Followers

30 June 2009

Sebaik-baik wanita...


1. Perempuan itu tidak menggunakan kain yang nipis untuk membuat bajunya sehingga terbayang tubuhnya.Ibnu Jarir telah meriwayatkan suatu peristiwa daripada kata-kata A'ishah bahawa satu ketika anak perempuan Abdullah bin Tufail. datang menziarahinya. Apabila Rasulullah SAW masuk ke dalam rumah, baginda nampak perempuan itu tetapi memalingkan mukanya ke arah lain.

A'ishah berkata:

"Ya Rasulullah, dia itu anak saudaraku".

Lalu Rasulullah SAW pun berkata:

"Apabila wanita itu sudah baligh haram baginya menampakkan badannya kecuali tangan dan muka". Kemudian baginda menunjukkan maksud tangan itu dengan menggenggam tangannya sendiri daripada pergelangan tangan supaya tidak ada bahagian lebar yang tertinggal antara pergelangannya dan tapak tangannya


2. Perempuan yang tidak menggunakan rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada pergelangan kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki. Firman ALLAH SWT didalam Surah An-Nur ayat 30-31:

"Katakanlah kepada orang-orang laki-laki yang beriman "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, apa yang mereka perbuat." "Katakanlah kepada wanita yang beriman :"Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita), atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka meukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."

3. Perempuan yang tidak manggunakan minyak wangi yang baunya semerbak. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh Nabi SAW. Dibawah disertakan beberapa hadis sahih dan hasan mengenai minyak wangi dan wanita.
(a) Nabi SAW bersabda “Siapa saja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid niscaya tidak diterima sholatnya sehingga ia mandi dahulu (membersihkan dirinya dari wangi-wangian tersebut).”
(Shahih riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah).

(b) Nabi SAW bersabda: “Siapa saja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian ia keluar, lalu ia melewati suatu kaum (orang banyak) supaya mereka mendapati (mencium) baunya, maka dia itu adalah perempuan zina/tuna susila.”
(Hasan riwayat Ahmad, Nasa’i, Abu Dawud, Tirmidzi, Ibnu Hibban, Hakim, Ibnu Khuzaimah, dan Thahawi dari Abu Musa)

(c) Nabi SAW bersabda: “Apabila salah seorang dari kamu (kaum wanita) menghadiri (sholat) ‘Isya (di masjid) maka janganlah ia memakai wangi-wangian.”
(Shahih riwayat Muslim, Ahmad, Nasa’i dari jalan Zainab)

(d) Nabi SAW bersabda: “ Apabila seorang perempuan keluar ke masjid, maka hendaklah ia mandi (membersihkan diri) dari wangi-wangian sebagaimana ia mandi janabat.”
(Shahih riwayat Nasa’i dari Abu Hurairah).

4. Perempuan yang tidak mengeluarkan kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya.

Imam al-Ghazali menyebutkan,

“Kata-kata yang masuk ke dalam hati menerusi telinga adalah ibarat makanan yang masuk ke dalam perut menerusi mulut. Ada yang memberi manfaat dan ada yang menjadi mudarat. Ada yang menjadi penawar dan ada yang menjadi racun.”

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji.” (Surah al-Humazah, ayat 1)

Hadis diriwayatkan daripada Abu Darda bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Tidak ada yang lebih berat pada timbangan orang mukmin pada hari kiamat melainkan akhlak yang baik dan sesungguhnya Allah SWT benci orang yang berperi laku dan berkata jahat (caci dan cela).”

(Hadis riwayat al-Tirmizi)


5. Perempuan tidak menggunakan masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat (ghibah), memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri?

Firman ALLAH SWT didalam surah Al-Hujurat ayat 12:

“Janganlah sesetengah dari kamu semua itu mengumpat sesetengahnya. Apakah seseorang itu suka makan daging saudaranya dalam keadaan telah mati, tentulah kamu semua tidak menyukainya yang sedemikian itu”

6. Perempuan yang memakai tudung lalu dilabuhkan tudung itu hingga menutupi dada-dada mereka.

7. Perempuan yang tidak menggunakan lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya memujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 Surah Al-Ahzab.

Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik”.

Yang dimaksud dengan "tunduk" di sini ialah berbicara dengan sikap yang menimbulkan keberanian orang bertindak yang tidak baik terhadap mereka. Yang dimaksud dengan "dalam hati mereka ada penyakit" ialah: orang yang mempunyai niat berbuat serong dengan wanita, seperti melakukan zina.

8. Perempuan yang tidak “make-up” untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti dipersembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek.

9. Perempuan yang tidak mencabut atau mencukur bulu keningnya. Perkara ini telah berlaku sejak zaman jahiliyyah lagi. Hukum mencabut, mencukur bulu kening adalah jelas HARAM.

Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah.”


Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Amal

25 June 2009

Istighfar Rejab

Walaupun dalam post terdahulu ada menyebut tiada amalan khusus didalam bulan Rejab, tetapi tiada salahnya kita mengamalkan istighfar Rejab, puasa Rejab dan amalan-amalan sunat lain. Ini kerana pengamalan amalan itu bukanlah bersandarkan kepada fadilat amalan itu tetapi lebih ke arah melakukan amalan sunat. Antara amalan Rejab yang biasa diamalkan ialah Istighfar Rejab. Pernah ditanya kepada seorang ustaz, dan diberitahu bahawa tiada salahnya jika diamalkan amalan sunat cuma yang dipersoalkan hanyalah fadilatnya (fadilat puasa terutamanya). Ini kerana amalan ini bukanlah berbentuk mensyirikkan ALLAH. Di bawah saya kongsikan istighfar Rejab yang pernah saya belajar dulu.





Rejab 1430H

Alhamdulillah, hari ini 24 Jun 2009, bersamaan dengan 1 Rejab 1430. ALLAH masih panjangkan umur kita utk bertemu lagi dengan bulan Rejab yang mulia.

Rejab merupakan bulan ketujuh dalam kalendar Islam yang penuh dengan kemuliaan. Pengertian Rejab itu sendiri menggambarkan keistimewaannya. Rejab bermakna kebesaran, keagungan atau kemuliaan.

Begitu banyak peristiwa yang berlaku didalam bulan Rejab, antaranya (yg aku masih ingat time blajo dulu. Hehe) ialah:

  1. Isra' dan Mi'raj
  2. Perang Tabuk
  3. Pembebasan Baitul-Muqaddis
  4. Lahirnya Imam Syafiee (Mazhab Syafiee)
  5. Hijrah pertama ke Habsyah

Tiada amalan khusus untuk bulan Rejab yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW yang dijumpai di dalam mana-mana hadis sohih. Walaupun begitu, hadis daif yang menerangkan bentuk amalan boleh diamalkan tetapi is tidak cukup kuat utk dibahaskan dan dipertahankan menurut sesetengah ulama’. Namun begitu ada pendapat yang meriwayatkan tentang fadilat-fadilat amalan sunat tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah Rejab. Pendapat ini adalah bersandar kepada hadis-hadis lemah dan mawdhu’.

Menurut Sheikh Atiyah Al-Saqr yang merupakan bekas Ketua Lujnah Fatwa Al-Azhar mengatakan bahawa setiap fadilat sesuatu perkara itu harus dilihat dari segi nas yg sahih dan beliau melihat bahawa hadis-hadis yg didatangkan mengenai fadilat didalam bulan Rejab kebanyakkannya adalah lemah dan palsu, katanya:

"Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberi fadilat kepada beberapa bulan dan tempat, tetapi tidak thabit untuk masa (zaman) dan untuk tempat melainkan dengan dalil yg qath'i (nyata) dan tidak thabit sehingga tidak mendusta keatas Nabi Muhammad SAW, dan banyak hadis-hadis timbul mengenai fadilat bulan Rejab, dimana statusnya antara Dha'if dan Mawdhu', dan tidak thabit dari pembawanya (naqal)."

Namun begitu, tiada salahnya jika kita ingin mengamalkan amalan seperti berpuasa, bertadarus al-Quran di bulan Rejab. Ini sebagai langkah persediaan sebelum menghadapi datangnya bulan Ramadhan al-Mubarak. Janganlah kita pertikaikan kelebihan atau fadilat-fadilat amalan di bulan Rejab kerana ini bukannya perkara utama dalam menjalankan ibadat sebaliknya kita keredhaan ALLAH lebih utama selain daripada ganjaran yang bakal DIA kurniakan. Hidup ini lebih indah dan bermakna jika mendapat keredhaan-NYA.

Yang dipersoalkan adalah kelebihan ataupun fadilat dalam menjalani ibadat-ibadat terutamanya puasa di bulan Rejab yang bersandarkan hadis yang lemah dan mawdhu’, bukannya menegah kita daripada berpuasa di bulan Rejab yang mulia ini.

Semoga kita berjaya menjadi umat yang terbaik. Insya ALLAH


Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Amal

20 June 2009

Keluarga

Hari yang busy gak. Ptg tadi lepas solat jumaat terus ke pontian. Banyak kerja yang perlu diselesaikan. Huhu. Cuti sem x lame lagi dah nak abes. Uwaa…

Tadi khutbah jumaat ada menyebut mengenai ketua keluarga. Siapakah yang menjadi ketua dalam sesebuah keluarga? Sudah tentulah seorang bapa atau ayah yang menjadi ketua dalam sesebuah keluarga berdasarkan hadis Nabi SAW:

"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap pimpinannya, seorang pemimpin Negara adalah pemimpin kepada rakyatnya dan ia bertanggungjawab terhadap mereka, seorang suami adalah pemimpin keluarganya dan ia bertanggungjawab terhadap pimpinannya, seorang wanita adalah pemimpin dan ia bertanggungjawab terhadap rumahtangga suaminya dan ia bertanggungjawab terhadap pimpinannya"

Jelas disini menunjukkan betapa pentingnya tanggungjawab yang dipikul oleh seorang ketua. Oleh itu, sewajarnya janganlah seorang bapa itu mengambil remeh akan hal keluarga. Jika seorang pemimpin itu menjalankan tanggungjawabnya dengan betul, maka sudah pasti tidak akan berlaku gejala sosial spt yang dapat kita lihat hari ini.

Jangan kita hanya fikir seronoknya membina rumahtangga bersama orang yang kita cintai sebaliknya, dalami dahulu ilmu. Ilmu rumahtangga. Ilmu bagaimana meminpin rumahtangga, ilmu menjadi suami yang soleh, ilmu menjadi seorang bapa yang terbaik yang dapat memimpin anak-anak ke jalan yang diredhai-NYA.

Aku terkejut apabila terserempak dengan sepasang couple dikedai buku. Bukan main mesra lagi. Mungkin diorang dah alah dengan pandangan umum. Tetapi apa yang mengejutkan aku ialah ayah si perempuan ada bersama. Seolah-olah ayah mereka merestui kelakuan mereka itu. Nauzubillah. Apa nak jadi dengan dunia ni? Kalau mereka ni dah berkahwin lain cerita. Sebab aku tau diorang ni Cuma x kenal rapat.

Alangkah bagusnya dan indahnya jika kita berjaya terapkan nilai-nilai ajaran Islam didalam keluarga. Jika anak-anak, isteri-isteri keluar dari rumah, mereka tahu menjaga adab kerana adanya “perisai” pada diri mereka iaitu Islam. Islam itu indah dan sempurna.

Cuba kita bayangkan bagaimana masyarakat seterusnya akan lahir jika masyarakat hari ini sudah sebegitu rupa? Adakah kita dapat membina sebuah masyarakat yang cemerlang? Kecemerlangan itu terdapat dalam diri orang yang mengamalkan ajaran Islam. Masyarakat akan wujud bila adanya keluarga. Oleh itu, bentuklah keluarga yang terbaik bagi mewujudkan masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Semoga ketua keluarga dapat meminpin keluarga sebaik mungkin.

Firman ALLAH SWT didalam Surah Al-Furqan Ayat 74:

"Dan orang-orang yang berkata: Wahai Tuhan Kami anugerahkanlah kami isteri dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami dan jadikanlah kami imam bagi orang yang bertakwa".

Semoga kita berjaya membentuk keluarga yang menuruti segala ajaran Islam. Insya ALLAH

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Amal

16 June 2009

Can We Repay ?

I received this email from my father.... Read it.

After having reached at the peak of his career a man felt an urge to repay back to his mother for all that she had done for him.

So he asked her,

" Mother,what can I give you?

What can I do for you?

I sincerely want to repay you for all the sacrifices you have made for me and for all the love you have showered upon me."

Mother looked surprised and said,

" Why do you think about it.It was my duty so I did it,you don't have to repay me. Even if you want to, there is no way a man can ever repay his mother."

Despite her continuous refusal to ask for anything, he continued to persist. To put an end to the discussion,she said,

"All right. If you must, then tonight you sleep on my bed, with me,just as you used to when you were a baby."He said,"That's a strange thing to ask for, but if it pleases you,I will."

As soon as he fell asleep,the mother got up and brought a bucket of water. She poured a mug full of water on his side.Feeling disturbed by the wetness under him,in his sleep he moved away to the other side of the bed.As he settled down, his mother poured another mug of water on the other side.In his slumber he tried to find space towards the foot post of the bed.Sometime later he woke up feeling that this part of the bed too was damp. He got up and saw his mother,with the mug in her hand.He asked angrily,

"What are you doing mother?

Why don't you let me sleep?

How do you expect me to sleep on a wet bed?"

Mother said,

"I slept with you,when you wetted the bed in the night. I changed your nappy (diaper made of cotton cloth) and moved you to the dry part of the bed, while I slept on the wet side. You wanted to repay me. Can you sleep here even for one night with me on a damp bed? If you can,I'll take it that you ha ve repaid me."

Dear children, How true it is that of all the debts in the world,the one that can never be repaid is the one you owe to your mother.You can never repay the love, care and time your mother gave to bring you up.You are a part of her flesh and blood;don't forget this, because she never ever forgets it.


I Love U, IBU.....

Perjuangan Yang Belum Selesai

Sesungguhnya tida ada yang lebih menyayat

dari melihat bangsaku dijajah,

Tidak ada yang lebih menyedihkan dari

membiarkan bangsaku dihina,

Airmata tiada ertinya,

sejarah silam tiada maknanya,

sekiranya bangsa tercinta terpinggir,

dipersenda dan dilupakan,

Bukan kecil langkah wira bangsa

para pejuang kemerdekaan

bagi menegakkan kemuliaan dan darjat bangsa

selangkah bererti mara mengharung sejuta dugaan

Biar bertatih

asalkan langkah itu yakin dan cermat

bagi memastikan negara merdeka dan bangsa terpelihara,

air mata sengsara mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita,

Tugas kita bukan kecil

kerana mengisi kemerdekaan

rupanya lebih sukar dari bermandi keringat

dan darah menuntutnya

Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan

kalau bangsaku asyik meniya dan menidakkan

mengangguk dan membenarkan kerana

sekalipun bangganya negara

kerana makmur dan mewahnya,

Banngsaku masih melata dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita meneruskan perjuangan kemerdekaan kita,

kerana rupanya selain memerdekakan,

mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya

bukankah sejak zaman berzaman

mereka menjadi pelaut, pemngembara

malah penakluk terkemuka?

Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,

menjadi pedagang dan peniaga,

selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang?

Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera

menjajah dunia yang tak dikenal

Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau

yang tidak mengenal erti takut dan kematian?

Di manakah silapnya hingga bangsaku

berasa begitu kecil dan rendah diri?

Apakah angkara penjajah? lalu bangsaku mulai

melupakan kegemilangan silam dan sejarah gemilang membina empayar

Tugas kita belum selesai rupanya

bagi memartabat dan memuliakan bangsa

kerana hanya bangsa yang berjaya

akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita

bukan sekadar memerdeka dan mengisinya

tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan

buat selama-lamanya

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku

kerana masa depan kita belum tentu menjanjikan syurga

bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai kerana

hanya yang cekal dan tabah

dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya.


Nukilan Dr. Mahathir Mohamad

Akhirnya..

Alhamdulillah dapat gak upload photo aku kat fs. Dah lama dah nak upload tapi serius bz. Dah ar pic lame lak 2. Adoi. Nasib baik pic x basi. Wakaka.

Arini dah ar pening nak pilih subjek untuk sem depan. Mantap gak tgk subjek sume.

Yeah... Perjuangan Yang Belum Selesai...


13 June 2009

Welcome P1 W1MAX

Today baru jek register for W1MAX. So far so good (After using for 2 hours). Hehe. I've terminated my Streamyx account. the streamyx line was so bad lately. Just imagine, take up to 15mins just to reload a Yahoo page. What the heck!
I've upgrade to 1.0 Mbps, hope there's a change in the speed. But there are no slightly change. Still the same.
So it's the time for the change. Wohoo... So many things i need to do on the net. Just another 2 weeks more left before new semester were open. Uwaa... Hope I can finish it b4 july. Huhu..
TM, better using a fibre optic rather than copper in transmitting the data. So it'll increase and speed up the speed of the net.

Chow..

04 June 2009

After Midnight

After midnight i shall kidnap you from the world
and i’ll keep you in my room
hush now my love and hold my hand
after midnight i shall take you to a place
where no one else should know of
hush now my love and hold my hand

you are exactly where you’re supposed to be
if anyone asks for you
they would have to find me

stay
keep me awake
keep me amazed
only for today
keep me dazed
my love is yours only

after midnight
i shall stay awake
and if you choose to close your eyes now
hush now my love
i’ll watch you sleep

you are exactly where you’re supposed to be
and if they come for you
they would have to fight me

stay
keep me awake
keep me amazed
only for today
keep me dazed
my love is yours only

stay
keep me awake
keep me amazed
only for today
keep me dazed
my love is yours only

02 June 2009

New Blog

Now I'm busy creating and design for my new blog. For sure, it's all bout my business.
Haha. But my time is running out, so don't have a chance to sit in front of my netbook. Huhu. Really busy.
Why do i use blogspot for publish and advertise my business?
Because it's FREE. I'm mean, TOTALLY FREE. Hehe.
Biasalah, I'm just a beginner in this tantalizing field.
Doakan kejayaanku yek my friends..

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Amal