Followers

20 January 2010

Kisah Tempayan


Seorang tukang air di India memiliki dua tempayan besar, masing-masing bergantung pada kedua ujung sebuah pikulan, yang dibawa menyilang pada bahunya.

Satu dari tempayan itu retak, sedangkan tempayan yang satunya lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan itu hanya dapat membawa air setengah penuh.

Selama dua tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si tukang air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu saja si tempayan yang tidak retak merasa bangga akan prestasinya, karena dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu merasa malu sekali akan ketidak sempurnaannya itu dan merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari yang sepatutnya dia berikan.

Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, tempayan retak itu berkata kepada si tukang air, "Saya sungguh malu pada diri saya sendiri, dan saya ingin mohon maaf kepadamu.”

"Kenapa?" tanya si tukang air, "Kenapa kamu merasa malu?"

"Selama dua tahun ini, saya hanya mampu membawa setengah penuh air dari yang sepatutnya. Ini kerana terdapat retakan pada sisi saya yang membuatkan air yang saya bawa meleleh sepanjang perjalannan menuju rumah majikan kita. Keaena kecacatanku itu, saya telah membuatmu rugi." kata tempayan itu.

Si tukang air merasa kasihan pada si tempayan retak, dan dalam belas kasihannya, ia berkata, "Jika kita kembali ke rumah majikan besok, aku ingin kamu memperhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan."

Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memperhatikan dan baru menyedari bahzwa ada bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan, dan itu membuatnya sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan, Ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor, dan tempayan retak kemudian meminta maaf sekali lagi kepada si tukang air atas kegagalannya.

Si tukang air berkata kepada tempayan itu, "Apakah kamu memperhatikan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan si sisimu tapi tidak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang lain yang tidak retak itu. Ini kerana aku selalu menyedari akan kecacatanmu dan aku memanfaatkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu, dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air, kamu mengairi benih-benih itu. Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untuk menghiasi meja majikan kita. Tanpa keretakanmu ini, majikan kita takkan dapat menghiasi rumahnya seindah sekarang."

p/s: Jadikan kelemahan diri kita sebagai kelebihan. Seperti yang berlaku pada seorang jepun yang mudah lupa, akhirnya dia berjaya mencipta "Stick On Notes" yg kita gunakan sebagai hari ini. Gunakan sebaik mungkin apa yg dah dikurniakan, kerana DIA tahu yg terbaik untuk kita. Macam tuh gak dalam memilih teman, carilah seorang teman hidup yang dapat menerima segala kelebihan dan kekurangan diri kita. Dan teman itu dapat melengkapi kelemahan yang kita ada. :).

5 comments:

Maiyah said...

mulut tempayan bleh tutup heeee

Fiq said...

kelemahan ko ialah ko x bernai nak luahkan perasaan. Hahahahaaaaa

Cik Orchidimah said...

~> setuju2, yang penting teman tu kena ikhlas menerima setiap kelebihan n kekurangan kita. supaya tidak timbul masalah pada hari2 yang mendatang.

Killer_Chan said...

maiyah~~mulut org selotape je kak. hehe

fiq~~mcm siud gak. adoi. aku gak yg kena tuh. nak luah pada siapa fiq?

dimah~~ikhlas itu umpama semut hitam di atas batu yang hitam di dalam kepekatan malam. hehe

hasni said...

erm
nice story kan