Followers

13 April 2010

Peristiwa Subuh

Jom sama-sama kita hayati....

Bertahun, tanpa pernah sekalipun jemu, dia hadir tepat pada waktunya,seperti mana pagi-pagi yang lain, aku begitu gairah menyambut kedatangan tetamu kesayangan ku. "Assalamu'alaikum", seru Subuh.

"Wa'alaikumsalam", sahutku.

Lalu kami berdakap erat, seperti begitu lama tidak bertemu, melepaskan sarat dan rindu didada, tanda kasih sayang yang tidak pernah berkurangan.

Lalu aku bertanya khabar Subuh, tentang pengalamannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat.

dengan wajah sugul dia bersuara "Tadi..", kata Subuh dengan sayu, "... aku baru sahaja melintasi satu tempat.

Aku cuba mencari tempat persinggahan, kuketuk rumah-rumah yang sunyi, tapi satupun yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu." Dan airmata Subuh pun berlinangan.

"Subuh, usah kau pedulikan mereka, bukankah aku dan masih ada mereka yang sangat ingin menyambutmu dengan penuh rasa kegembiraan? Subuh mengangkat mukanya seolah-olah teringat sesuatu.

dengan wajah berseri dan bercahaya dia berkata"Oh ya, tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik sungai. Orang-orangnya sepertimu, menyambutku dengan penuh kesukaan, menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan. Hidangan yang paling kusuka adalah buah Tahajjud, puas kucari daerah lain, tapi jarang kujumpa. Di situ aku meratah buah Tahajjud dengan puas serta leka".

Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. Aku pantas menangkap maksud Subuh.

Aku menunduk.."Maaf Subuh, aku tiada menanam pohon Al-Lail* jadi aku tidak dapat menghidangkanmu dgn buah yg kau sukai. Tapi aku ada Roti Shiyam*," usulku pada Subuh.

Subuh menolak dgn hormat."Roti itu ada tuan punyanya," kata Subuh.

Adakah kau mahu manisan Zikir? masih lagi aku memberi pilihan pada Subuh.

"Baiklah, ambilkan aku sedikit, serta bawakan aku segelas Air Mata Tangisan," pinta Subuh.

Aku agak sugul, bagaimana harusku beritahu pada Subuh yang Mata Air tangisan sudah hampir kekeringan akibat kemarau maksiat yg berpanjangan?

Namun aku tetap menjenguk ke dalam Perigi yg memuatkan Mata Air tersebut.Aku terkejut.Perigi tersebut hampir separuh penuh.Dan aku berdetik di dalam hati, adakah ini tanda kemarau akan berakhir?

Tanpa berlengah lagi kubawakan Air tersebut pada Subuh, tetamu yg ku sanjungi, ku suakan manisan yg dipintanya.Selesai menjamahnya, Subuh pun melirikkan senyuman.

"Subuh..", seru ku perlahan penuh mengharap "... mahukah kau tinggal selamanya denganku? sebagai penemanku dalam kesunyian. Insya'Allah akan kulayan dikau sebaiknya , wahai Subuh.

Subuh tersenyum, aku mengerti itu menandakan permintaanku tidak akan dipenuhi.

"sahabat, Aku perlu menziariahi terus dan ramai lagi yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati rindu mereka sepertimana aku menguliti mimpimu."

Aku tersenyum kelat...akur dgn penjelasan Subuh. " Subuh .." seru ku lagi bila melihat Subuh bersiap untuk pergi, "Sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?"

"Insha'Allah", jawab Subuh,"...bukankah aku kekasih yang kau rindui?" Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap.

"Assalaamua'laikum," seru Subuh.

"Wa'alaikumsalam," jawabku kembali.

Dan mata terus meniti melangkah Subuh yg semakin laju dan akhirnya hilang dari pandangan.

Begitu Subuh berlalu, aku memejamkan mata, menghayati nikmat bertemu Subuh sebentar tadi. tiba-tiba terasa panas dipipi.., tanpa sedar, ada manik-manik jernih terjun dari mataku, oh aku menangis rupanya..

Tangis ku dalam gembira kerana berpeluang bertemu Subuh, juga masa yang sama.. tangis ku membawa sayu dan pilu.. kerna aku tahu.. aku akan mendengar pula keluh kesah dari Zohor,Asar,Maghrib dan Isyak? bagaimana harus aku hadapi resah ini...


Aku~~(T,T). Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Amal

1 comment:

Fiq said...

Selamat beramal dan study bro!