Followers

26 February 2010

Maulidur Rasul

Alhamdulillah arini, 12 Rabiul Awal bersamaan dengan 26 Februari 2010. Pada tarikh inilah junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W. yang mulia dilahirkan ke dunia ini. Peristiwa bersejarah yang berlaku lebih dari 1400 tahun yang lalu. Arini disambut dgn penuh gembira lagi2 kat Malaysia ni.

Sebab pe?

Sebab dapat cuti. Itu je ke yang korang tau? Asal Maulidur Rasul jek cuti. Ish3.

Sebagai umat Islam, kita seharusnya tahu, paham dan hayati sejarah perjuangan Nabi kita. Bagaimana perwatakan, kehidupan baginda S.A.W. Kita kena pikir mcmne nak idupkan dan terapkan semangat Nabi Muhammad dalam kehidupan kita atau lebih dikenali sebagai sunnah.

Kita hendaklah mencintai Nabi Muhammad S.A.W. lebih dari kita mencintai diri kita, lebih dari kita mencintai ibu bapa kita, lebih dari mencintai segala yang kita cintai selepas kita mencintai Allah SWT. Dalam khutbah tadi pun ckp benda yang sama, dalam ceramah mlm tadi pun cakap benda yang sama. Tapi apa tindakan yang kita dah amek utk cintai Rasulullah?

Cube Renung dan tanya diri kita....

Aku~~Dalam Sunnah ada kejayaan

1 comment:

Cik Orchidimah said...

~> renung-renungkan, selamat beramal... :-)