Followers

24 January 2010

Adakah ANDA Tahu?


1. Mao Tse Tsung tidak pernah memberus gigi sepanjang hayatnya. Beliau mengunakan air teh utk berkumur dan akan mengunyah daun teh mentah utk membersihkan giginya. (sape x tau Tse Tsung cari kat tenet. kang tulis byk2 kena lak)


2. Purata sebatang pensel boleh melakar garisan lurus sepanjang 56 km atau menulis 50,000 perkataan. Amerika menghasilkan dua bilion batang pensel setiap tahun. Jika kesemua pensel itu digunakan utk membuat garisan lurus ia boleh membuat bulatan mengelilingi bumi sebanyak 9 kali


3. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.


4.Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar dengan planet Neptune.


5. Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak.


6. Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.


7. Perut akan menghasilkan satu lapisan mukus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.


8. Kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan.


9. Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 KM.


10. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.

p/s: Fakta: Pada waktu cuti, aku boleh menghabiskan masa aku seharian di hadapan komputer sambil main game + tgk movie + surf info pasal kereta. (Bila nak cuti sem nih)

8 comments:

hasni said...

haha
siap ltk fakta diri sndiri ni
erm
tu jari btl ke memain ek
seriau plak nengok

Fiq said...

Tambahan fakta ~ Ko ni gak selalu pk pasal selangor dan ligat mencari jalan untuk memajukan selangor terutamnaya di kawsan pelabuhan. namun memorandum pembangunan tdak pernah diserahkan kepada penduduk setempat dek kerana terlalu memikirkan kesan dan masalah yang bakal dihadapi pada masa yang akan datang... hahahahahaaaaaa

Killer_Chan said...

hasni~~jari memain jek tuh. ingt nak potong jari sendiri amek pic tp pisau x lut. hahaha

fiq~~kawasan pelabuhan selangor kat ne? Klang ke? (wat2 tny).nak serah memorandum mcmne fiq, kalo memorandum itu ditolak mentah2 oleh penduduk setempat mcmne? nanti sampai bila2 aku akn direject disebabkan memorandum yg diorg x suke. huhuhu

Maiyah said...

menark2.. betul ke sel mati berterbabgan cam tu yek

qiha said...

hahaha.curik r alg pnye.hahaha
mcm best lak.hahah

Killer_Chan said...

maiyah~~btol kak. :p. benda yg ada kat dunia ni sume unik

qha~~mcm siud. ni yg org panggil pencuri cyber.

Wanie-san said...

Perghh..Chan..cari lg info menarik seperti ini..ak kan pemalas skit...=B

Killer_Chan said...

wanie~~insya Allah if ada aku post ar. erkk... ko pemalas ek? kantoi!!!