Followers

26 October 2009

Berhenti Seketika

Mungkin aku akan berehat seketika dari dunia blogging nih.
Untuk mengalami transformasi minda & jiwa. Hehe.
Busy sangat2.
Study + Kerja luar (tetiba ada masalah).
Lagipun Exam dah dekat. Serabut sangat rasanya sem nih.
Nak tak nak, kena buat jugak.
Aku terpaksa incubate diri aku sampai semuanya selesai. Bila dah selesai, kena undergo acclimatization process sebelum dapat expose ke luar. Ini yang Prof Dr Rosna ajar. Haha.

Perjuangan yang belum selesai...

25 October 2009

UWARGHH


NAMA PESAKIT: MOHD UBAIDILLAH aka CHAN
WAD KUARANTIN: D400, KOLEJ PERTAMA, UNIVERSITI MALAYA
BILIK RAWATAN: BANGUNAN PEPERIKSAAN UNIVERSITI MALAYA

TARIKH RAWATAN:
(1) ENGLISH FOR ACADEMIC PURPOSES 04/11/2009
(2) ANIMAL BREEDING 05/11/2009
(3) PLANT PHYSIOLOGY 06/11/2009
(4) TISSUE CULTURE & CRYOPRESERVATION 09/11/2009
(5) PLANT BIOTECHNOLOGY 11/11/2009
(6) FUNDAMENTAL OF BIOTECHNOLOGY 13/11/2009
(7) APPLIED MICROBIOLOGY 18/11/2009

SIMPTOM:
(1) X CUKUP TIDO
(2) MAKAN SIKIT (err….Ye ker???)
(3) MEJA BLAJO YG PENUH DGN MOOD BLAJO
(4) BIL ELEKTRIK MELAMBUNG (lampu belajar, charger)

RAWATAN:
(1) PRAY & DUA’
(2) TAKE A HEALTHY DIET
(3) AVOID CHATTING
(4) AVOID FRIENDSTER-ing,
(5) AVOID FACEBOOK-ing
(6) FOCUS
(7) AVOID STRESS

UBATAN: NO DRUGS NEEDED. JUST BELIEVE IN YOURSELF

19 October 2009

Wheels of Life


Semalam,
Hari yang telah berlalu,
Apa yang dah berlaku tetap berlaku,
Tak boleh nak diubah,
Ia tetap menjadi sejarah biarpun pahit untuk ditelan.

Hari ini,
Apa yang sedang kita lalui,
Apa yang kita sedang corakkan,
Lakaran yang menentukan masa hadapan berpandukan kisah semalam.

Esok,
Suatu yang tak pasti,
Kita hanya mampu merancang,
DIA yang menentukan segalanya.

p/s: Semalam tetap semalam, Hari ini tetap hari ini, Esok tetap Esok. Tapi kita perlu toleh kebelakang walaupun kita berada di hadapan. Sejarah yang mengajar kita untuk menjadi lebih matang dan berhati-hati dalam setiap tindakan yang dibuat. Yang terbaik fikirkan untuk esok tanpa melupakan hari ini dan
semalam

15 October 2009

Sedarkah Kita???

**EMEL DARIPADA SEORG SAHABAT



Bismillahirrahmaanir rohiim.

Kalau kita mengamati terjadinya bencana ataupun gempa yang sering terjadi akhir-akhir ini, sudah seharusnya kita menjadikannya sebuah iktibar dan muhasabah diri terhadap keadaan yang terjadi pada sekitar kita.

Mari kita lihat, peristiwa gempa yang terjadi akhir-akhir ini,

Gempa Tasikmalaya
Jam 15.04

Gempa Padang
Jam 17.16

Gempa Susulan Padang
Jam 17.58

Gempa Jambi
Jam 8.52

Mari kita lihat di dalam Al Qur’an, Surat dan ayat sesuai dengan saat-saat terjadinya gempa.

Gempa Tasikmalaya
Jam 15.04
Surat Al Hijr (Surah-15) ayat 04

4. dan Kami tiada membinasakan sesuatu negeripun, melainkan ada baginya ketentuan masa yang telah ditetapkan.

Gempa Padang
Jam 17.16
Surat Al Israa’ (Surah-17) ayat 16

16. dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, Maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, Maka sudah sepantasnya Berlaku terhadapnya Perkataan (ketentuan kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.

Gempa Susulan Padang
Jam 17.58
Surat Al Israa’ (Surah-17) ayat 58

58. tak ada suatu negeripun (yang durhaka penduduknya) , melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuzh).

Gempa Jambi
Jam 8.52
Surat Al Anfaal (Surah -8) ayat 52

52. (keadaan mereka) serupa dengan Keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang yang sebelumnya. mereka mengingkari ayat-ayat Allah, Maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha kuat lagi Amat keras siksaan-Nya.

“MASIHKAH KITA DURHAKA KEPADA ALLAH, dan TIDAK MENTAATINYA?

Semoga Hidayah dan Taufik Allah senantiasa bersama orang-orang yang beriman!

Amin

p/s: Setiap yang berlaku pasti bersebab. Dunia semakin hari semakin tua. Sesungguhnya Solatku, Ibadatku, Hidupku, Matiku Kerana Allah Ta'ala. Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Amal.

13 October 2009

You Raise Me Up

You Raise Me Up (Josh Groban @ Westlife)

When I am down and, oh my soul, so weary
When troubles come and my heart burdened be
Then, I am still and wait here in the silence
Until you come and sit awhile with me

You raise me up, so I can stand on mountains
You raise me up, to walk on stormy seas
I am strong, when I am on your shoulders
You raise me up to more than I can be

You raise me up, so I can stand on mountains
You raise me up, to walk on stormy seas
I am strong, when I am on your shoulders
You raise me up… To more than I can be

You raise me up, so I can stand on mountains
You raise me up, to walk on stormy seas
I am strong, when I am on your shoulders
You raise me up… To more than I can be

You raise me up, so I can stand on mountains
You raise me up, to walk on stormy seas
I am strong, when I am on your shoulders
You raise me up… To more than I can be

You raise me up… To more than I can be

12 October 2009

Aku

Kadang-kadang...

Ada gak rasa bengang....
Ada gak rase geram...
Ada gak rase tertekan...

Nasib baik semua tuh kadang-kadang...

Kelajuan

Hari aku buat kerja giler lagi. Aku tangan mcm gatal nak bawak kereta ptg tadi. Tapi apakan daya, kereta 'dikuarantin' kat JB.

Superbike buatan Malaysia (Modenas Kriss 1) jek yg bersama dengan aku kat KL ni.
Aku tadi menghala ke Subang nak jumpa kawan, ada bincang projek sket. Kat traffic light before masuk jalan motor, ada 2 mamat ni tanya, aku pasang turbo ke kat Kriss aku. (aku Kriss 1 jek, 110cc).
Aku senyum then cakap, "baru stage 1 bro". (Tringat yg adik aku dah upgrade moto ni pastu dia pakai kreta aku, aku pakai moto. Adoiyai).

Dak2 2 tny, "nak test x?", then tny aku, "menghala ke mana". Aku cakap ar "Subang".

Ok set, tempat yang sama.

Aku pun lenjan ar, bley ar makan EX5 and 125Z diorg. Meter bley abes, cecah 140km/j wo. (cayalah angah punya upgrade). Best ar sebab aku menang. Haha. Padahal bahaya bawak motor laju.

Sekali dah leading sepanjang 10km tgk2 ada mamat naik Yamaha 135LC potong aku slumber tanpa ada rasa bersalah. Tercengang aku tgk, trus call angah nak story. Hahaha.

Apakah kelajuan sebenar LC????? Uwaaa...

p/s: Aku takut bawak motor lelaju sebenarnya. Tak biasa kot bawak motor, biasa turun litar main kereta jek. Huhuhu... Rindukan speedometer kereta mencecah 255km/j (rekod peribadi)...

11 October 2009

Saya sukakan awak

Kring… Kring…

Perempuan: Hello.

Lelaki: Salam dan Hi. Ni Izzat ni. Sha, tengah buat apa tu?

Perempuan: Hmm…

Lelaki: Takpela, sori kacau… saya cuma nak bagitau awak sesuatu…

Perempuan: Saya…

Lelaki: Sekejap ya, maafla ambil masa awak… Tapi ada sesuatu yang perlu saya cakap… Nak buat pengakuan sebenarnya…

Perempuan: Tapi kan, saya…

Lelaki: Ya2… Jangan la layan saya macam ni .Saya dah banyak kali usaha nak dapatkan nombor awak daripada kawan2 saya ni. Nak telefon awak ni pun saya pun dah banyak kali fikir. Akhirnnya barulah ada keberanian nak telefon awak.

Perempuan: Oh. Ya ke? Hmm…

Lelaki: Sebenarnye saye dah lama suka awak. Mungkin awak tak kenal siapa saya dan tak pernah menyedari kewujudan saya. Tapi saya dah lama perhatikan awak. Sejak dari mula saya kenal awak lagi. Saya dah jatuh hati pada awak. Bukannya saya tertarik pada kecantikan awak walaupun saya tak nafikan awak memang cantik dan menjadi kegilaan ramai. Tapi gaya awak, yang membuatkan hati saya terpikat. Sopan penampilan, lembut tutur kata, dan baik hati budi. Mungkin saya terlalu terus terang tapi kalau saya tak cakap hari ni sampai bila2 pun tak…

Perempuan: Oh Izzat. Awk sungguh baik untuk berterus terang begini, tapi kan…

Lelaki: Kenapa Sha? Kenapa? Awak tidak sukakah cara saya? Atau awak tidak suka saya? Mungkin kerana awak tidak kenal saya. Tapi Sha, saya betul2 sukakan awak. Awak bagaikan teman yang telah lama saya impikan. Teman yang boleh mengisi kekosongan hati saya. Saya tak pernah rasa suka pada seseorang seperti saya sukakan awak sekarang.Awak bagaikan bidadari kepada saya. Rasa sangat bahagia jika ada awak disamping saya. Awaklah permaisuri di hati saya yang memang saya tunggu-tunggu…

Perempuan: Bukannya begitu maksud saya tapi… Sukar utk saya katakan, tapi saya…

Lelaki: Awak dah berpunya? Hati awak sudah menjadi milik org lain? Tak mengapa Sha. Saya faham. Sesungguhnya saye rela menunggu awak kerana saya percaya jika ada jodoh antara kita maka kita pasti bersama. Kalau awak katakan awak tidak mahu berkapel, saya juga begitu. Bukan niat saye untuk bercinta macam orang lain. Saya tidak mahu begitu kerana itu menjurus ke arah maksiat. Saya tahu awak perempuan yg baik, tak mungkin saya mempersiakan awak. Wanita dijadikan daripada rusuk lelaki, untuk berada di sisi. Saya faham itu. Saya benar2 ingin jadikan awak teman hidup saya. Tapi mungkin saya tidak sempurna kerana saya hanyalah manusia. Tapi saya harap awak dapat terima saya seadanya, kerana itulah sebenarnya cinta.

Perempuan: Izzat. Sebenarnya apa yang awak katakan itu betul. Mana2 wanita yg mendengar tutur kata awak ni pasti terpikat dengan keikhlasan dan keberanian awk. Tapi berat untuk saya katakan, saya sebenarnye BUKAN SHA. AWAK DAH SALAH NOMBOR NI!

p/s: Adoiyai. Bengang giler!!!

09 October 2009

Kemalasan melanda diri


Ni padah kerja banyak sangat ---> jadi tension ---> hempas pulas wat keje bagi siap ---> x cukup tido ---> melekat kat meja study 24jam ---> sampai satu tahap, kemalasan yang melanda. Huhu. Buat pertama kali aku rasa malas sangat2 arini untuk sem ni (pergh mantap gak baru skali rase malas ntok sem ni).

Nak buat macam mane eh? Huhu.
Seperti yang diketahui dunia, Aku bukannya seorang yang pemalas.
Ya btol, Aku bukan pemalas sejak dulu, kini dan selamanya.

Tapi if malas ape aku nak wat eh?Tido? Haha. Aku x minat tido lame2. Dah dilatih dari kecik oleh abah aku. Thanx abah. Sayang abah.
Aku call ibu, story sket. (Aku tiap2 ari call ibu. Rapat dgn ibu aku). Biar ar org nak kata aku anak ibu ke ape. Yang penting aku mmg anak ibu, if x anak sape lagi. Hahaks,

Aku pun ngadu ar. Tetibe macam dapat booster.
Ibu suntik satu enzyme dalam diri aku. Enzyme yang dikenali sbagai MALAS-ase.
Enzyme ni digest segala kemalasan yang ada dalam diri aku.

Aku tanya pada diri, aku nak berjaya x?
Mestilah nak.
Ye aku nak berjaya, aku kena ubah sikap aku, kena pandai manage time, x blh malas2, kena wat semua kerja.
Aku dah dewasa. Dah 20 taun pun (ye ker umo aku 20 taun? Hehehehe). Aku kena pikir matang, kena jalankan segala tanggungjawab yang aku ada.

Yehaa tetiba jadik cam rajin lak. Thanx ibu..

08 October 2009

Finally... Back to top 200


Thursday October 8, 2009

UNIVERSITI MALAYA CLIMBS 50 SPOTS TO NO. 180 IN THE-QS RANKINGS

BY KAREN CHAPMAN

PETALING JAYA: Universiti Malaya (UM) has put Malaysia back in the
top 200 of the prestigious Times Higher Education (THE) QS
World University Rankings 2009 when it climbed 50 places from last
year to 180 this year.

QS managing director Nunzio Quacquarelli said the rankings
identified not just the most highly-ranked universities in the world,
but also the best performing universities in key subject areas, the
universities most targeted by employers, those producing the best
research, those investing in teaching and those with the most
international profile.

Another local university that improved in rankings was Universiti
Teknologi Malaysia (UTM), standing at 320 compared to 356 last year.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia
(USM) and Universiti Putra Malaysia (UPM) dropped between one and 41
places to 291, 314 and 345 respectively.

QS Quacquarelli Symonds Ltd Intelligence Unit head Ben Sowter said
UM resurgence into the top 200 was clearly impressive.

The apparent collective effort at the university to attract
a greater proportion of international students suggests a progressive
outlook, he said in an e-mail interview.

Higher Education Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin told
/The Star/ that the ministry knew the universities weaknesses
were in citations per faculty and peer review.

Harvard University tops the rankings once again; followed by
Cammridge, Yale, University College London, Imperial College,
Oxford University, Chicago University, Princeton University,
Massachusetts Institute of Technology and California Institute of
Technology. The highest ranked Asian institutions in the rankings are
Tokyo University (22), Hong Kong University (24), Kyoto University
(25) and National University of Singapore (30).

UM vice-chancellor Prof Datuk Dr Ghauth Jasmon said the success
would be a major boost to the morale and motivation of all staff and
students to work harder.

The redefinition of key performance indicators for the
academics and the new initiatives implemented in international
networking, recruitment of international staff and students have
produced a quick, positive impact, he said.

UTM vice-chancellor Prof Datuk Dr Zaini Ujang said the improvement
in the university rankings is a result of its strategy in
networking, quality, strategic research, synergy and organisational
culture.

On UKM drop from 250 to 291, its deputy vice-chancellor
(Academic and International Affairs) Prof Dr Hassan Basri said the
university was not surprised by the drop as THE-QS had indicated that
the methodological adjustments and survey dynamics would significantly
contribute to a drop in the scores for the academic peer review and
employer survey criteria over a three-year period starting in the
year 2008.

UPM vice-chancellor Prof Datuk Dr Nik Mustapha R. Abdullah said he
was surprised that the university rankings dropped as its
achievements were better last year compared to previously.

-The Star-

p/s: Syabas UM. Sama-sama kita Memartabatkan Ilmu, Menjulang Bangsa, Membina Tamadun, Mengagungkan Agama. Ayuh Bangkit Mahasiswa...!!!

06 October 2009

Inilah kita..

Cuba kita lihat dan hayati apa yang berlaku pada hari ini…

Berapa byk rumah2, bilik2 yang diterangi dgn cahaya bacaan Al-Quran?
Seberapa ramai makhluk bernama manusia yang hatinya sentiasa berzikir mengingati Allah?

Boleh dikira dgn jari bukan?
Salah siapa semua ni?
Salah kita semua, salah saya.

Sebab apa?

Sebab saya x mampu nak bawak awak semua untuk mengingati Allah. Kurangnya usaha dakwah yang saya lakukan. Saya lagha, lalai, hanyut dalam keindahan dunia yang penuh kepalsuan. Ya Allah, betapa lalainya saya.

Dakwah ni bukan kerja ustaz2, bukan kerja tok guru, bukan kerja tok imam. Ni kerja KITA. Kerja umat akhir zaman yang diberi tugas kenabian. KITA SEMUA ADALAH DA’IE. Nabi Musa AS pernah berdoa kepada Allah agar baginda menjadi nabi yang terakhir tapi tidak diperkenankan oleh Allah. Kemudian Baginda memohon kepada Allah agar menjadi umat kepada nabi akhir zaman tetapi itupun ditolak. Cuba bayangkan , Nabi Musa sendiri nak jadi umat kepada nabi akhir zaman, betapa besarnya keistimewaan yang kita dapat.

Kita sedar x semua ni?

Hari ini berapa ramai ibu bapa yang susah hati jika anak diorg x mampu untuk sambung pelajaran ke Universiti, x mampu dapat nombor 1 dalam pelajaran.

TAPI ADA X IBU BAPA YANG RISAU ANAK MEREKA X TAHU BACA AL-QURAN?

ADA X IBU BAPA YANG RISAU ANAK MEREKA TIDAK TAHU BERSOLAT?

ADA X IBU BAPA YANG RISAU ANAK MEREKA TIDAK MENUTUP AURAT?

ADA TAK IBU BAPA YANG RISAU ANAK MEREKA TAK BUAT KERJA DAKWAH?


Teruk kan kita ni? kiamat semakin menghampiri kita. Filipina diserang taufan dan banjir, di Padang gempa bumi, di Samoa pula tsunami. Sedar x kita akan semua ni?
Duit yang banyak bukan boleh beli iman. Iman ni suatu benda yang kita kena usaha dan cari. Iman umat akhir zaman ni besar ganjarannya. Andai mati seorang umat akhir zaman dan dibawa bersamanya iman hatta sebesar zarah pun, Allah akan beri ganjaran 10 KALI DUNIA.!!!! Indah bukan?

Senang2 je dapat ganjaran yang besar. Mana ada kerja didunia ni, bila kita buat dapat 10 kali ganda. Simpan duit kat bank pun x dapat duit sampai 10 kali ganda. If ada, jutawanlah kita semua.

Jangan abai kerja dakwah hatta kita student, pegawai, pensyarah, doktor. Jadikan apa yang kita buat sekarang sebagai medium untuk berdakwah. Sebagai cth seorang biotechnologist, cipta dan masukkan gene penyembuh ke dalam satu tumbuhan. Jadi tumbuhan ni mampu ubat penyakit2 yang merbahaya. Kita boleh jadikan ianya sebagai modal dakwah kita. Kita bagitau yang bagi penyembuh hanyalah Allah bukannya tumbuhan yang kita temui itu, tumbuhan hanyalah asbab. Secara tak langsung kita dapat perbetul iman kita dan iman semua orang.

Ingat....Iman itu tidak boleh diwarisi….

p/s: Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Amal. Dakwah tujuan utama kita. Bukan bermakna kita perlu tinggalkan dunia untuk akhirat dan bukan pula tinggalkan akhirat untuk dunia. Tetapi kita usaha untuk kedua2nya, agar kita berjaya. Insya Allah...

Kisah Ketam

Ada seorang lelaki Melayu yang ingin beli ketam dari penjual ketam yang berbangsa cina.
Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka?
Cina: Ada…ada…lu mau ketam cina ka ketam melayu?
Melayu: Aik! Ketam pun ada melayu dengan cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam melayu, mana ketam cina?
Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup…ketam cina…….sana dalam bekas tak ada tutup…ketam melayu la….
Melayu: Apa pasal ketam cina apek kasi tutup…ketam melayu apek tak kasi tutup?
Cina: Itu ketam cina kalau satu ekor keluar…yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.
Melayu: Ketam melayu tak itu macam ka?
Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi…jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar…yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.

Pengajaran:
Paham x? Cube kita tgk realiti hari ini, if ada seorang bangsa melayu berjaya dalam sesuatu perniagaan, sudah pasti org itu taknak ajar org melayu lain berjaya. Dia ingin berjaya seorang diri. Ini berbeza dgn sikap peniaga berbangsa cina. Org melayu bila tgk org melayu lain berjaya, mula tabur fitnah cakap 'ada guna'lah tuh. Nauzubillah. Bila tgk org berjaya je, start ar pi jumpa bomoh mane2 nak bagi perniagaan org tuh lingkup. orang melayu penuh dengan PHD (perasaan hasad dengki). Ini ke sikap orang melayu, orang bangsa kita. Aku malu. Aku pernah menghadapi benda ni banyak kali. Aku byk gak tanya kat kawan2 peniaga cina aku. Pandangan dan sikap dari peniaga cina ni lain. Diorang nak semua kawan2 cina diorang berjaya. Me myself pun peniaga dan usahawan jugak. Aku lagi suka if ramai anak bangsaku yang berjaya....

04 October 2009

Mencari

Aku ingin mengenalimu
Kasihmu meluaskan alam
Membawa aku berlari mencari pelangi

Tutup Aurat


Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau keras hati gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.



Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payah pun 'make up'.

Berbaju kurung bukanlah mengurung
Lebih elok jubah jika direnung,
Kaki pula eloklah bersarung,
Agar syaitan susah nak bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.

Berseluar ketat baju pun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai memanglah dipandang jahat,
Dimurka oleh Allah, Rasul dan para malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata memandang ketiak seperti ikan lolong

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi juga fikirkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung membinasakan diri,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
Cuma saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Apa yang baik hendaklah ikuti,
Kalau boleh besok amali

Pakai tudung tapi bertelanjang
Itulah gaya orang sekarang
Mana tidaknya, ukuran body semua terang-terang
Yang mana kendur yang mana tegang

Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak 'garis'
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu 'mendung'
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat

Dalam tiap perbuatan, kita mulakan dengan niat
Gitu juga bertudung, janganlah konon nak tunjuk taat
Alamat pahala lebur, dosa bertingkat-tingkat
Janganlah pula berfesyen tak kena tempat

Baik tak bertudung kalau hanya nak rosak imej
Walhal Islam suruh pakai yang sopan dan manis
Dah kalau takat pakaian ngalahkan pengemis
Atas tutup, bawah buka, ni apa punya jenis?

Kita memang hidup dalam era serba maju
Sungguhlah iman tak dinilai just ikut baju
Kalau bertudung tapi pakai yang 'gitu-gitu'
Kita pun susah kenal, manusia ke hantu

Banyak salah faham bila mula bertudung
Maknanya no fesyen-fesyen only the baju kurung
No more pant suit, kebaya or kebarung
Dah kalau gitu lebih baik duduk berkurung

Bertudung bergaya biarlah yang sempurna
Tak jadi bahan kutuk, jangan pula menambah dosa
Pun tak usahlah juga terlebih gaya
Islam itu suka yang sederhana

02 October 2009

Anak yang berdoa

Seorang bapa terdengar anaknya berdoa

"Ya Allah, selamatkanlah Ayah, Ibu dan Nenek... Selamat tinggal Atuk," anaknya berdoa sambil teresak-esak.

Bapa anak itu tidak faham akan doa tersebut. Sehinggalah keesokan harinya dia mendapat tahu bapanya yakni Atuk anaknya telah meninggal dunia kerana serangan jantung.

Pada malam berikutnya anaknya berdoa lagi "Ya Allah, peliharalah ayah dan ibu... selamat tinggal nenek,".

Bapa anak itu berasa terkejut. Adakah mungkin esok nenek anaknya itu akan meninggal dunia?. Apa yang ditakuti oleh bapa anak itu menjadi kenyataan. Esoknya ibunya (nenek anaknya) telah disahkan meninggal dunia kerana terjatuh di bilik air.

Kemudian pada malam berikutnya pula anaknya masih berdoa lagi. "Ya Allah, selamatkanlah ibuku... Selamat tinggal ayah..." kata anaknya sambil menangis.
Bapa anak itu sepanjang malam tidak dapat melelapkan mata. Kemudian pada esoknya dia pergi membuat pemeriksaan perubatan dengan Doktor Pakar. Dia disahkan sihat dan tidak mempunyai penyakit kronik. Bapa anak itu kemudian pulang dengan membawa kereta dengan perlahan dan begitu berhati-hati bimbang akan kemakbulan doa anaknya itu.

Sampai sahaja di rumah dilihatnya ramai orang termasuk pihak masjid ada di rumahnya.

"Abang kemana? Semua orang sibuk nak uruskan jenazah ni" soal isterinya.

"Siapa meninggal?" Soalnya pula.

"Pak Majid tukang kebun kita tu..." ujar isterinya sambil menangis meratap seolah baru kematian suami.

"Kenapa Pak Majid meninggal... Bukan diriku ini?" kata 'bapa' anak itu dalam hati.

I'm Back

Yehaa..
Rindunya aku kat blog ni... Muach..Muach...
Lama x upload pape. Busy giler. Ni pun mencilok sket. Adat ar student. X busy bukan student namenye. X gitu?

Byk yang berlaku sejak akhir2 ni. Earthquake kat Padang, Tsunami kat Samoa, gegaran yang dirasai di Malaysia. X mustahil Malaysia akan kena earthquake gak. Gegaran byk berlaku, plate2 dalam bumi beralih. Kiamat dah dekat dah, dunia pun dah tua.

Musim Syawal ni, byk tol jemputan makan. Adoiyai. Asik makan jek, macam kena pump ar badan aku yang tough ni. Huhu.


Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Amal