Nabi bersabda:
“ Akan datang pada suatu zaman dimana manusia akan memegang agama Islam seperti menggenggam bara api ”
Yang dimaksudkan disini ialah zaman yang penuh mencabar sehingga sesiapa yang ingin mengamalkan agamanya terpaksa menghadapi ancaman dan tentangan yang sangat hebat. Jika ia tidak bersungguh-sungguh nescaya agama akan terlepas dari genggamannya. Para ulama menyimpulkan inilah zaman yang dikatakan oleh baginda SAW.
Orang Islam dan orang yang memegang Islam adalah suatu kelompok yang sangat-sangat berbeza. Orang Islam ramai, mudah kita nak jumpa tapi untuk mencari orang yang memegang dan mengamalkan Islam amat payah. Berapa ramai yang masa lahir dicukurkan kepala, ditahnik, diazan ditelinga kanan dan diiqamatkan ditelinga kiri tetapi apabila besar dialah orang yang menentang hukum- hakam Islam, menolak segala fatwa yang dikeluarkan oleh mufti-mufti seolah-olah mempersendakan ajaran Islam itu sendiri.
Firman ALLAH SWT:
“ Wahai orang-orang beriman, sesungguhnya sebahagian daripada isteri-isteri kamu dan sebahagian daripada anak-anak kamu adalah musuh kamu. Hendaklah kamu berhati-hati dengan mereka. “
Yang dikatakan disini adalah sebahagian bukannya semua. Dapat dilihat disini, belum datang anasir dari luar lagi tapi anasir dari dalaman. Apa yang kita perlu buat? Hendaklah kita berhati-hati dan banyakkan amal doa yang Nabi SAW ajarkan kepada kita…
Robbana hablana min azwajina wa zurriyatina qurratu a’yun wajaalna lil muttaki na imama
Barulah anak-anak dan isteri kita menjadi penyejuk mata kita. Barulah mudah kita nak mengamalkan Islam. Berapa ramai pegawai-pegawai yang duduk dikerusi besar, yang dapat projek berjuta-juta tapi dapat hadir ke masjid-masjid? Jika adapun itulah org yang telah dipilih oleh ALLAH SWT.
Cube kita tgk arini kat bandar-bandar, shopping complex kita nampak orang yang memakai jubah dan serban. Semacam kita tgk. Btol x? Tapi cube kite ternampak pulak perempuan yang memakai baju ketat, skirt. Pandangan kita jadi biasa. Siap boleh kita kenyit mata lagi. Seolah-olah itu pandangan normal.
Takut-takut kita terlucut agama kita tanpa sedar. Terlucutnya agama bukannya seperti terlucutnya seluar. Seluar kita terlucut, kita sedar. Cepat-cepat kita betulkan. Tapi benda yang kita tak sedar ni terlucut. Takut ilang akidah kita, takut ilang tauhid kita, takut ilang iman kita tanpa sedar.
Belum kita lihat musuh dari luar. Dari golongan kafir dan yahudi. Dalam al-Quran disebut, golongan kafir ni akan buat kita ni keluar dari Islam tanpa kenal erti putus asa. Mereka ingin memurtadkan umat Islam. Tak hancur umat Islam dibom, hancur akidah. Itu yang diorang inginkan. Dari segi pakaian ikut yahudi dari segi akhlak ikut nasara. Jangan ikut yahudi nasara yang tiada panduan hukum dalam kehidupan. Berapa ramai orang Islam memilih jalan yan salah, memilih agama selain dari Islam. Islam bkn setakat pada ic jek. Nak masuk syurga malaikat x tgk pada ic. Macam Lina Joy, ic tulis Islam tapi agama???
Hidup kita ni sekali. Oleh itu, kita teruskan perjuangan yang belum selesai. Perjuangkan Islam.
Renung-renungkan…
Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Amal
No comments:
Post a Comment