Manusia itu adapun diangkat menjadi khalifah bagi segala makhluk, tetapi ia tidak berkuasa utk membuat sesuatu. Manusia sangat-sangatlah lemah sebenarnya.
Setiap hari kita asyik mendengar yang si pulan ini hebat, si pulan yang lain juga hebat. Sebenarnya kehebatan itu datangnya dari ALLAH, Tuhan sekalian alam.
Hebat sangat ke kita ni?
Bukankah ada saintis yang mampu mencipta pelbagai ciptaan yang hebat-hebat, ada saintis yang mampu mencipta kapal angkasa yang dapat menghantar angkasawan meneroka angkasa lepas, bukankah ada pakar yang mampu mencipta sebesar-besar kapal yang mampu meredah lautan yang luas… mungkin ketika ini, itu yang akal kita fikirkan.
Tetapi sebenarnya ciptaan mereka itu datangnya dari ilham yang diberi oleh ALLAH SWT, ciptaan yang menggunakan bahan-bahan yang ALLAH SWT telah ciptakan, menggunakan akal fikiran yang ALLAH SWT kurniakan. Btol x?
Manusia sebenarnya tidak mampu untuk mencipta hatta sebelah sayap lalat sekalipun walaupun dirinya itu pakar dalam bidang sains.
Jangan kita kagumi kehebatan yang diperkatakan terhadap seorang manusia itu hingga kita lupa sebenarnya kehebatan itu datangnya dari ALLAH SWT. Takut-takut nanti disaat kita mengagumi kehebatan orang itu, ketika itulah malaikat maut datang mengambil nyawa kita. Lalu kita mati dalam keadaan mengagumi kehebatan manusia, makhluk ciptaan ALLAH. Nauzubillah. Oleh itu, marilah kita sama-sama cuba terapkan didalam hati, sematkan didalam sanubari, tanam didalam fikiran kita bahawa makhluk itu sebenarnya tidak hebat. Agungkan kuasa dan kehebatan ALLAH SWT, nafikan kehebatan makhluk.
Bersama kita renung, sampaikan dan amalkannya. Insya ALLAH.
Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Amal
No comments:
Post a Comment