Followers

25 September 2009

Selamat Hari Raya 1430H


Salam ‘alaik.

First n foremost, saya Mohd Ubaidillah bin Mohd Salaha dan keluarga;
Mohd Salaha bin Mohd Salaha (abah),
Robiah binti Kahar (ibu),
Mohd Nathiqul Ulya Bin Mohd Salaha (angah),
Zatul Faqihah Binti Mohd Salaha (adik bongsu),
John (kucing putih aku)


ingin MEMOHON AMPUN DAN MAAF andai kami ada terkasar bahasa, tersilap tutur kata, tutur kata yang menyakitkan hati dan menyinggung perasaan, tingkah laku yang x kena. Mintak dihalalkan segala makan dan minum kami, segala perbuatan dan tutur kata kami terhadap korg semua.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Semoga Syawal kali ini lebey bermakna bagi kita.

p/s: Sori lambat upload, baru sampai dari kampung. Kampung takde internet. Huhu. Puas raya kat kampung. Assignment ntah ke mana. Adoiyai. Jemputlah datang rumah. Cuti seminggu jek. Hehe.

23 September 2009

I am 24 Years Old Today!!!

Harini, 23 September 2009 ialah hari kelahiranku yang ke Dua Puluh ……Empat. Hehe.

2009 – 1985 = 20 tahun (aku kire guna calculator scientific)

1985 lalu, lahirlah aku kemuka bumi yang penuh dengan pancaroba tepat jam 1145pm. Syukur Alhamdulillah, hingga ke hari ini aku masih diberi pinjam oleh-NYA nyawa dan segala nikmat yang tak pernah kurang malah bertambah sejak 24 tahun yang lalu. Dah hampir 3 abad aku hidup kat atas muka bumi ni sebagai seorang lelaki yang macho. Uhuk.

Terima kasih atas segala ucapan tahniah/wish harijadi dari kawan2 yang tak putus2. Hehe. Ingat gak korang kat aku. Thanx a lot. Walaupun happy dpt ucapan dari kwn2, tapi ada gak perasaan sedih yg hadir dalam diri. Ini bermakna semakin pendek umur aku untuk hidup di dunia ini untuk menjalani kehidupan sebagai hamba-NYA.

Dah berapa banyak aku mensyukuri segala nikmat yang diberi dan menggunakan di jalan yang sepatutnya. Huhu. Smoga hidup aku selama 24 tahun ini mendapat keredhaan dari-NYA. Semoga aku dapat gunakan umur yang diberikan ini untuk berkhidmat kepada agama-MU Ya Allah…

p/s: Terima kasih kepada yang bagi aku birthday present dan kad besday. Thanx eh. Sayang korg. Hahaha.

19 September 2009

Yang dinanti telah pun tiba

Akhirnya!!!!!!

Masa yang dinanti telah pun tiba. Insya Allah pagi ni aku gerak balik JB, bus kul 930am. Tapi kena naik kat Bukit Jalil lak. Huhu. Nasib baik tak suh naik kat Bukit Selambau.

Penat gak nak packing. Last minute punye keje. Standard ar budak macho mmg pack barang last minute.

Semangat btol nak balik ni. Xsabo2. Kolej dah lengang kot. Aku antara insan terakhir gak ar yang meninggalkan kolej ni. Saya sayang UM.(mcm poyo lak bunyinye)

Dah pack baju2 sume, baru prasan (ye ker??) sume tshirt kaler hitam jek aku bwk balik. Nak wat samne, aku mmg suka kaler hitam. Tapi ibu bising ar, asik kaler itam jek. Kena ada kaler2 sket. 2 yang ada baju kaler lain. Adoiyai.

Ibunda, bonda tunggu kepulangan anakmu yang baik lagi macho ini. Eh ibunda dan bonda? Mcm same jek. Adoi. Silap2 ayahanda dan bonda tercinta, nantikan kepulangan anakmu ini. Haaa baru btol... Adesss...

Ya Allah, selamatkanlah dan redhailah perjalananku nanti. Ameen...

Katil yang menjadi mangsa untuk "bersepah".

Hitamnya SEMUA pakaianku. Hahaks

SKST Class 1997 Gathering @ JB



**Saje nak tolong promote kat kengkawan lame from Sekolah Kebangsaan Sri Tebrau (SKST) Johor Bahru 1997.Baru kengkawan dari KL, JB n Singapore ley dtg. Ritu reunion kat KL dak2 area KL jek dtg. Huhu.Dis notes taken from Fiona's page in facebook.tq:D (email to me by murnie. Hehe)**

SKST Class 1997 Gathering @ JB
finally, it's reunion back in JB!!!!
Host: fiona n muslimah!
Type: Party - Reunion
Network: Global
Price: RM10-RM15
Date: Saturday, September 26, 2009
Time: 12:00pm - 3:00pm
Location: Muslimah's house - can refer to the plan in da poster...
Phone: 0122745327 FIONA
Email: angelic_moon11@hotmail.com
Description:hi everyone!
So it's confirmed that the gathering will be held :
On: 26th September 2009 (Saturday)
At: Muslimah's House - No. 5, Lorong 1, Jln Songkit 8, Tmn Sentosa, 80150 JB.
From: 12pm - 3pm.
Please reply to me(fiona) b4 20th september to confirm if you are coming or not! pls invite other frens from skst class 1997 as well if they r nt in facebook, and do let me know if you or they are coming!!!
THANKS!!!

18 September 2009

Bosannyerr

Aku bosan bangat.
Serius ingat rumah jek. Prasaan nak balik membuak-buak wo.
Dah ar kelas pagi ni spatutnya 3 jam tapi jadi x sampai sejam.
Lecturer ada urgent matter.
Uwaaa....

p/s: Tahap kebosan telah meningkat kepada kuasa empat nih!!!

Balik Kampung!!!


Ramainye yang balik kampung semalam, harini. Berduyun2 dak2 naik bus, kendong beg beso. Pergh…. Jelesnye!!! Awal pagi dah penuh bus stop org tunggu bus. Adoiyai. Blom kul 7am ni beb.

Aku balik sabtu pagi. Uwaa. Itu jek tiket yang tinggal. Aku x expect langsung balik naik bus, 2 x beli tiket lagi. Tapi syukur gak ada lagi tiket yang masih tersisa. Nak wat camne, kereta aku rosak last minute. Takkan nak naik moto lak, penat gile wo naik motor utk perjalanan sejauh 3**km.

Rindulah nak buka kat rumah. Dgr cite sampai JB trus nak gerak balik kampung belah ibu aku (kat Kuantan, Pahang). Uwaa… buka pose dalam kereta ar gamaknya. Rindu woo kat masakan ibu aku. Nak buat camne, dah nak rosak. Kita bkn tau nak rosak pun. Tapi syukur gak, dibuatnya rosak dalam perjalanan lagi naya aku.

Dah ar VC umumkan arini (Jumaat, 18 september) half day utk segala lecture yang ada. Bertambah2 ar kebosanan aku menunggu kat sini. Huhu. Cian makcik dining kena masak lagi utk aku. Hehe. Saya nak lauk ayam ye makcik.

p/s: Dah macam blajo kat oversea lak rasanya balik kampung lelambat gini. Hahaks..

Pemandu Kita

Andai kita memandu BMW 745i, tak semestinya kita hebat, kita kaya, kita rasa kereta kita mewah, laju dan sebagainya andai takde adab memandu. Walaupun kereta kita mewah, tetap kena hormat yang “kecik” atas jalan raya. Hormat ar sket motorcyclist beb!

Jgn main redah nak masuk jek. Kitorg ni “kecik”, xde cover ape-ape, kalau terlanggar badan yang jadik perisai. Kadang2 rasa geram gak dgn perangai pemandu kereta lagi2 kereta mewah ni.

Macam tadi, tgh hujan, kereta BMW (R* 29) main redah masuk padahal aku kat main road. Menggelabah aku emergency brake. Tlg ar kwn, xkira ko menteri ke, pengarah syarikat ke, ayahanda ke, xsemestinya bley drive kreta ntah pape. Bukan aku mintak utk dihormati setinggi gunung, dijunjung di kepala tapi aku nak sekelumit prasaan kemanusiaan terhadap motorcyclist. Geram gak kdg2 main redah jek. Dah 2 hari berturut eksiden motor berlaku dpn mata aku yg aku kira salah kereta main redah masuk jek!!!

Tadi kwn aku (kak dimah) call, dia eksiden. Terkejut gak dengar. Bykkan bersabar kak dimah, setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Jgn dilihat dgn pandangan mata manusia biasa akan perkara yang berlaku, tapi pandanglah sebagai hamba-NYA. Pasti kita akan dapat lihat hikmahnya walaupun itu nasib malang dari kacamata manusia biasa.

Cubalah ada adab sket time drive 2. Aku pemandu kereta gak. Aku cintakan kelajuan gak. Aku ada lesen LITAR lagi, tapi bila atas jalan, hormat org lain. Nak laju, cilok2, turun litar ar bro. Jalanraya utk dikongsi bersama…

p/s: Andai kita nak org hormat kita, kita perlu hormat orang dulu... Bykkan bersabar kak dimah.

15 September 2009

Pantun Raya Mengikut Negeri

Mari kita berpantun ikut negeri masing-masing. Hehe

Kelantan
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor
Cenggitu cenggini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Kedah
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Perlis
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

p/s: Cayalah orang johor. Haha

13 September 2009

Pagi ini

Alhamdulillah.
Hari ke-23 Ramadhan 1430
Pagi ni sangat tenang rasanya
Ketenangan yang abadi
Syukur Ya Allah
Atas nikmat yang telah KAU berikan


p/s: hadirkan senyuman dalam hidupmu sekalipun menghadapi suasana yang pahit

Lailatul Qadr

Ramadhan sudah sampai ke penghujungnya
Apa yang telah aku lakukan untuk 10 malam terakhir ini?
YA ALLAH hanya KAU yang tahu segalanya….
Sayu hati ini, kerana Ramadhan akan pergi meninggalkanku,
Adakah ini Ramadhan yang terakhir buatku?

Perpisahan akan tiba buat kesekian kalinya,
Perpisahan yang dikurniakan dengan satu malam
satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan
Apa yang aku lakukan?

YA ALLAH!
Tabahkan aku untuk meneruskan apa yang aku lakukan untuk MU
Izinkan diriku untuk bertemu dengan malam itu buat kali terakhir jika telah ditakdirkan aku dijemput-MU selepas ini
Izinkan aku berjaga pada malam-MU itu
Hamba-MU ini lemah dengan pujukan dan rayuan syaitan selama ini,
Tapi buat kali ini berilah aku rahmat serta hidayah-MU
Semoga Lailatul-Qadar menjadi milik kita semua

12 September 2009

Ape dah jadi???

Kalau kita lihat alam sekeliling kita. Kita akan merasa betapa kerdilnya diri kita disisi Allah SWT. Cube kita lihat, hayati, renungkan segala apa yang dapat kita lihat di sekeliling kita. Segala makhluk yang ada di sekeliling kita. Segala pokok2, awan2 yang bertebaran di kaki langit, udara yang memenuhi ruang bumi, tanah tempat kita berpijak, burung2 yang bebas bertebangan dan banyak lagi. Cuma kita lihat keindahan ciptaan Allah SWT. Betapa hebatnya Allah yang Maha Menjadikan. Makhluk2 ni semua patuh kepada ketentuan dan ketetapan yang Allah telah tetapkan. Semuanya bergerak dengan mengikut arahan Allah tanpa ada pun satu makhluknya (selain manusia) yang melanggar arahan-NYA.

Cuba kita lihat pula kepada khalifah segala makhluk iaitu keturunan kita yang bernama MANUSIA!

Dengan pakaian yang tak seperti pakaian (kain lap kereta aku lagi lawa dan cukup sifat!!!),
dengan tangan pegang tin air yang diminum tanpa ada perasaan bersalah (bulan Ramadhan ni!!!),
dengan rantai yang pelbagai corak dan bentuk yang tidak diketahui maksudnya memenuhi leher si pemuda,
yang si pemudi seperti mahu menunjukkan tubuh badannya yang menggiurkan kepada setiap mata-mata lelaki yang dahagakan bayangan perempuan.

Ini ke perangai manusia yang mengaku dirinya Islam???

Ini ke sikap dan akhlak pemuda-pemudi Islam yang menjadi benteng kekuatan Islam???

Serius, aku meluat tgk segolongan anak2 muda (muda dari aku) lepak kat bus stop, tgn pegang botol mineral 500ml yang didalamnya ada air bewarna seakan2 teh (KORG TAU AIR APE KAN?). Main passing2 botol, sorg minum seteguk. Bodoh!

Ikutkan hati, aku nak pergi sound, tapi iman lemah. Lagipun ni tempat org, sedara aku cakap jgn buat hal. Kalau kat JB, berani aku sound. Memang merah bawak jalan, putih simpan.

Aku cukup pantang tgk org tak pose, minum air haram, bergaul lelaki perempuan macam takde panduan hidup.Banyak mata memandang ke arah diorang hatta yang bukan Islam.

Korg tak takut ke azab Allah?
Tak takut ke api neraka yang apinya sgt2 panas hatta jika api dari neraka jatuh ke bumi walaupun sebesar lubang jarum maka hancurlah bumi.
Korg tak tahu ke Neraka itu benar
Korg tak tahu Azab Allah itu juga benar?

Sesungguhnya janji Allah adalah benar. Kiamat semakin hampir. Langgar perintah Allah ni macam takde pape bagi diorg.


P/s: Ya Allah, kurniakanlah kami isteri-isteri solehah, anak-anak, zuriat-zuriat yang soleh dan solehah. Ya Allah, Kurniakanlah aku keturunan yang patuh pada ajaran-MU dan meniggalkan segala apa yang telah ENGKAU larang.

10 September 2009

Fasa 3 Ramadhan: Doa Hari 21-30

Doa Hari-21

Maksudnya: Ya Allah! Benilah aku petunjuk menuju kepada keredhaan- MU. Dan janganlah Engkau member jalan kepada syaitan untuk menguasaiku. Jadikanlah syurga bagiku sebagai tempat tinggal dan peristirahatan, Wahai Pemenuh keperluan orang- orang yang meminta.

Doa Hari-22

Maksudnya: Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmat-MU, turunkan untukku keberkatanmu. Berilah kemampuan kepadaku untuk mendapatkan keredhaan-MU, dan tempatkanlah aku di dalam syurga-MU yang luas, Wahai Penjawab doa orang-orang yang dalam kesempitan.

Doa Hari-23

Maksudnya: Ya Allah! Sucikanlah aku dari dosa-dosa, dan bersihkanlah diriku dari segala aib. Tanamkanlah ketaqwaan di dalam hatiku, Wahai Penghapus kesalahan orang-orang yang berdosa.

Doa Hari-24

Maksudnya: Ya Allah! Aku memohon kepada-MU hal-hal yang mendatangkan keredhaan-MU, dan aku berlindung dengan- MU dari hal-hal yang mendatangkan kemarahan-MU, dan aku memohon kepada-MU kemampuan untuk mentaati-MU serta menghindani kemaksiatan terhadap-MU, Wahai Pemberi para peminta.

Doa Hari-25

Maksudnya: Ya Allah! Jadikanlah aku orang-.orang yang mencintai para Auliya-MU dan memusuhi musuh-musuh-MU. Jadikanlah aku pengikut sunnah-sunnah penutup segala Nabi-MU, Wahai Penjaga hati para Nabi.

Doa Hari-26

Maksudnya: Ya Allah! Jadikanlah usahaku sebagai usaha yang disyukuri, dan dosa-dosaku diampuni, segala amal perbuatanku diterima, dan seluruh aibku ditutupi, Wahai Maha Pendengar dan semua yang mendengar.

Doa Hari-27

Maksudnya: Ya Allah! Kurniakanlah rezeki kepadaku keutamaan Lailatul Qadar, dan ubahlah perkara-perkaraku yang sulit menjadi mudah. Terimalah permintaan maafku, dan hapuskanlah dosa dan kesalahanku, Wahai Yang Maha Penyayang terhadap hamba- hambanya yang soleh.

Doa Hari-28

Maksudnya: Ya Allah! Penuhkanlah hidupku dengan amalan-amalan Sunnah, dan muliakanlah aku dengan terkabulnya semua permintaanku. Dekatkanlah perantaraanku kepada-MU diantara semua perantara, Wahai Yang tidak disibukkan oleh permintaan orang-orang yang meminta.

Doa Hari-29

Maksudnya: Ya Allah! Liputilah aku dengan rahmat dan benikanlah kepadaku Taufiq dan penjagaan. Sucikanlah hatiku dan noda-noda fitnah wahai pengasih terhadap hamba-hambaNYA yang Mukmin.

Doa Hari-30

Maksudnya: Ya Allah! Jadikanlah puasaku disertai dengan syukur dan diterima di atas jalan keredhaan-MU dan keredhaan Rasul-MU. Cabang-cabangnya kukuh dan kuat deliputi pokok-pokoknya, Demi kenabian Muhammad dan keluarganya yang suci, dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.

p/s: Harap dapat kita amalkan dan sampaikan. Insya Allah.

08 September 2009

Apa perkara paling cepat berlaku?

Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari
beribu permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya.

Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak sekaya Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice).

Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun
mula berkata:

"Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini. Soalannya adalah apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?" tanya CEO tersebut.

Calon pertama berkata "FIKIRAN , kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari"

"Bagus, satu jawapan yang baik" kata CEO tadi. "Kamu pula?" tanyanya kepada calon kedua.

"KELIP MATA, kerana tanpa kita sedari, sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip" jawab calon kedua.

"Satu jawapan yang sangat baik, lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan" kata CEO itu. "Bagaimana kamu pula?" tanya CEO kepada calon ketiga.

"Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas" jawab calon ketiga.

"Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula dengan kamu?" CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi.

"Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT " jawab calon keempat dengan yakin sekali.

"Haaa...!!! CIRIT-BIRIT???? Kamu ni tak serius langsung, macamana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni?" CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi.

"Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR, KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah.............."

Akhirnya, calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan.

p/s: Ada ke interview gini ek? Wakakaka

07 September 2009

Nuzul Quran 1430H

Alhamdulillah, harini 17 Ramadhan 1430H bersamaan 7 September 2009 merupakan hari yang penting di dalam kalendar Islam.

Pada hari inilah, suatu peristiwa yang penting dimana bermulanya penurunan kitab suci Al-Quran kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Peristiwa yang berlaku pada 610M masih diingati hingga ke hari ini.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jenayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Al-Quran diturunkan sebagai pelengkap dan panduan kepada umat akhir zaman.

Firman Allah:
"Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan)."
(Al-An’am:38)

Marilah kita sama-sama terapkan budaya membaca Al-Quran di dalam kehidupan seharian kita.
Jadikan Al-Quran sebagai panduan hidup kita. Selagi kita berpegang teguh kepada Al-Quran dan As-Sunnah, nescaya kita takkan sesat untuk selama-lamanya.

06 September 2009

Buka Puasa

Sabtu
05/09/2009
7:19pm

Buka pose dgn kawan2 sekolah rendah (Sekolah Kebangsaan Sri Tebrau) kat Midvalley.
Kitorang still contact n rapat macam dulu.
Seronok gak jumpa korg walaupun x semua dapat hadirkan diri.
Ada gak muka yang aku lupa tadi, tapi nama aku ingat cuma tak cam muka jek. Serius. Sori ek Fatinah, jgn marah. Hehe.
Hope nanti jamuan Hari Raya ke-4 kat JB jadik ar, Insya Allah.
Ape2 hal just inform aku, msg aku kat maxis aku.
Dah 12 tahun berlalu (Tahun 1997), tapi macam baru jek abes darjah 6. Hehe.
Muka sume stok dah layak jadi mak bapak org.
Masing2 dah dewasa tapi perangai giler cam darjah 6 dulu. Ish3.
Murni, thanx for da cuppa cakes.

****mus, ayie, fatinah, cici, mel, faiz, afif, syabira, elin, murni***

p/s: Cepat2 upload pics, bley aku copy. Aku punya dcam ada org pinjam ar. Huhu.

05 September 2009

Hargainya selagi masih ada

Kebiasaanya kita sukar untuk menghargai sesuatu jasa, pemberian atau pengorbanan seseorang yang sentiasa disamping kita.
Walaupun ucapan terima kasih dikeluarkan dari mulut namun jarang sekali jasa, pengorbanan tersebut dibalas apatah lagi dikenang oleh kita.
Kadang-kadang, kita terasa rindu dan kehilangan apabila sudah ketiadaannya disisi.
Bila dia ada didepan mata, ada bersama kita, kita tak pernah untuk menjaga hatinya, menjaga dirinya seperti mana yang dia pernah lakukan terhadap kita.
Kita hanya benar-benar menghargainya bilamana, dia sudah tiada lagi disisi kita, bila tiada lagi tangan yang sudi memberi untuk kita, bila tiada lagi orang yang sanggup berkorban untuk kita.
Hargai sebelum kita kehilangannya.
Sekali ia terlepas, mustahil untuk ia kembali seperti dulu.


p/s: Sometimes we can’t see until it’s too late

Ilmu Dari Sebiji Tembikai


Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al- Balkhi RM telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah- marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tembikai itu.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya:

“Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual tembikai, pembeli tembikai, penanam tembikai atau Pencipta buah tembikai itu?.”

Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya:

“Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah SWT dan redhalah dengan segala ketentuan-NYA.”

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lantas isterinya bertaubat dan redha dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Andai Ku Tahu

02 September 2009

SIBUK


Minggu-minggu yang sangat2 sibuk.
Nak x nak kena hadapi gak.
Semua kerja datang serentak.
Aduhai.
Tolong2. Huhu..
Serabut pulak rasa.

ASSINGMENT PCR GROUP & INDIVIDU + LAB PLANT BIOTECH + REPORT PLANT PHYSIO + CASE STUDY MICROB + ASSIGNMENT PLANT PHYSIO + PORTFOLIO ENGLISH = ?????

Uwaaa...

p/s: Keterbatasan waktu seharian membuatkan semuanya rasa sudah semakin suntuk. Lalu tanggungjawab disalah erti sebagai bebanan. Ish3. Boleh punyer!!!! Yakin Boleh..

01 September 2009

Fasa 2 Ramadhan: Doa Hari 11-20

Alhamdulillah, Ramadhan dah masuk ke fasa kedua. Tetapi agak sedih, kerana ini bermakna Ramadhan akan meninggalkan kita tak lama lagi. Huhu. Dibwh adalah doa-doa harian untuk Fasa 2 Ramadhan. Insya Allah dapat kita amalkan dan sampaikan

Doa Hari-11

Ya Allah! Tanamkanlah dalam diriku kecintaan kepada perbuatan baik, dan tanamkanlah dalam diriku kebencian terhadap kemaksiatan dan kefasikan. Jauhkanlah dariku kemurkaan-MU dan api neraka dengan pertolongan-MU, Wahai Penolong orang-orang yang meminta pertolongan.

Doa Hari-12

Ya Allah! Hiasilah diriku dengan penutup dan kesucian. Tutupilah diriku dengan pakaian qana'ah dan kerelaan. Tempatkanlah aku di atas jalan keadilan dan sikap tulus. Amankanlah diriku dari setiap yang aku takuti dengan penjagaan-MU, Wahai penjaga orang-orang yang takut.

Doa Hari-13

Ya Allah! Sucikanlah diriku dari kekotoran dan kejelekan. Berilah kesabaran dan ketabahan kepadaku untuk menerima segala ketentuan. Dan berilah kemampuan kepadaku untuk bertaqwa, dan bergaul dengan orang-orang yang baik dengan bantuan-MU,Wahai Dambaan orang-orang miskin.

Doa Hari-14

Ya Allah! Janganlah.Engkau hukum aku, kerana kekeliruan yang kulakukan. Dan ampunilah aku dari kesalahan-kesalahan dan kebodohanku. Janganlah Engkau jadikan diriku sebagai sasaran bala' dan malapetaka dengan kemualian-MU, Wahai Kemulian kaum Muslimin.

Doa Hari-15

Ya Allah! Berilah aku rezeki berupa ketaatan orang-orang yang khusyu'. Dan lapangkanlah dadaku dengan taubatnya orang-orang yang menyesal, dengan keamanan-MU, Wahai Keamanan untuk orang-orang yang takut.

Doa Hari-16

Ya Allah! Berilah aku kemampuan untuk hidup sebagaimana kehidupan orang-orang yang baik. Dan jauhkanlah aku dari kehidupan bersama orang-orang yang jahat. Dan naungilah aku dengan rahmat-MU hingga sampai kepada alam akhirat. Demi ketuhanan-MU Wahai Tuhan sekalian alam.

Doa Hari-17

Ya Allah! Tunjukkanlah aku kepada amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-citaku. Wahai Yang Maha Mengetahui akan segala keperluan tanpa permohonan. Wahai Yang Maha Mengetahui segala yang ada didalam hati seluruh isi alam. Selawat keatas Nabi Muhammad dan keluarganya yang suci.

Doa Hari-18

Ya Allah! Sedarkanlah aku akan berkat-berkat yang terdapat di saat sahur. Dan sinarilah hatiku dengan terang cahayanya dan bimbinglah aku dan seluruh anggota tubuhku untuk dapat mengikufi ajaran-ajarannya, Demi cahaya-Mu Wahai Penerang hati para arifin.

Doa Hari-19

Ya Allah! Penuhilah bahagianku dengan keberkatan, dan mudahkanlah jalanku menuju kearah kebaikan. Janganlah Engkau jauhkan aku dari segala kebaikan, Wahai Pemberi petunjuk kepada kebenaran yang terang.

Doa Hari-20

Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pintu syurga dan tutupkanlah bagiku pintu-pintu neraka, dan berikanlah kemampuan kepadaku untuk membaca AI-Quran Wahai Penurun ketenangan di dalam hati orang-orang Mu'min.

p/s: Semoga Dapat kita sama2 amalkan dan sampaikan. Insya Allah