"I couldn’t cry yet, I told myself. I still had a long way to go"
Followers
19 May 2010
Unit Ekuin IVM
Ni masa mula-mula kitorg baru sampai
Minggu ke-2 aku berada di IVM ni. Setakat ni, masih sronok lagi. Itu yang aku rasa ar. Hehe. Nak tau sebab pe? Sebab minggu ni aku ditempatkan di Unit Ekuin IVM. Kat unit ni terdapat pelbagai jenis baka seperti Clydesdale, Australian Stock Horse, Quaterhorse, Miniature Horse, Pony dan byk lagi. Byk gak kuda kat unit ni. Lebih kurang 70 ekor kesemuanya. Opsss... lupa nak btau, ada gak keldai kat unit ekuin. Mule pun ada. Mule ni kacukan antara kuda dan keldai. Saiz mule takdelah beso mane. Mempunyai ketua yang baik hati ----> Pn Suzie dan dibantu oleh pembantu veterinar yang peramah iaitu ----> Cik Norhidayah dan “otai” kat unit Ekuin IVM ni ----> En Alexander. Mr Alex ni mmg “care” bak kaa orang muda-muda. Hehe. Layan kepala gak ar. Senang kitorg nak berkomunikasi. Takde masalah ar.
Selain dari pengurusan, diorang ajar gak mcmne nak rawat kuda yang sakit. Diorg bagi tunjuk ajar macamne nak wat grooming kat kuda. Grooming ni penting. Lupa lak nak explain ape grooming. hehe. Grooming ni umpama kita bersihkan kuda dengan guna peralatan tertentu. Dalam istilah yang mudah umpama kita nak hias dan cantikkan kuda lah. Sape kata kuda tak perlu di cantikkan????
Petang semalam, En Alex memberi peluang untuk menunggang kuda. Kuda ini diberi nama RUBY. Kuda ni antara kuda yang PALING JINAK yang ada kat Unit Ekuin IVM. Ni pengalaman pertama aku menunggan kuda. Byk gak teknik nak tunggang kuda. Yang penting, kena tau perkataan apa yang nak disebut untuk bagi kuda berjalan dan bagi kuda stop. Mmg btol-btol dgr arahan si RUBY ni. Haha. Bagus-bagus. No wonderlah En Alex sayang si Ruby ni. Ruby ni asalnyaseekor kuda Rodeo. Xsangka kuda Rodeo yang aku pernah tgk kat MAHA 2008 kini ada depan mata, dapat tunggang, dapat pegang. Wow!
Best-best. Yang penting, menunggang kuda mmg byk guna energy. Aku dapat rasa peluh byk gile keluar. Patutlah Cik Hidayah cakap, “Chan if nak kurus try lah naik kuda selalu”. Perghh... kalo harga kuda macam harga ikan emas xpe gak. Bley aku beli 2-3 ekor, tapi ni mahal GILER! Yang Ruby ni pun harga dah dekat RM40 000. Baik aku beli kereta. Bley siap modified kreta tuh lagik. Mahal bangat. No wonderlah sukan berkuda dikenali sebagai sukan orang-orang kaya. Ada duit bley ar beli sekor dua. Hahaha.
Kali pertama menunggang kuda
Bersama Ruby
Harini keje x byk sgt. Just pergi balik ke Unit Arnab, untuk amek darah arnab. Yang penting, aku dapat amek darah arnab sebanyak 5 ekor. Perfecto! Byk gak arnab yang meronta-ronta. Maybe sebab cara kiorg handle x btol kowt. Xpe, yang penting arini aku dapat blajo sesuatu.
Aku~~Cuba belajar sesuatu untuk menghasilkan sesuatu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment