah saksi-saksi yang kau maksudkan? Disini tidak ada siapa kecuali aku dan suaramu."

"Inilah saksi-saksi itu," ujar malaikat.

Tiba-tiba mata angkat bicara, "Saya yang memandangi."

Disusuli oleh telinga, "Saya yang mendengarkan. "

Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium."

Bibir mengaku, "Saya yang merayu."

Lidah menambah, "Saya yang mengisap."

Tangan meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas."

Kaki menyusul, "Saya yang dipakai lari ketika ketahuan."

"Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu", ucap malaikat.

Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dimasukkan ke dalam jahanam. Padahal rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu. Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, sekonyong-konyong terdengar suara yg amat lembut dari selembar bulu matanya:

"Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi."

"Silakan", kata malaikat.

"Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yg lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahawa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yang terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahawa ia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut di bebaskan dari neraka dan dihantarkan ke syurga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni syurga:

"Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk syurga karena pertolongan selembar bulu mata."


Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Amal

14 July 2009

Perempuan itu

Aku inginkan seorang perempuan yang mampu buat aku tersenyum dikala duka…

Perempuan yang mampu mandampingi aku…

Perempuan yang dapat menutupi dan menerima segala kelemahan yang aku ada…

Perempuan yang dapat memberikan aku kasih dan sayang…

Perempuan yang dapat membantu aku dalam menempuh hidup seharian…

Perempuan yang mampu memberikan aku sokongan dan semangat dikala aku “down”…

Perempuan yang dapat memberikan aku erti cinta yang sebenar…

Perempuan yang mampu menenangkan aku ketika aku sedang marah…

Perempuan yang mampu berkorban apa sahaja untuk aku…

Perempuan yang mampu membuatkan hari-hariku penuh dengan keceriaan…

Perempuan yang mempunyai pegangan agama supaya dia tidak mudah terpesong…

Perempuan yang penuh dengan ketenangan pada wajahnya…

Perempuan yang mampu mengambil berat tentang diriku…

Perempuan yang dapat menjaga bakal anak-anakku aku sebaik mungkin…

Perempuan yang dapat menjaga harta-bendaku…

Perempuan yang dapat menjaga maruahnya…

Aku ingin melamar perempuan itu menjadi isteriku…

Dimanakah perempuan itu?

Pencarian yang belum berpenghujung….




09 July 2009

Erti Cinta

Cinta?

Ape yang dimaksudkan dengan cinta?

Pada pandangku cinta ni adalah suatu perasaan yang paling hebat, yang mana kita menaruh setinggi-tinggi harapan dan perasaan yang menjulang terhadap seseorang itu.

Kalau dah dinamakan cinta, org yang kita tak pernah lihat pun kita akan setia dan terus cintakan dia.

Btol x?

Sebagai cth, kita lihat kepada Nabi kita, Nabi Muhammad SAW. Kita ni umat akhir zaman. Kita tak penah lihat apatah lagi mengetahui bagaimana rupa Rasulullah itu. Kita cuma dengar dan baca kata2 org didalam kitab. Kita mmg tak boleh nak bayangkan mcmne bentuk rupa baginda. Yang kita tahu hanyalah keindahan akhlak dan paras rupa baginda amatlah terserlah.

Tapi, kita masih cintakan baginda, kita masih ikut ajaran yang dibawa oleh baginda SAW. Btol x?

Hebat bkn kuasa cinta ini? Alangkah indahnya cinta itu...

Cinta ni boleh jadikan hidup ini terasa indah dan lebih bermakna. Cuba kita cintakan diri kita sendiri. Kita akan hargai hidup ini sebaik mungkin. Kita akan usaha untuk memperoleh dan mencapai yang terbaik dalam idup. Tgk pada mat gian, cuba diorg ada rasa cinta akan diri mereka sendiri. Sudah pasti dan pasti, diorang takkan dekati dadah.

Macamne lak if kita cintakan manusia?

Cinta antara manusia dgn manusia? Cinta antara manusia terbahagi kepada muhrim dan bkn muhrim, cinta antara lelaki dgn lelaki,lelaki dgn perempuan, perempuan dgn perempuan, perempuan dgn lelaki.

Yang penting, jika bukan muhrim. AWAS!!! Pasti akan ada org ketiga iaitu syaitan. Biasanya ini berlaku antara lelaki dgn perempuan. Tgh seronok bercinta/bercouple. Masa ni nafsu akan kawal diri kita. Nafsu makhluk paling degil utk ditundukkan. Pada awal penciptaannya, nafsu ni begitu angkuh dgn ALLAH SWT.

Sebab cintalah kadang kala mereka sanggup melakukan apa sahaja. Sanggup menyerahkan maruah, meninggalkan keluarga, menuruti kata boyfriend/girlfriend. Itu silap yg amat besar. Itulah bahayanya cinta jika tak dikawal oleh akal dan berpandukan Islam.

Senang cite, cinta itu indah. Yang merosakkan cinta itu adalah bilamana kita x ikut panduan yang telah digariskan.

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Amal


08 July 2009

Hajat yang tak kesampaian

Mcmne kita rase bila sesuatu yang kita hajatkan tapi x menjadi kenyataan? Kita akan rasa sedih, ada yang frust, ada gak yang geram. Mcm2 lagilah.

Tapi cuba kita ubah pandangan kita, kita lihat dari suatu sudut yang lain. Jangan kita hanya melihat dari sudut emosi jek. Cuba kita lihat dan fikir hikmah kenapa kita x dapat. Setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikamhnya. Btol x? Cume antara kita nampak atau tidak hikmahnya itu.

Sebab itu kita disuruh agar usaha dan yakin kepada ALLAH SWT. So bila kita berjaya, kita akan bersyukur, bila kita gagal kita takkan kecewa sebab semua yang yang berlaku adalah kerana ALLAH.

Aku pun banyak kali x dapat apa yang aku nak. Tapi bila difikir balik, banyak hikmah yang tersembunyi. Kita mmg x nampak, kita bukannya kasyaf yang dapat melihat sesuatu dari pandangan yang lain yang mejangkaui batasan penglihatan manusia biasa. Jangan kita asik mempersoalkan kepada aku x dapat, kenapa org lain yang dapat, bagus sgt ke dia tu. Dah jadi timbul cerita lain lak.

Syukur ya ALLAH atas apa yang telah Engkau berikan. Semua yang berlaku penuh hikmah…

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Amal

07 July 2009

Apabila burung patah sayapnya


Apa yang korang paham dengan perkataan “apabila burung yang patah sayapnya”?

Seperti mana yang kita tahu, burung ni hidupnya banyak dihabiskan di udara, terbang. Kan? Tapi camne if burung 2 patah sayapnya? Mesti huru-hara idupnye. Btol x?

Mcm 2 gak dgn idup kita, apabila yang ada tanggungjawab sebagai pemimpin, tapi x jalankan tanggungjawabnya. Hancur dan punahlah benda yg patutnya dia pimpin itu. Pemimpin 2 bukannya kita lihat kepada perdana menteri, menteri besar dan sebagainya. Ketua keluarga pun pemimpin gak. Diri kita ni sebenarnya pemimpin gak. Kalau kita Berjaya kawal nafsu kita, kita adalah pemimpin kepada diri kita sendiri.

Sebab 2 dalam Islam ditekankan pentingnya menjadi pemimpin yang adil dan saksama, pemimpin yang mampu menjalankan tanggungjawabnya. Indah kan Islam? Tetapi jika nak memimpin, kita kena ada kuasa. Sebab bila ada kuasa, kita boleh ubah kerosakan yang ada didalam pimpinan kita. Tapi bila ada kuasa, jangan mudah lupa diri hingga ilang pedoman, ilang tujuan asal kita untuk memimpin. Ini x, bila ada kuasa lupa orang sepatutnya dia pimpin.

Fikir-fikirkanlah…

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Amal

06 July 2009

New Sem..New Mood... =D

Harini, 06/07/09, start ar 2nd year aku. Wohoo. Skejap jek rase dah 2nd year. Tp klas x start lagi, dak2 institut sains biologi dpt cuti. Sok barulah bermula segala2nya.
Adoilah. Sem baru, dpt bilik kat blok baru, rumate pun baru. Oklah sumenyer.
So far alhamdulillah ar...
Kpd kwn2, slamat mulakan sem baru dgn semangat yang baru dan cita2 yang tinggi...
So, semester break pun dah abes, i'm back to my original business----> as a student. Huhu.

02 July 2009

Malaysia's Richest

THE TOP 10
1. Robert Kuok
NET WORTH: $9 billion
AGE: 85
MARITAL STATUS: Married, 8 children
SOURCE: diversified


2. Ananda Krishnan
NET WORTH: $7 billion
AGE: 71
MARITAL STATUS: Married, 3 children
SOURCE: telecom


3. Lee Shin Cheng
NET WORTH: $3.2 billion
AGE: 70
MARITAL STATUS: Married, 6 children
SOURCE: palm oil


4. Lee Kim Hua
NET WORTH: $2.5 billion
AGE: 80
MARITAL STATUS: Widowed, 6 children
SOURCE: gaming


5. Teh Hong Piow
NET WORTH: $2.4 billion
AGE: 79
MARITAL STATUS: Married, 4 children
SOURCE: banking


6. Quek Leng Chan
NET WORTH: $2.3 billion
AGE: 68
MARITAL STATUS: Married, 3 children
SOURCE: diversified

7. Yeoh Tiong Lay
NET WORTH: $1.8 billion
AGE: 79
MARITAL STATUS: Married, 7 children
SOURCE: diversified

8. Syed Mokhtar AlBukhary
NET WORTH: $1.1 billion
AGE: 57
MARITAL STATUS: Married, 5 children
SOURCE: diversified

9. Tiong Hiew King
NET WORTH: $1 billion
AGE: 74
MARITAL STATUS: Married, 4 children
SOURCE: timber


10.
Vincent Tan
NET WORTH: $750 million
AGE: 57
MARITAL STATUS: Married, 11 children
SOURCE: diversified