Followers

31 May 2009

Al-Fatihah


Pagi tadi dapat berita jiran aku meninggal. Sedekahkah Al-Fatihah buat Allahyarham En Fadhlullah. Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh, insya ALLAH.
Al-Fatihah...

Semoga isteri dan 2 orang puteri Allahyarham redha dan tabah dengan pemergian Allahyarham.

JOM HEBOH

Sekarang ni Jom Heboh tengah hangat dan rancak diadakan di Danga Bay, Johor Bahru dari 29-31 Mei 2009. Tadi aku nak balik rumah pun jalan jem. Efek dari Jom Heboh. Kereta penuh sesak di atas jalan raya walaupun Danga Bay jauh lagi. Apa nak jadi ni?

Apa yang hebatnya Jom Heboh yang mampu buat jalan jadi jem, penuh sesak, bandar pun jadi haru biru, polis sana-sini….

Hebat dari Solat Jumaat, hebat dari majlis-majlis agama walaupun yang datang itu ulama’-ulama’ dari luar negara. Ish3. Best sangat ke Jom Heboh 2? Ada yang cakap sthn skali jek bro wat kat JB, bkn senang nak jumpa artis-artis.

Artis ni sapa? Dia bukan ahli agama, bukan alim ulama’, bukan tok guru, bukan pak kiyai. Yang korang sibuk sangat nak p jumpa watpe? Korang tau tak korang sedang menghadiri suatu pesta atau keramaian maksiat. Korang tau tak mufti dah keluarkan fatwa bahwa ianya HARAM. Korang sedar x semua 2? Kenapa kita nak tolak fatwa mufti kita sendiri? Mufti ni sapa? Ingat diorang suka-suka blh wat fatwa? Mufti wat fatwa ni ada dalil dan nas-nas yang kukuh. So patuh. X payah sibuk2 nak pegi konsert mcm 2. Bkn korang dapat apa pun. Dapat tgk maksiat, dapat dosa tgk orang wat maksiat, dapat dosa tgk org x pakai tudung, pimpin tgn yang bukan muhrim. Ingatlah wahai saudaraku, kita idup ni sementara jek. Macamne if time perjalanan kita nak ke Jom Heboh, waktu itulah malaikat datang cabut nyawa kita? Macamne time tgh lompat-lompat tgk artis nyanyi atas pentas, malaikat datang amik nyawa kita? Apa kita nak jwb dalam kubur nanti?

Jom Heboh, bercampur lelaki perempuan. Yang bukan mahram, x kurang juga yang amek kesempatan. Nauzubillah.

Bknkah ALLAH SWT dah berfirman didalam surah Al-Isra ayat 32 yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu menghampiri zina"

Hampir kepada zina pun dah x boleh apatah lagi berzina. Hayati maksud firman ALLAH SWT. Kita semua akan dihisab di Masyhar nanti.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:

"Daripada seseorang lelaki itu bersibuk-sibuk (berhampir-hampir atau bersebelah) dengan wanita yang bukan mahramnya, lebih eloklah ia bersibuk-sibuk dengan seekor Babi yang bergelumang kotor dengan tanah" (Riwayat At-Tabrani)

Terdapat satu lagi hadis Nabi SAW yang bermaksud:

"Hindarilah diri kamu dari keluar masuk dalam majlis wanita" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Terdapat banyak hadis yang menerangkan tentang larangan percampuran lelaki dan perempuan. Tetapi kenapa kita nak abaikan seolah-olah kita mempersendakan hukum Islam itu sendiri. Bila orang sentuh hal Islam, bukan main marah lagi tapi kita sendiri tak amalkan ajaran Islam sepenuhnya.

Ada gak yang kata tujuan nak pergi tgk jualan murah, booth-booth yang dibuka sempena karnival Jom Heboh. Tapi bukankah ada lagu-lagu yang dipasang kuat disekitar booth-booth, terdapat artis-artis yang mempromosikan barangan, terdapat permainan-permainan yang disediakan yang kadangkala boleh menjatuhkan imej Islam, terdapat juga free gift yang diedarkan oleh penganjur Jom Heboh kepada orang ramai. Btol x ape aku bebelkan ni?

Yang halal itu jelas, yang haram juga jelas dan terdapat diantara keduanya iaitu syubhah. Pernah dulu terdengar suatu hadis yang mengatakan barangsiapa yang menghadiri konsert didunia, maka tiada peluang baginya untuk menghadiri konsert diakhirat yang dihiburkan oleh para Nabi, Rasul dan ALLAH AZZA WAJALLA.

Bersama kita jauhkan diri dari karnival dan pesta yang menjerumus kepada percampuran lelaki dan perempuan, yang menjurus kepada runtuhnya akhlak seorang Islam, yang menjurus kepada berlakunya maksiat. Nauzubillah. Semoga kita sentiasa didalam perlindungan-NYA. Insya ALLAH.

Semoga hati dan nafsu serta keinginan kita untuk pergi ke karnival-karnival seumpanya tertutup tetapi diganti dengan keinginan untuk menghadiri majlis-majlis agama. Amin...

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Amal

Akhlak

Khutbah Jumaat (29/05/09) yang dibacakan oleh Imam Ayub ada menyebut mengenai peribadi Rasullullah SAW dan sewajarnya tindakan kita untuk mengikut akhlak baginda SAW. Pernah ditanya kepada Saidatina Aisyah RA tentang bagaimana akhlak Rasulullah SAW lalu dijawab oleh Saidatina Aisyah RA bahawa Al-Quran itu adalah akhlak baginda SAW. Betapa mulianya akhlak seorang utusan dan pesuruh ALLAH yang telah meninggalkan kita 1430 tahun yang lalu. Bagaimana hendak kita mencontohi akhlak baginda SAW sedangkan kita tidak pernah melihat sendiri Nabi kita yang tercinta itu.

Sabda Nabi SAW:

”Dan aku wariskan dua benda kepada umatku dan apabila mereka berpegang kepada 2 ini, nescaya mereka tidak akan sesat selama-lamanya iaitu Al-Quran dan As-Sunnah”

Jika kita lihat dunia masa kini, di dalam kehidupan yang serba moden, akhlak umpama benda yang dipandang enteng dan remeh. Akhlak seolah-olah tak lagi bernilai dalam menjadikan seseorang itu dipandang mulia bahkan keluasan pengaruh dan budaya yang mereka amalkan yang menjadikan mereka gah. Jalan dengan penuh megah, mendabik dada seolah-olah merekalah yang terhebat. Ini bkn budaya ini, ini budaya jahiliah. Perang antara kabilah, menunjukkan siapa yang kuat, siapa yang hebat. Btol x?

Aku saje berjalan di tengah Bandar JB, tgk budak-budak yang muda dari aku. Dengan rokok di jari, rantai memenuhi leher, dengan gelang di tgn, yang lelaki diapit perempuan. Bila perempuan lalu, disiulkan, bila lelaki lalu tgk semacam. Ape ni beb? Ni ke budaya bakal pemimpin masa akan datang? Yang sedihnya semua itu sebangsa dgn aku, seagama dengan aku. Yang perempuan bertudung. Jatuhkan imej Islam sungguh!!!

Nanti bila berlaku kejadian yang tak diingini, masing-masing nak menuding jari, baru rasa menyesal. Piki dulu sebelum kita bertindak.

Apa niat kita nak keluar rumah?

Apa tujuan utama kita nak keluar rmh?

Renungkan dulu. Tgk dulu diri kita sblm keluar, dah lengkap ke pakaian kita, dah tutup aurat ke belum, dah mintak izin dengan ibu bapa blom, dah tunaikan solat blom (jika dah masuk waktu). Jangan sampai kemodenan menyebabkan runtuhnya akhlak. Ingat, kemodenan bukan pembaratan !!!!

Bersama kita betulkan diri kita yang silap. Supaya kita dapat menjana umat Islam yang berakhlak mulia. Insya ALLAH. Islam itu mudah.

Antara doa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:

“Ya ALLAH Ya Tuhanku, perbaikkanlah kejadianku dan akhlakku”


Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Amal

26 May 2009

Talkin Yang Menggetarkan Jiwa

Disini aku publish erti talkin yang biasa dibaca. Supaya dapat kita hayati makna bacaan talkin tersebut. Insya ALLAH.

Ertinya:

Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam
Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa
Maha Suci Tuhan yang menjadikan mati
Dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa
Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran
Untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai
Dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk ALLAH akan jahanam dan binasa
Melainkan zat ALLAH Taala, Dialah Tuhan yang Maha Besar berkuasa menghukum
Manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadhrat ALLAH Taala

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA
Hendaklah kamu ingat akan janji-janji ALLAH
Yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah
Dengan sebenar-benarnya melainkan ALLAH
Dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh ALLAH


Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang serupa dengan kamu
Iaitu Mungkar dan Nangkir, maka janganlah berasa gentar dan takut
Janganlah kamu berdukacita dan risau
Serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA
Bahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba ALLAH Taala,
Sebagaimana kamu juga hamba ALLAH Taala
Apabila mereka menyuruh kamu duduk,
Mereka juga akan menyoal kamu
Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka
Dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul
Janganlah berasa gementar, janganlah takut
Dan janganlah bergopoh-gapah
Biarlah tenang dan berhati-hati, hendaklah kamu jawab begini:

ALLAH Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
Kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu kiblatku,
Malahan solat lima waktu,
Puasa di bulan Ramadhan,
Mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku,
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
Bahkan dari masa hidup hingga aku mati
Aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu
Inilah dia suatu dugaan yang paling besar
Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh
Sehingga sampai satu masa kelak,
Kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
Bahawasanya mati ini adalah benar
Soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur ini adalah benar
Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar
Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar
Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar
Minum di kolam air nabi adalah benar
Ada syurga dan neraka adalah benar
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya
Begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa
Akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah
Dan selamat tinggal kamu disisi ALLAH Taala
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu
Tuhan jua yang menetapkan hati kamu
Kami sekalian berdoa mudah-mudahan ALLAH Taala
Menjinakkan hati kamu yang liar
Dan ALLAH telah menaruh belas kasihan kepada kamu

Yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini
Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan
Dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu

Ya ALLAH Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak
diseksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalhamdulillahi rabbil alamin.

Setiap yang bernafas, pasti akan mati – “Kullu nafsin za iqatul maut”


Firman ALLAH SWT di dalam Surah Al-A’sr:

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.”


Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Amal

25 MAC 2009

Salam 'alaik..

25 mac 2009 dalam sejarah.
Banyak yang berlaku arini... tayar kereta aku pancit time ibu aku yang tersayang nak guna tadi.
Tengok2 ada paku melekat. X baik dowh buang paku merata2, nyusahkan orang. Skrg dah ar trend orang nak merompak kereta yang dipandu oleh perempuan mcm gitu. Konon2 nak tlg tuko tayar, padahal yang letak paku diorang gak pastu rompak. Tekanan ekonomi menyebabkan kes jenayah meningkat.

Pastu yang terasa impak dari ujian nuklear korea utara, hasilnya saham aku merudum turun. Haha. Adoilah. Pening pale tgk. Mcm-mcm dunia ni. Baru ujian nuklear blh membuatkan ekonomi jatuh seketika. Hopefully naik dalam masa terdekat, insya ALLAH.

Arini gak 2-2 hp aku yang dah sekian lama aku guna rosak. Yehaa, dah itu rezeki utk aku. Mmg nak suh tuko baru agaknya. Ish3. Kopak gini.

Pastu ptgnye lak ada orang call maki2 aku (pinjam hp adik). Terkejut gak. unknown number. Rupanya salah num. Adoilah. Terkejut gak terus dapat makian. Sape lak yang call tetibe jek. HAha. Manusia2..

Apa pun yang berlaku, life must go on. Rukun Iman yang keenam, percaya qada' dan qadar-NYA.

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Amal

24 May 2009

Hebatkah manusia?

Manusia itu adapun diangkat menjadi khalifah bagi segala makhluk, tetapi ia tidak berkuasa utk membuat sesuatu. Manusia sangat-sangatlah lemah sebenarnya.

Setiap hari kita asyik mendengar yang si pulan ini hebat, si pulan yang lain juga hebat. Sebenarnya kehebatan itu datangnya dari ALLAH, Tuhan sekalian alam.

Hebat sangat ke kita ni?

Bukankah ada saintis yang mampu mencipta pelbagai ciptaan yang hebat-hebat, ada saintis yang mampu mencipta kapal angkasa yang dapat menghantar angkasawan meneroka angkasa lepas, bukankah ada pakar yang mampu mencipta sebesar-besar kapal yang mampu meredah lautan yang luas… mungkin ketika ini, itu yang akal kita fikirkan.

Tetapi sebenarnya ciptaan mereka itu datangnya dari ilham yang diberi oleh ALLAH SWT, ciptaan yang menggunakan bahan-bahan yang ALLAH SWT telah ciptakan, menggunakan akal fikiran yang ALLAH SWT kurniakan. Btol x?

Manusia sebenarnya tidak mampu untuk mencipta hatta sebelah sayap lalat sekalipun walaupun dirinya itu pakar dalam bidang sains.

Jangan kita kagumi kehebatan yang diperkatakan terhadap seorang manusia itu hingga kita lupa sebenarnya kehebatan itu datangnya dari ALLAH SWT. Takut-takut nanti disaat kita mengagumi kehebatan orang itu, ketika itulah malaikat maut datang mengambil nyawa kita. Lalu kita mati dalam keadaan mengagumi kehebatan manusia, makhluk ciptaan ALLAH. Nauzubillah. Oleh itu, marilah kita sama-sama cuba terapkan didalam hati, sematkan didalam sanubari, tanam didalam fikiran kita bahawa makhluk itu sebenarnya tidak hebat. Agungkan kuasa dan kehebatan ALLAH SWT, nafikan kehebatan makhluk.

Bersama kita renung, sampaikan dan amalkannya. Insya ALLAH.

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Amal

Akal VS Nafsu

Seperti mana yang pernah diceritakan didalam kuliah-kuliah ilmu. Cerita berkenaan akal dan nafsu. Kisah ini diceritakan kepada aku semasa berada di sekolah menengah oleh ustaz yang mengajar aku, begitu juga dengan ustaz yang mengajar di sekolah agama juga menceritakan kisah yang sama yang aku akan ingat sampai bila-bila. Insya ALLAH. Begini kisahnya….

ALLAH SWT telah menciptakan akal terlebih dahulu sebelum menciptakan nafsu. ALLAH SWT telah berfirman kepada akal:

"Wahai akal menghadaplah engkau kepada-KU"

Maka akal pun menghadap ALLAH SWT. Kemudian ALLAH SWT bertanya kepada akal:

"Wahai akal, siapakah engkau dan siapakah AKU?"

Maka akal pun menjawab:

"ENGKAU adalah TUHAN Yang Menciptakan aku dan aku adalah hamba-MU yang daif dan lemah"

ALLAH SWT berfirman yang bermaksud:

"Wahai akal tidak KU-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau"

Setelah itu, ALLAH SWT menciptakan pula nafsu. ALLAH SWT, berfirman pula kepada nafsu;

"Wahai Nafsu, menghadaplah kamu"

Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian ALLAH SWT bertanya kepada nafsu:

"Siapakah engkau dan siapakah AKU?"

Nafsu menjawab dengan penuh angkuh:

"Aku adalah aku, dan ENGKAU adalah ENGKAU"

Setelah mendengar jawapan angkuh daripada nafsu, maka ALLAH SWT memasukkan nafsu ke dalam Neraka Jahim selama 100 tahun, dan kemudian ALLAH SWT mengangkat nafsu lalu bertanya lagi kepada nafsu:

"Siapakah engkau dan siapakah AKU?"

Nafsu menjawab dengan penuh angkuh juga; "Aku adalah aku, dan ENGKAU adalah ENGKAU"

Lalu ALLAH SWT menyiksa nafsu itu dalam Neraka Juu' iaitu neraka yang penuh dengan kelaparan selama 100 tahun lamanya, maka setelah dikeluarkan nafsu lalu ALLAH SWT bertanya lagi kepada nafsu:

"Wahai nafsu, siapakah engkau dan siapakah AKU?"

Akhirnya Nafsu yang telah menjadi lemah itu mengakui dengan berkata;

"Aku adalah hamba-MU dan ENGKAU adalah TUHANku"

Dapat disimpulkan disini, cara terbaik untuk mengawal nafsu ialah dengan BERPUASA. Oleh itu, marilah kita perbanyakkan puasa agar nafsu kita boleh dikawal. Jangan biarkan nafsu menjadi raja. Jika nafsu menjadi raja dalam diri, punahlah akal, rosaklah diri, hancurlah iman. Nauzubillah.

Sama-sama kita renungkan, sampaikan dan amalkannya. Insya ALLAH.

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Amal

Berakalkah Manusia Itu?

Makhluk itu sifatnya hamba dan sangat lemah tetapi dari kalangan makhluk yang diciptakan ALLAH, manusia diangkat menjadi khalifah. Yang membezakan manusia dan makhluk yang lain ialah akal. Adapun akal itu tinggi dan mulia sifatnya tetapi ada juga manusia yang merendahkan martabat, meletakkan dirinya serendah binatang.

Akal ni ALLAH ciptakan khusus untuk hamba-NYA yang bernama manusia. Akal ni amat tinggi kedudukannya.

Tapi kenapa masih ada manusia yang sanggup merendahkan martabat dirinya sendiri, meletakkan dirinya rendah dari binatang yang tidak berakal.

Kenapa masih ada manusia yang sanggup melakukan maksiat secara terang-terangan. Pasangan muda-mudi keluar berpimpin tangan, berdua-duaan di tempat yang gelap sedangkan mereka tahu perbuatan itu HARAM. Nauzubillah.

Kenapa masih ada ayah yang merogol anaknya sendiri sehingga anaknya itu mengandung kemudian mengajak kawan-kawannya yang lain merogol anaknya yang sedang sarat mengandung seperti yang berlaku di Kempas, Johor. Nauzubillah.

Apa yang paling menyedihkan ialah, kebelakangan ini semakin banyak berita penemuan bayi yang dibuang merata-rata, di tepi tong sampah, di dalam longkang. Nauzubillah.

Inikah yang dinamakan manusia yang mempunyai akal yang mempunyai nama Islam didalam kad pengenalan. Binatang pun tahu erti kasih sayang terhadap anaknya. Sanggup membuang zuriat sendiri. Cuba bayangkan bagaimana perasaan anak yang dibuang itu apabila besar nanti, diceritakan kepadanya oleh ibu atau bapa angkatnya bahawa dulu mereka mengambilnya dari tepi tong sampah, dari tepi longkang. Dapat tak kita bayangkan bagaimana perasaan mereka???

Adakah ini menunjukkan manusia itu berakal????

Akal itu adalah cahaya yang ALLAH kurniakan kepada diri setiap manusia.

Firman ALLAH didalam surah An-Nur ayat 40 berbunyi:

"Sesiapa yang tidak diberi cahaya (petunjuk) oleh ALLAH, maka tiadalah dia mempunyai cahaya walau sedikit pun"

Cahaya akal itu boleh malap dengan cara melakukan maksiat secara konsisten, terang-terangan serta tidak bertaubat di atas maksiat yang dilakukan.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:

"Sesiapa yang melakukan dosa, akal akan berpisah daripadanya dan tidak akan kembali kepadanya buat selama-lamanya."

Bersama kita renungkan dan hayati sejauh mana kita telah guna kewarasan akal yang dikurniakan ALLAH kepada kita. Peringatan buat diriku yang sering lupa.

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Amal

22 May 2009

Dilema Result

Mlm smlm dpt SMS dari seorg kwn.

Kwn: Chan, ko dah check result?
Aku: Blom lagi. Dah kuor ke?
Kwn: Dah tapi yang unofficial pny. Jap aku bagi web dia.
Aku: Thanx bro.


Adoi. Dah boleh check result tapi unofficial pny. Tapi x sume subjek lagi, Alhamdulillah ar ok. Cuak lak aku. Huhuhu. Adat ar, Asal tunggu result jadi cuak. Haha. Tapi kita dah usaha yang terbaek. Terima dengan hati yang terbuka. Yehaa. Rasa tak sabar pun ada, rasa cuak pun ada. Adoilah awak ni, ubaidillah. Cuak tahap kuasa dua dah aku rasa ni. Mcm2 bermain di fikiran aku. Hope aku mampu dapat yang terbaek.
Amin Ya ALLAH...

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Amal


21 May 2009

Syirik Halus

Firman ALLAH yang bermaksud:

“Barang siapa yang berharap untuk bertemu dengan ALLAH (di hari akhirat kelak), maka hendaklah dia melakukan amal soleh dan janganlah dia mempersekutukan ALLAH dengan sesuatu di dalam ibadatnya.”

(Surah al-Kahfi, ayat 110)

Ape itu syirik? Syirik ialah menyamakan, menyekutukan, menduakan ALLAH dengan benda atau makhluk lain. Terdapat 2 pecahan syirik iaitu syirik besar dan syirik kecil. Dalam dunia masa kini yang paling bahaya ialah syirik halus atau syirik tanpa sedar.

Apa pula yang dipanggil syirik halus ini? Syirik halus ialah menyamakan makhluk dengan ALLAH tetapi tanpa kita sedar. Ini byk berlaku dalam kehidupan seharian kita. Pada pandangan bahasa melayu mungkin Nampak seperti tiada apa-apa tetapi kita ini umat Islam. Umat Islam hidup berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah dalam kehidupan seharian.

Sebagai contoh yang mudah kita lihat ialah bila kita lapar, kita cari makanan. Seolah-olah makanan yang bagi kenyang. Padahal kekenyangan itu datang dari ALLAH. Cube bygkan situasi dimana ada seorang manusia ni makan nasi lemak ayam 2 pinggan dan seorang lagi makan sepinggan nasi bersama ulaman-ulaman sahaja. Tetapi kedua-dua diantara mereka merasa kenyang. Adakah makanan yang bagi kenyang? Padahal mereka makan benda yang berlainan. BKN!!! ALLAH yang datangkan kenyang. Kenyang ni nikmat ALLAH.

Begitu juga, bila sakit kita cari ubat. Pening kepala makan panadol. Adakah panadol yang bagi ilang pening? BKN!!! ALLAH yang datangkan pening, ALLAH jugalah yang ilangkan pening itu. Kita pula menganggap panadol blh ilangkan pening. Bayangkan betapa besarnya dosa kita? Kita telah percaya ada kuasa lain yang mampu ilangkan pening kita itu. Kuasa panadol. Nauzubillah.

Cube kita amik sebidang tanah. Kita tanam pokok cili. Dah matang, kita petik dan makan cili tu. Kita akan rasa pedas. Selepas itu kita tanam pula pokok tebu pada tanah yang sama. Cukup masa, kita makan tebu. Tebu rasa manis pula. Adakah tanah yang sama boleh datangkan 2 rasa yang berbeza? TIDAK !!! ALLAH yang bagi rasa pedas, ALLAH juga yang bagi rasa manis. Semua datang dari ALLAH.

Begitu juga dalam study, bkn sebab kita ni rajin study boleh cemerlang. Ada juga orang yang study ala kadar je tapi cemerlang. Kecemerlangan datang dari ALLAH. ALLAH yang bagi kejayaan. tapi kita sebagai umat Islam amat bertuah sebab kita ada senjata untuk berjaya. Sesungguhnya doa itu adalah senjata orang mukmin.

Semoga saya dan sahabat-sahabat semua dapat perbetulkan kesilapan kita selama ini. ALLAH yang Maha Kuasa, DIA tidak tidur dan tidak makan dan DIA jugalah yang menjadikan langit tanpa tiang, sesungguhnya nyawa kita didalam genggaman-NYA. Jika sebelum ini kita banyak silap, beristigfarlah memohon keampunan dari-NYA. Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun.


Bersama kita renungkan dan mengamalkan. Insya ALLAH.

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Amal

20 May 2009

Sahabat

Siapakah yang dikatakan sahabat?

Adakah perlu dia kaya dan segak,
Apakah perlu dia pandai mengambil hati,
Mestikah dia tidak mementingkan diri-sendiri,
Atau,

Sahabat ialah orang yang sekepala dengan sahabatnya,
Satu halatuju dan matlamat yang selari,
Mestikah dia mengetahui kegemaran sahabatnya,
Atau,
Adakah orang yang dapat gembira dan duka bersama,
Membantu bila sahabatnya kesusahan,
Atau,

Seorang sahabat ialah orang yang

Menjaga sahabatnya dari kemurkaan ALLAH
Dia menegur apabila sahabatnya lupa,
Pastinya dia orang yang menyayangi sahabatnya
seperti menyayangi dirinya.

Bersama-sama kita usaha untuk menjadi sahabat yang terbaik.


Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Amal

Luahan Hati Seorang Lelaki


Bila aku tengok muka dia, aku jadi terpikat, terkesima. Hati berdebar-debar. Aku hanya mampu terpaku kaku membuta bisu. Walaupun hanya perkenalan singkat, tapi sudah mampu membuatkan aku terpikat. Sudah lama aku memerhatikannya, namun diri ini segan utk memulakan langkah. Aku dapat merasakan wujudnya satu perasaan dalam hati aku setiap kali aku melihat dirinya. Perasaan yang sukar digambarkan. Dari tingkah lakunya yang lemah lembut pada pandangan mataku ini, dari tutur katanya yang menggambarkan kesopanan gadis timur. Bkn kecantikan yang aku lihat tetapi pada ketenangan yang terpancar. Raut wajahnya penuh dengan ketenangan. Ketenangan yang aku cari dalam diri seorang perempuan selama ini.

Ini ke yang dinamakan cinta? Entahlah, aku berkata pada diriku sendiri. Aku pun xtau ape yang dinamakan cinta. Mungkin belum masanya utk aku memikirkannya.

Hari demi hari aku macam resah memikirkan sidia. Ape aku nak buat ni. Aku rasa aku dah betul-betul terpikat pada sidia. Bukan utk bercinta, tetapi utk memperisterikannya. Terlalu jauh aku fikir ni. Melangkaui kewarasan akal fikiran aku sendiri.

Ahhh perempuan. Boleh membuatkan lelaki jadi tak menentu, getus hati kecilku.

Aku dah bertekad. Aku dah pikirkan risiko yang bakal aku terima. Sebab niat aku bukan utk mempermainkan dirinya. Ape pun yang terjadi, aku terima. Aku serius kali ini. Jarang aku berpikir seserius dalam hal perasaan sebegini.

Aku beranikan diri utk meluahkan perasaanku kepada sidia. Namun tiada jawapan. Aku mula merasa malu, resah. Bermacam-macam kata bermain difikiran aku. Mungkin aku tidak cukup bagus dimatanya, mungkin dia sudah dimiliki ataupun ada orang lain yang sedang menanti dirinya.

Arghhh… persetankan semua itu, janji aku dah cakap. Dah lega pun otak ni. Xpyh nak serabutkan kepala. At least xde ape yang membelenggu fikiran aku lagi.

Astagfirullah al azim…. Apa aku dah lakukan ni. Tiba-tiba perasaan bersalah dan menyesal datang dlm diriku. Aku tak nak jadi khayal hanya disebabkan seorang makhluk. Ya ALLAH, ampunilah dosa hamba-MU ini. Aku alpa seketika, aku lupa janji aku pada diriku sendiri. Aku terpaksa melupakan sidia. Aku taknak aku terus hanyut dan leka dalam kehidupan aku. Aku taknak aku lalai dari mengingati-NYA.

Aku tanya pada seorang sahabat baikku yang mengambil jurusan agama, dia cakap, “Jodoh ni ALLAH yang tentukan. Jika kita minat orang itu atas dasar agamanya dan niat utk memperisterikan dia. Go ahead, nikah trus. Berdoa pada ALLAH agar ada jodoh kita dengan orang 2. ALLAH akan perkenankan doa org yang ikhlas kerana –NYA’. Aku akan terus berdoa, agar diwujudkan jodoh aku dengan sidia. Dia mmg untukku jika telah ALLAH tetapkan. Ya ALLAH, perkenankanlah doa hamba-MU ini….

"Emas diuji dengan api, wanita diuji dengan emas dan lelaki diuji dengan wanita."


Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Amal

Zikir Paling Afdal

Ni antara isi kuliah yang aku dengar tempohari. Aku ringkaskan atas pemahaman aku. Hendaklah kita perbanyakkan menyebut kalimah Laila ha illa allah. Ini merupakan kalimah atau zikir paling afdal dari pandangan para ulama’.

Nabi SAW bersabda:

“ Seafdal-afdal kalimah yang aku sebut dan nabi-nabi sebelum aku sebut adalah kalimah laila ha illah allah. “

X semestinya nak berzikir kita perlu duduk di atas tikar sejadah, memegang tasbih. Kita boleh berzikir dimana-mana sahaja, di atas motor, didalam kereta, dalam perjalanan nak p kelas, nak tunggu lecturer masuk… mudah jek. Islam itu mudah. Zikir ini banyak fadilatnya.

Pernah diceritakan, apabila seorang hamba ALLAH mengucapkan LAILAHAILLALLAH maka keluarlah dari mulutnya yang mengucapkan perkataan yang mulia itu seekor burung hijau. Maka burung hijau akan naik ke Arasy ALLAH dan berkicauanlah burung-burung tadi dibawah Arasy. Melihat kejadian itu malaikat yang menjaga Arasy ALLAH memerintahkan kepada burung-burung tadi supaya diam tetapi tidak dipatuhi oleh mereka. Oleh kerana arahan yang diberi tidak dipatuhi,malaikat yang menjaga Arasy mengadap ALLAH SWT menceritakan kejadian itu. Maka ALLAH memerintahkan malaikat tersebut supaya memberitahu burung-burung supaya diam. Apabila perintah itu diberitahu kepada mereka. Maka berkatalah burung-burung itu... "Wahai malaikat yang menjaga Arasy ALLAH, kami boleh mendiamkan diri kami tetapi dengan satu permintaan". Bertanya malaikat "Apakah permintaan itu?". Berkata burung-burung itu" Jika ALLAH ampunkan dosa-dosa orang yang mengucapkan kalimah LAILAHAILLALLAH sehingga terciptanya aku,barulah aku akan tidak membuat bising disini". Berkata malaikat itu"Baiklah aku akan sampaikan kepada ALLAH". Beredarlah malaikat dan menyembah ALLAH dan disampaikan permintaan tadi kepada ALLAH. Maka ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang menerima permintaan tersebut. Malaikat pun pergi berjumpa dengan burung-burung itu dan mengatakan bahawa ALLAH telah menerima permintaan mereka. Maka dengan segera mereka tidak membuat bising dan mereka bergantungan di Arasy ALLAH sambil berzikir dan memohon keampunan untuk orang yang mengucap LAILAHAILLALLAH tadi sehingga hari kiamat.

Kalimah ini amat besar maknanya pada kita. Semasa di alam roh kita telah berikrar di hadapan ALLAH bahawa Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan ALLAH. Oleh itu, perbanyakkanlah menyebut semasa kita telah diberikan nyawa utk hidup dimuka bumi ini agar mudah kita menyebutnya di akhir nyawa kita nanti.

Hanya orang yang telah dipilih oleh-NYA sahaja yang mampu memikul kaliah agung ini. Kubur itu gelap , cahayanya ialah LAILAHAILLALLAH. Jika diambil sebuah dacing dan diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah LAILAHAILLALLAH ini.

Sama-sama kita amalkan.. insya ALLAH


Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Amal