Followers

06 October 2009

Inilah kita..

Cuba kita lihat dan hayati apa yang berlaku pada hari ini…

Berapa byk rumah2, bilik2 yang diterangi dgn cahaya bacaan Al-Quran?
Seberapa ramai makhluk bernama manusia yang hatinya sentiasa berzikir mengingati Allah?

Boleh dikira dgn jari bukan?
Salah siapa semua ni?
Salah kita semua, salah saya.

Sebab apa?

Sebab saya x mampu nak bawak awak semua untuk mengingati Allah. Kurangnya usaha dakwah yang saya lakukan. Saya lagha, lalai, hanyut dalam keindahan dunia yang penuh kepalsuan. Ya Allah, betapa lalainya saya.

Dakwah ni bukan kerja ustaz2, bukan kerja tok guru, bukan kerja tok imam. Ni kerja KITA. Kerja umat akhir zaman yang diberi tugas kenabian. KITA SEMUA ADALAH DA’IE. Nabi Musa AS pernah berdoa kepada Allah agar baginda menjadi nabi yang terakhir tapi tidak diperkenankan oleh Allah. Kemudian Baginda memohon kepada Allah agar menjadi umat kepada nabi akhir zaman tetapi itupun ditolak. Cuba bayangkan , Nabi Musa sendiri nak jadi umat kepada nabi akhir zaman, betapa besarnya keistimewaan yang kita dapat.

Kita sedar x semua ni?

Hari ini berapa ramai ibu bapa yang susah hati jika anak diorg x mampu untuk sambung pelajaran ke Universiti, x mampu dapat nombor 1 dalam pelajaran.

TAPI ADA X IBU BAPA YANG RISAU ANAK MEREKA X TAHU BACA AL-QURAN?

ADA X IBU BAPA YANG RISAU ANAK MEREKA TIDAK TAHU BERSOLAT?

ADA X IBU BAPA YANG RISAU ANAK MEREKA TIDAK MENUTUP AURAT?

ADA TAK IBU BAPA YANG RISAU ANAK MEREKA TAK BUAT KERJA DAKWAH?


Teruk kan kita ni? kiamat semakin menghampiri kita. Filipina diserang taufan dan banjir, di Padang gempa bumi, di Samoa pula tsunami. Sedar x kita akan semua ni?
Duit yang banyak bukan boleh beli iman. Iman ni suatu benda yang kita kena usaha dan cari. Iman umat akhir zaman ni besar ganjarannya. Andai mati seorang umat akhir zaman dan dibawa bersamanya iman hatta sebesar zarah pun, Allah akan beri ganjaran 10 KALI DUNIA.!!!! Indah bukan?

Senang2 je dapat ganjaran yang besar. Mana ada kerja didunia ni, bila kita buat dapat 10 kali ganda. Simpan duit kat bank pun x dapat duit sampai 10 kali ganda. If ada, jutawanlah kita semua.

Jangan abai kerja dakwah hatta kita student, pegawai, pensyarah, doktor. Jadikan apa yang kita buat sekarang sebagai medium untuk berdakwah. Sebagai cth seorang biotechnologist, cipta dan masukkan gene penyembuh ke dalam satu tumbuhan. Jadi tumbuhan ni mampu ubat penyakit2 yang merbahaya. Kita boleh jadikan ianya sebagai modal dakwah kita. Kita bagitau yang bagi penyembuh hanyalah Allah bukannya tumbuhan yang kita temui itu, tumbuhan hanyalah asbab. Secara tak langsung kita dapat perbetul iman kita dan iman semua orang.

Ingat....Iman itu tidak boleh diwarisi….

p/s: Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Amal. Dakwah tujuan utama kita. Bukan bermakna kita perlu tinggalkan dunia untuk akhirat dan bukan pula tinggalkan akhirat untuk dunia. Tetapi kita usaha untuk kedua2nya, agar kita berjaya. Insya Allah...

2 comments:

hasni said...

btol
kt stuju
bc quran benda y paling mudah
tp itu jgakla y mudah diabaikan

Maiyah said...

mmg btul tu ramai yg ketinggalan jauh