Bulan Rejab sudah pun berlalu. Selepas ini, kita akan memasuki bulan Syaaban. Apa yang kita dapat dari bulan Rejab yang baru berlalu meninggalkan kita?
Berapa banyak persediaan atau amalan yang telah kita lakukan didalam bulan Rejab kali ini?
Bulan Rejab ini adalah suatu bulan yang sangat mulia. Kerana apa?
Kerana ada 1 hari didalamnya, adalah merupakan hari Nabi SAW menerima perintah sembahyang 5 waktu seperti mana yang kita lakukan pada hari ini. Peristiwa ini dikenali sebagai peristiwa Isra’ Dan Mikraj.
Ramai yang dah tau kisah kisah Isra’ Dan Mikraj ini. Peristiwa yang amat besar dalam sejarah kerasulan Nabi Muhammad SAW. Peristiwa dimana perjalanan Nabi Muhammad SAW. di waktu malam dengan menaiki buraq dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Palestin, terus naik ke langit ke tujuh sampai ke Sidratul Muntaha.
Buraq ini digambarkan lebih besar dari himar (keldai) tetapi kecil sedikit dari kuda. Kelajuannya adalah seperti panahan petir (Kelajuan cahaya).
Saya rasa xperlulah cite lebih detail sebab ramai dah sedia maklum kisah Isra’ dan Mikraj ni. Cuma yang paling penting disini, iaitu kewajibpan melakukan solat.
Nabi SAW berkali-kali turun dan naik menghadap ALLAH SWT untuk menurunkan jumlah solat daripada 50 waktu sehari semalam kepada 5 waktu sehari semalam diatas nasihat Nabi Musa AS. Nabi Muhammad SAW menerima sendiri perintah solat itu dengan tangan baginda SAW. Betapa besarnya amanah ini kepada umat Nabi Muhammad SAW.
Solat ni, dapat dikaitkan dengan pelbagai perkara dan bidang. Dari segala aspek dan dari segala sudut boleh kita lihat solat ini.
Sekarang ni, kita lihat ramai yang mengendahkan solat. Sanggup p tgk bola, p shopping sampai terabai solat. Seolah2 benda ni x wajib.
Korg tau betapa susah Nabi kita nak terima amanah solat ni?
X rasa bersalah ke kita sengaja tinggal?
Terasa sebak hati bila tgk org abaikan solat.
Tanggungjawab kita gak suruh org solat terutamanya ahli keluarga. Cube bayangkan si ayah sedang berjalan menuju ke syurga, tiba2 si anak bersuara, ‘Ya Allah, itu ayahku. Bagaimana dia boleh masuk ke syurga sedangkan semasa hayatnya dia x pernah marah aku jika aku x solat. Dimanakah keadilan-MU ya Allah’.
Bayangkan sahabat2, di mahsyar nanti, masing2 ingin lepaskan diri. X kira isteri kita, anak kesayangan kita, masing2 akan cuba menuduh kita bagi melepaskan diri mereka.
Ni x, ada gak peniaga2 yang tinggal solat dengan alasan org tgh ramai. Baru berniaga kedai runcit, baru berniaga pasar malam. Bukannya perniagaan jutaan ringgit. Nauzubillah.
Cuba kita renungkan azab-azab yang bakal diterima jika kita abaikan solat. Pedihnya azab Allah. Sesungguhnya Allah x memungkiri janji. Dalam peristiwa israk, Nabi SAW melihat satu kumpulan orang yang tegap dan sihat, tiba-tiba masing-masing mengangkat batu besar dihempapkan ke kepalanya.Kepala pun hancur. Kemudian kepala itu pulih seperti sediakala, lalu mereka mengangkat semula
batu dan dihempapkan ke kepala mereka...Demikian berlaku berulang kali.Nabi SAW. bertanya kepada Jibril, “Siapakah mereka itu, wahai Jibril?
Jibril berkata, “Mereka itu ialah di antara umatmu yang melalaikan solat lima waktu.”
Bersama kita renung dan perbetulkan suasana sekitar kita.
No comments:
Post a Comment