Followers

24 May 2009

Berakalkah Manusia Itu?

Makhluk itu sifatnya hamba dan sangat lemah tetapi dari kalangan makhluk yang diciptakan ALLAH, manusia diangkat menjadi khalifah. Yang membezakan manusia dan makhluk yang lain ialah akal. Adapun akal itu tinggi dan mulia sifatnya tetapi ada juga manusia yang merendahkan martabat, meletakkan dirinya serendah binatang.

Akal ni ALLAH ciptakan khusus untuk hamba-NYA yang bernama manusia. Akal ni amat tinggi kedudukannya.

Tapi kenapa masih ada manusia yang sanggup merendahkan martabat dirinya sendiri, meletakkan dirinya rendah dari binatang yang tidak berakal.

Kenapa masih ada manusia yang sanggup melakukan maksiat secara terang-terangan. Pasangan muda-mudi keluar berpimpin tangan, berdua-duaan di tempat yang gelap sedangkan mereka tahu perbuatan itu HARAM. Nauzubillah.

Kenapa masih ada ayah yang merogol anaknya sendiri sehingga anaknya itu mengandung kemudian mengajak kawan-kawannya yang lain merogol anaknya yang sedang sarat mengandung seperti yang berlaku di Kempas, Johor. Nauzubillah.

Apa yang paling menyedihkan ialah, kebelakangan ini semakin banyak berita penemuan bayi yang dibuang merata-rata, di tepi tong sampah, di dalam longkang. Nauzubillah.

Inikah yang dinamakan manusia yang mempunyai akal yang mempunyai nama Islam didalam kad pengenalan. Binatang pun tahu erti kasih sayang terhadap anaknya. Sanggup membuang zuriat sendiri. Cuba bayangkan bagaimana perasaan anak yang dibuang itu apabila besar nanti, diceritakan kepadanya oleh ibu atau bapa angkatnya bahawa dulu mereka mengambilnya dari tepi tong sampah, dari tepi longkang. Dapat tak kita bayangkan bagaimana perasaan mereka???

Adakah ini menunjukkan manusia itu berakal????

Akal itu adalah cahaya yang ALLAH kurniakan kepada diri setiap manusia.

Firman ALLAH didalam surah An-Nur ayat 40 berbunyi:

"Sesiapa yang tidak diberi cahaya (petunjuk) oleh ALLAH, maka tiadalah dia mempunyai cahaya walau sedikit pun"

Cahaya akal itu boleh malap dengan cara melakukan maksiat secara konsisten, terang-terangan serta tidak bertaubat di atas maksiat yang dilakukan.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:

"Sesiapa yang melakukan dosa, akal akan berpisah daripadanya dan tidak akan kembali kepadanya buat selama-lamanya."

Bersama kita renungkan dan hayati sejauh mana kita telah guna kewarasan akal yang dikurniakan ALLAH kepada kita. Peringatan buat diriku yang sering lupa.

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Amal

No comments: