Followers

08 July 2009

Hajat yang tak kesampaian

Mcmne kita rase bila sesuatu yang kita hajatkan tapi x menjadi kenyataan? Kita akan rasa sedih, ada yang frust, ada gak yang geram. Mcm2 lagilah.

Tapi cuba kita ubah pandangan kita, kita lihat dari suatu sudut yang lain. Jangan kita hanya melihat dari sudut emosi jek. Cuba kita lihat dan fikir hikmah kenapa kita x dapat. Setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikamhnya. Btol x? Cume antara kita nampak atau tidak hikmahnya itu.

Sebab itu kita disuruh agar usaha dan yakin kepada ALLAH SWT. So bila kita berjaya, kita akan bersyukur, bila kita gagal kita takkan kecewa sebab semua yang yang berlaku adalah kerana ALLAH.

Aku pun banyak kali x dapat apa yang aku nak. Tapi bila difikir balik, banyak hikmah yang tersembunyi. Kita mmg x nampak, kita bukannya kasyaf yang dapat melihat sesuatu dari pandangan yang lain yang mejangkaui batasan penglihatan manusia biasa. Jangan kita asik mempersoalkan kepada aku x dapat, kenapa org lain yang dapat, bagus sgt ke dia tu. Dah jadi timbul cerita lain lak.

Syukur ya ALLAH atas apa yang telah Engkau berikan. Semua yang berlaku penuh hikmah…

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Amal

No comments: