Followers

22 August 2009

Kelebihan Bulan Ramadhan Al-Mubarak



Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Terdapat banyak hadis yang menceritakan kelebihan bulan Ramadhan Al-Mubarak.

1. Daripada Abi Soleh Az-Zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata, Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
“Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa maka ia untuk-KU dan AKU akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri (bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad ditangan-NYA maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari Kiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya”.
-Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

2. Dari Abu Hurairah, telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan”
-Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

3. Dari Abu Hurairah, Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : “Sesiapa yang mendirikannya (Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu.”
- Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Dari Abu Hurairah, telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu”.
- Hadis riwayat oleh Imam Nasai'e, Ibn Majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

5. Daripada Abu Hurairah, Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud:
“Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan (iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan melanggar perjanjian.
Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya:
“Wahai Rasulullah! Adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah?
Baginda S.A.W bersabda :
“Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah (Islam).”
-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

Sumber:
* Fathul Bari Syarah Sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani
* Sohih Muslim oleh Imam An-Nawawi
(Penterjemah adindaku)



p/s: Bersama kita hayati dan penuhi bulan yang penuh keberkatan ini dengan amal ibadat untuk meningkatkan ketakwaan kita kepada-NYA. Insya Allah

No comments: