Followers

09 July 2009

Erti Cinta

Cinta?

Ape yang dimaksudkan dengan cinta?

Pada pandangku cinta ni adalah suatu perasaan yang paling hebat, yang mana kita menaruh setinggi-tinggi harapan dan perasaan yang menjulang terhadap seseorang itu.

Kalau dah dinamakan cinta, org yang kita tak pernah lihat pun kita akan setia dan terus cintakan dia.

Btol x?

Sebagai cth, kita lihat kepada Nabi kita, Nabi Muhammad SAW. Kita ni umat akhir zaman. Kita tak penah lihat apatah lagi mengetahui bagaimana rupa Rasulullah itu. Kita cuma dengar dan baca kata2 org didalam kitab. Kita mmg tak boleh nak bayangkan mcmne bentuk rupa baginda. Yang kita tahu hanyalah keindahan akhlak dan paras rupa baginda amatlah terserlah.

Tapi, kita masih cintakan baginda, kita masih ikut ajaran yang dibawa oleh baginda SAW. Btol x?

Hebat bkn kuasa cinta ini? Alangkah indahnya cinta itu...

Cinta ni boleh jadikan hidup ini terasa indah dan lebih bermakna. Cuba kita cintakan diri kita sendiri. Kita akan hargai hidup ini sebaik mungkin. Kita akan usaha untuk memperoleh dan mencapai yang terbaik dalam idup. Tgk pada mat gian, cuba diorg ada rasa cinta akan diri mereka sendiri. Sudah pasti dan pasti, diorang takkan dekati dadah.

Macamne lak if kita cintakan manusia?

Cinta antara manusia dgn manusia? Cinta antara manusia terbahagi kepada muhrim dan bkn muhrim, cinta antara lelaki dgn lelaki,lelaki dgn perempuan, perempuan dgn perempuan, perempuan dgn lelaki.

Yang penting, jika bukan muhrim. AWAS!!! Pasti akan ada org ketiga iaitu syaitan. Biasanya ini berlaku antara lelaki dgn perempuan. Tgh seronok bercinta/bercouple. Masa ni nafsu akan kawal diri kita. Nafsu makhluk paling degil utk ditundukkan. Pada awal penciptaannya, nafsu ni begitu angkuh dgn ALLAH SWT.

Sebab cintalah kadang kala mereka sanggup melakukan apa sahaja. Sanggup menyerahkan maruah, meninggalkan keluarga, menuruti kata boyfriend/girlfriend. Itu silap yg amat besar. Itulah bahayanya cinta jika tak dikawal oleh akal dan berpandukan Islam.

Senang cite, cinta itu indah. Yang merosakkan cinta itu adalah bilamana kita x ikut panduan yang telah digariskan.

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Amal


No comments: