Dalam sebuah kitab Imam al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud a.s. sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu.
Lalu Nabi Daud a.s. berkata kepada dirinya, “Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?”
Sebaik sahaja Nabi Daud selesaiberkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud a.s. “Wahai Nabi Allah! Allah swt telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca ‘Subhanallahu walhamdulillah walaa ilaahaillallahu wallahu akbar’ setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca ‘Allahumma solli alaa Muhammadin nabiyyil ummiyyi wa alaa alihi wasohbihi wasallim’ setiap malam sebanyak 1000 kali.
Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud a.s. “Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?”
Akhirnya Nabi Daud a.s menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah swt, maka Nabi Daud a.s. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah swt.
Begitulah sikap para Nabi a.s. apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah swt. Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di Bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.
p/s: Islam itu indah jika diamalkan
2 comments:
hitamnya blog
hihi
nice entry
semua menda kat alam ni bertasbih kan sbnrnya
manusia sepatutnya contohi makhluk lain yg x penah putus bertasbih. :)
Post a Comment