"I couldn’t cry yet, I told myself. I still had a long way to go"
Followers
31 August 2009
Kemerdekaan Ke-52
Bila 31 Ogos setiap tahun, pelbagai sambutan diadakan (konsert, pesta dan sebagainya). Alhamdulillah, tiada sambutan diadakan pada tahun ini kerana ianya jatuh pada bulan Ramadhan. Sebaliknya sambutan kali ini akan dipenuhi dengan aktiviti berunsur keagamaan menurut laman web Kementerian Penerangan Malaysia.
Mungkin tahun ini kurangnya bilangan warga Malaysia yang mengaku dirinya anak Malaysia yang merdeka terkinja-kinja di konsertkonsert kemerdekaan, minum arak seperti minum air mineral, berpegangan bukan muhrim seperti suami-isteri, lumba haram, pekikan dan laungan ‘MERDEKA’ di pesta-pesta maksiat. Inilah cara menyambut kemerdekaan cara baru, cara yang disambut oleh orang yang tidak tahu apa itu kemerdekaan, cara yang disambut oleh orang yang tidak tahu kepayahan mendapatkan kemerdekaan itu sendiri.
Hakikatnya, generasi sekarang hanyalah merdeka daripada penjajah yang menjajah negara, tetapi yang sebenarnya mereka tidak merdeka dari aspek minda, ekonomi, akhlak, budaya, malahan agama Islam itu sendiri pun sedang dijajah dari segi pengamalannya! Fikirkan wahai anak merdeka.
Semoga generasi akan datang yang bakal lahir lebih peka akan kemerdekaan ini.
Merdekakan Islam dari dijajah
Merdekakan mindamu dari dijajah
Merdekakan akhlakmu dari dijajah
Merdekakan ekonomimu dari dijajah
Merdekakan fikiranmu dari dijajah
Merdekakan pengetahuanmu dari dijajah
Merdekakan budayamu dari dijajah
Merdekakan dirimu dari dijajah
Salam Kemerdekaan yang ke-52.
p/s: Diharap tiada lagi sambutan konsert-konsert kemedekaan diadakan tahun mendatang. Matlamat tak menghalalkan cara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
wah2... bkn main semangat ko chan. memang jiwa anak merdeka sejati lah! tak sia2 aku kawan dgn ko beb!! hehe (belanja aku kfc leh...)
ko nak ape? snack plate ke? ke nak coleslaw je? hehe. mane tau ko veggi. hehe
standard belanja combo la beb... tpklu snack plate jer pun aku x kisah sgt... haha
ceh tak baik demand. baik makan yang shrimp yang baru tuh. pergh mantap, tgh pose cite hal makanan. keroncong utk ana perut aku nih
haha... chan, aku nak g bazar kerinchi ptg ni. nk join? klu join koleh blnja aku... haha (konfem xnak kan?)
Post a Comment