Followers

04 April 2010

Mereka LEBIH TAKUTKAN ALLAH

Ibnu Umar r.a menceritakan bahawa suatu ketika Rasulullah SAW mendatangi sejumlah sahabat di kalangan muhajirin, kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Wahai kaum muhajirin, lima perkara kalau kamu telah diuji dengannya (jika perkara-perkara itu sudah dikerjakan), maka tidak ada lagi kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung kepada Allah SWT, smoga kamu tidak menemui zaman itu." Perkara-perkara itu ialah:

1. Tidak nampak perzinaan pada sesuatu kaum sehingga mereka berani terus-terang melakukannya, melainkan akan berjangkit wabak penyakit yang menular (tha'un) dan mereka ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat terdahulu.
2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan/ukuran dan timbangan (curang dalam perdagangan), kecuali mereka akan diuji dengan kemarau penjang dan kesulitan mencari rezeki, dan kezaliman dari kalangan pemimpin mereka.
3. Dan tidak menahan mereka dari zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada binatang tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah SWT.
4. Dan tiada mereka menyalahi akan janji Allah dan RasulNYA kecuali Allah akan menurunkan ke atas mereka, musuh yang akan merampas sebahagian dari apa yang ada di tangan mereka.
5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam Al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka Allah akan menjadikan bencana di kalangan mereka sendiri

Aku~~Kalaulah negara yang "mengaku" sebagai negara ISLAM mcm gini jugak kan bagus....BERSEDIA UTK PEROBAHAN

4 comments:

hasni said...

malu pada brunei
napa kt xmcm mereka walhal kt lg rmi org Islam

Fiq said...

kita lebih politik, bukan agama. mmg politik tu ada dlm agama, tp politik yg dipraktikkn bukannya berlandaskan agama 100%

Killer_Chan said...

hasni~~bley jek nk mcm diorg. force pemimpin utk wat gitu. if pemimpin xnak wat prubhn, kita ubah pemimpin. amcm?

fiq~~dlm erti kata yg lain, agama itu dipolitikkan. huhuhu

Maiyah said...

kenapalah kita x leh camtu kan