Followers

20 May 2009

Zikir Paling Afdal

Ni antara isi kuliah yang aku dengar tempohari. Aku ringkaskan atas pemahaman aku. Hendaklah kita perbanyakkan menyebut kalimah Laila ha illa allah. Ini merupakan kalimah atau zikir paling afdal dari pandangan para ulama’.

Nabi SAW bersabda:

“ Seafdal-afdal kalimah yang aku sebut dan nabi-nabi sebelum aku sebut adalah kalimah laila ha illah allah. “

X semestinya nak berzikir kita perlu duduk di atas tikar sejadah, memegang tasbih. Kita boleh berzikir dimana-mana sahaja, di atas motor, didalam kereta, dalam perjalanan nak p kelas, nak tunggu lecturer masuk… mudah jek. Islam itu mudah. Zikir ini banyak fadilatnya.

Pernah diceritakan, apabila seorang hamba ALLAH mengucapkan LAILAHAILLALLAH maka keluarlah dari mulutnya yang mengucapkan perkataan yang mulia itu seekor burung hijau. Maka burung hijau akan naik ke Arasy ALLAH dan berkicauanlah burung-burung tadi dibawah Arasy. Melihat kejadian itu malaikat yang menjaga Arasy ALLAH memerintahkan kepada burung-burung tadi supaya diam tetapi tidak dipatuhi oleh mereka. Oleh kerana arahan yang diberi tidak dipatuhi,malaikat yang menjaga Arasy mengadap ALLAH SWT menceritakan kejadian itu. Maka ALLAH memerintahkan malaikat tersebut supaya memberitahu burung-burung supaya diam. Apabila perintah itu diberitahu kepada mereka. Maka berkatalah burung-burung itu... "Wahai malaikat yang menjaga Arasy ALLAH, kami boleh mendiamkan diri kami tetapi dengan satu permintaan". Bertanya malaikat "Apakah permintaan itu?". Berkata burung-burung itu" Jika ALLAH ampunkan dosa-dosa orang yang mengucapkan kalimah LAILAHAILLALLAH sehingga terciptanya aku,barulah aku akan tidak membuat bising disini". Berkata malaikat itu"Baiklah aku akan sampaikan kepada ALLAH". Beredarlah malaikat dan menyembah ALLAH dan disampaikan permintaan tadi kepada ALLAH. Maka ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang menerima permintaan tersebut. Malaikat pun pergi berjumpa dengan burung-burung itu dan mengatakan bahawa ALLAH telah menerima permintaan mereka. Maka dengan segera mereka tidak membuat bising dan mereka bergantungan di Arasy ALLAH sambil berzikir dan memohon keampunan untuk orang yang mengucap LAILAHAILLALLAH tadi sehingga hari kiamat.

Kalimah ini amat besar maknanya pada kita. Semasa di alam roh kita telah berikrar di hadapan ALLAH bahawa Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan ALLAH. Oleh itu, perbanyakkanlah menyebut semasa kita telah diberikan nyawa utk hidup dimuka bumi ini agar mudah kita menyebutnya di akhir nyawa kita nanti.

Hanya orang yang telah dipilih oleh-NYA sahaja yang mampu memikul kaliah agung ini. Kubur itu gelap , cahayanya ialah LAILAHAILLALLAH. Jika diambil sebuah dacing dan diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah LAILAHAILLALLAH ini.

Sama-sama kita amalkan.. insya ALLAH


Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Amal

No comments: