Followers

07 April 2010

Fakta Menarik di Malaysia: Pelik Tapi Benar

1.Kita mempunyai modem internet tercanggih dan termahal tetapi masih menunggu lama untuk melihat gambar di blog rakan sedikit demi sedikit

2.Iklan telekomunikasi yang gempak di televisyen tetapi di kawasan kita masih berlaku gangguan liputan

3.Had laju di lebuh raya ialah 110 km/j tetapi kenderaan yang mempunyai had laju melebihi 110 km/j masih dijual

4.Laluan motosikal disediakan tetapi masih ramai penunggang motosikal melalui lebuhraya utama

5.Kemalangan di jalan raya masih meningkat walaupun pelbagai kempen dilaksanakan
oleh kerajaan

6.Masih ramai yang membuang sampah di kawasan yang mempunyai papan tanda 'Dilarang Membuang Sampah Di Sini'.

7.Masih berebut-rebut menaiki bas walaupun terpampang di pintu bas tersebut 'Sila Beratur'.

8.Masih ramai yang merokok di kawasan larangan merokok

9.Jualan rokok semakin laris walaupun harga rokok dinaikkan dan pelbagai kempen dilaksanakan

10.Lebih ramai orang memakai jersi pasukan kelab luar negara berbanding kelab-kelab tempatan

11.Lebih ramai orang mengenali pemain bola luar negara berbanding pemain tempatan

12.Perlu membayar 30 sen untuk masuk ke tandas awam yang sangat kotor

13.Masih ramai yang meletakkan kenderaan di kawasan yang mempunyai papan tanda 'Dilarang Meletakkan Kenderaan Di Sini'


Aku~~Masih ditahan oleh pak guard IPTA di setiap pintu masuk walaupun kita dah mempunyai sticker kereta universiti tersebut. selalunya ini berlaku kat kereta buatan malaysia sahaja

1 comment:

Fiq said...

13.Masih ramai yang meletakkan kenderaan di kawasan yang mempunyai papan tanda 'Dilarang Meletakkan Kenderaan Di Sini'


macam pernah tgk jer benda ni berlaku kat makmal fac sains, lagi2 klu hari selasa time science com. Hahahaha=D