Followers

26 August 2009

Kebetulan

Aku tertarik dengan sejarah penemuan Antibiotik oleh Alexander Fleming. Mengikut sejarahnya, Alexander Fleming mendapati bahawa pertumbuhan bakteria dari Genus Staphylococcus di atas piring kultur terbantut setelah bakteria itu dicemari oleh kulat dari spesis Penicillium.

Alexander Flemming yang ternyata berminat, terus mengasingkan kulat itu untuk dibiakkan dan mendapati bahawa kulat Penicillium tersebut menghasilkan sejenis bahan antibakteria, yang diberi nama Penicillin olehnya. Sehingga hari ini, Penicillin merupakan satu antibiotik yang penting untuk merawat pelbagai jenis jangkitan kuman. Ya, ini adalah kebetulan. Kebetulan yang membuahkan hasil.

Begitu juga dengan Archimedes yang berjaya mencipta prinsip keapungan (Prinsip Archimedes) secara kebetulan ketika mandi. Sewaktu Archimedes teruja untuk berendam di dalam sebuah kolam, dia mendapati bahawa semakin jauh dia masuk ke dalam kolam, semakin banyak air yang keluar. Hasilnya, dia telah berjaya mencipta sebuah teori yang hebat dan berguna sehingga kini.

Aku juga teringat kisah Isaac Newton yang dipelajari di sekolah menengah dulu. Isaac Newton yang kebetulan duduk di bawah pokok epal, dapat mencipta Hukum Newton setelah melihat buah epal gugur dari pokok tersebut kerana tarikan graviti.

Semuanya terhasil secara kebetulan kan? Kebetulan yang menjadikan mereka diingati sehigga kini. Kebetulan yang membuahkan hasil kepada mereka.

Walaupun ianya satu kebetulan, ia di sertakan dengan minat dan usaha gigih secara berterusan. Itulah asas kepada kejayaan-kejayaan mereka.

Tanpa sedar, entah berapa banyak kali kita bertemu dengan kebetulan-kebetulan yang mampu membuahkan hasil selama ini dalam kehidupan seharian kita. Tetapi kerana kurangnya minat untuk menyelidik dan berfikir, kebetulan-kebetulan yang dialami hanya menjadi kebetulan semata-mata.Tidak mustahil, kita juga mampu mencipta sesuatu untuk generasi mendatang dengan kebetulan-kebetulan yang kita dialami. InsyaAllah,entah esok lusa, giliran kita pula menempa nama.

p/s: Tgh tulis semua kebetulan yang berlaku hari ini. Hehe

2 comments:

Fiq said...

kebetulan aku terbaca artikel ni.haha

Chan said...

apelagi, kaji ar kebetulan ko tuh. mane tahu ada kejayaan. hahaha. tissue culture weih. sok bley bekerjasama. baru membangun ummah