Followers

22 August 2009

Marhaban Ya Ramadhan


Alhamdulillah.
Allah SWT masih panjangkan umur kita untuk bertemu dengan penghulu segala bulan, bulan dimana terdapat satu malam yang penuh dengan kebaikan yang tidak terdapat pada malam di bulan-bulan yang lain. Inilah antara kelebihan yang terdapat di dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak.
Semoga Ramadhan kali lebih baik dari Ramadhan sebelumnya. Semoga Ramadhan kali ini memberi impak yang besar dalam kehidupan kita dan berjaya merobah dari keadaan yang teruk kepada yang baik, dari keadaan yang baik kepada keadaan yang lebih baik. Insya Allah.
Selamat menjalani ibadah puasa. Semoga puasa kita dapat menahan dari melakukan segala perkara yang mungkar, bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi kita berjaya mengawal dan melemahkan segala turutan nafsu.
Jgn kita terlalu asyik dengan bazaar Ramadhan yang menghidangkan pelbagai jenis makanan, pakaian yang mampu membuat kita alpa. Ada juga peniaga yang sampai leka dan lalai untuk menunaikan solat kerana sibuk dengan urusan jual-beli, ada juga segelintir yang tidak menutup aurat.
Jgn kita cemarkan kesucian Ramadhan!
Selamat menjalani ibadah puasa Ramadhan 1430H.

p/s: Cuba kita bayangkan, andai ini Ramadhan yang terakhir buat kita, apa yang akan kita lakukan?
Selamat Beramal.

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Amal

No comments: