Seorang bapa terdengar anaknya berdoa
"Ya Allah, selamatkanlah Ayah, Ibu dan Nenek... Selamat tinggal Atuk," anaknya berdoa sambil teresak-esak.
Bapa anak itu tidak faham akan doa tersebut. Sehinggalah keesokan harinya dia mendapat tahu bapanya yakni Atuk anaknya telah meninggal dunia kerana serangan jantung.
Pada malam berikutnya anaknya berdoa lagi "Ya Allah, peliharalah ayah dan ibu... selamat tinggal nenek,".
Bapa anak itu berasa terkejut. Adakah mungkin esok nenek anaknya itu akan meninggal dunia?. Apa yang ditakuti oleh bapa anak itu menjadi kenyataan. Esoknya ibunya (nenek anaknya) telah disahkan meninggal dunia kerana terjatuh di bilik air.
Kemudian pada malam berikutnya pula anaknya masih berdoa lagi. "Ya Allah, selamatkanlah ibuku... Selamat tinggal ayah..." kata anaknya sambil menangis.
Bapa anak itu sepanjang malam tidak dapat melelapkan mata. Kemudian pada esoknya dia pergi membuat pemeriksaan perubatan dengan Doktor Pakar. Dia disahkan sihat dan tidak mempunyai penyakit kronik. Bapa anak itu kemudian pulang dengan membawa kereta dengan perlahan dan begitu berhati-hati bimbang akan kemakbulan doa anaknya itu.
Sampai sahaja di rumah dilihatnya ramai orang termasuk pihak masjid ada di rumahnya.
"Abang kemana? Semua orang sibuk nak uruskan jenazah ni" soal isterinya.
"Siapa meninggal?" Soalnya pula.
"Pak Majid tukang kebun kita tu..." ujar isterinya sambil menangis meratap seolah baru kematian suami.
"Kenapa Pak Majid meninggal... Bukan diriku ini?" kata 'bapa' anak itu dalam hati.
3 comments:
owh....doa anak di makbulkan..
anak i2 mau memastikan siapa ayahnya..
haha
anak skandal rupanya
skandal kot... huhuhu
Post a Comment