"I couldn’t cry yet, I told myself. I still had a long way to go"
Followers
16 January 2010
Air Dan Ikan
Suatu hari seorang ayah dan anaknya sedang duduk berbincang-bincang di tepi sungai. Kata Ayah kepada anaknya, “Lihatlah anakku, air begitu penting dalam kehidupan ini, tanpa air kita semua akan mati.”
Pada saat yang bersamaan, seekor ikan kecil mendengarkan percakapan itu dari bawah permukaan air, ia terus menjadi gelisah dan ingin tahu apakah air itu, yang katanya begitu penting dalam kehidupan ini. Ikan kecil itu berenang dari hulu sampai ke hilir sungai sambil bertanya kepada setiap ikan yang ditemuinya,
“Hai, tahukah kamu dimana air? Aku telah mendengar percakapan manusia bahawa tanpa air kehidupan akan mati.”
Ternyata semua ikan tidak mengetahui dimana air itu, si ikan kecil semakin gelisah, lalu ia berenang menuju mata air untuk bertemu dengan ikan sepat yang sudah berpengalaman, ikan kecil ini menanyakan hal serupa kepada ikan sepat itu,
“Dimanakah air ?”
“Tak usah gelisah anakku, air itu telah mengelilingimu, sehingga kamu bahkan tidak menyedari kehadirannya. Memang benar, tanpa air kita akan mati” jawab ikan sepat.
Manusia kadang-kadang mengalami situasi seperti si ikan kecil, mencari kesana kemari tentang kehidupan dan kebahagiaan, padahal ia sedang menjalaninya, bahkan kebahagiaan sedang melingkupinya sampai-sampai dia tidak menyedarinya…..
p/s: Hidup yang kita jalani sekarang ni dah bahagia cuma kita kurang sedar akan hal ini. Kita masih sibuk mencari kebahagiaan yang kita pikir tak ada pada kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
betul tu. kebahagian sentiasa bersama kita. bukan di tempat tertentu, sama ada KLANG ke, ataupun tempat2 lain. Haha
KLANG? Hehehe. pandai ar ko fiq. kadang2 kebahagiaan ADA DI DEPAN MATA. Kan?
erm
tetiba teringt kepada anak-anak ikanku kat fc sc
huhu
~suka komen tiada kaian ngan entry..bhahaha~
hasni, anak2 ikan tuh ada air x? if xde air bley mati. hahaks
betul.. kita x sedar kita sdg mngalaminya
Post a Comment