Followers

20 May 2010

Jika Semuanya PUTIH


Cuba kita bayangkan semua benda di sekeliling kita berwarna putih!

Sudah pasti bosan dan sangat membosankan!

Kalau satu warna sahaja pasti tidak menarik dan menawan. Kalau semuanya putih pasti tidak realistik. Andai semuanya hitam pun pati membosankan. Kehidupan ini ibarat lukisan yang bewarna-warni. Ada orang yang mengintai kejahatan walaupun hatinya membisikkan kebaikan. Inilah yang dinamakan lumrah kehidupan.


Hidup ini umpama lukisan. Andai kain yang berwarna putih, kita corakkan dengan warna putih pasti lukisannya tidak timbul atau tidak tersampai. Mana mungkin kita lihat kontras warna dan keindahan. Jika cuma warna hijau tentu lukisan jadi kaku. Apapun jika kanvas putih dipalitkan hitam akan lahir sebuah lukisan. Lukisan tentang sebuah cerita.


Jika kita calitkan, corakkan pelbagai warna, maka timbullah sebuah keindahan. Di sana ada merah, biru, kuning, hitam, jingga, putih, oren, ungu, dan hijau. Bayangkan betapa indahnya lukisan itu. Terlahirlah wajah-wajah dalam bentuk warna-warna. Jika asyik warna indah jangan lupa di sana ada hitam yang kita benci. Jika seluruhnya putih... membosankan! Jadi kenapa takut pada hitam. Bukankah hitam itu menghidupkan?

Ini yang dikatakan haq dan bathil itu paut-memaut atau hidup-menghidupkan. Akhirnya mereka bersatu dan tidak dipisahkan. Perhatikan jika memakai satu warna sahaja, memang membosankan. Rumah warna merah, kereta merah, baju merah, kasut merah, alatan rumah merah, semuanya merah. Andaikata semua bunga berwarna merah semata-mata, tidak ada kuning, putih, biru dan seumpamanya... aduh seakan si Penciptanya tidak hebat! Seandainya semua berkaki dua, tidak ada berkaki empat, enam, lapan, sepuluh, seratus... Bosan. Tidakkah kita sedar ada yang tidak berkaki langsung! Hebatnya Penciptaan!


Aku~~Indahnya sebuah lukisan kehidupan jika kita belajar untuk mencorakkannya mengikut panduan

19 May 2010

Unit Ekuin IVM


Ni masa mula-mula kitorg baru sampai

Minggu ke-2 aku berada di IVM ni. Setakat ni, masih sronok lagi. Itu yang aku rasa ar. Hehe. Nak tau sebab pe? Sebab minggu ni aku ditempatkan di Unit Ekuin IVM. Kat unit ni terdapat pelbagai jenis baka seperti Clydesdale, Australian Stock Horse, Quaterhorse, Miniature Horse, Pony dan byk lagi. Byk gak kuda kat unit ni. Lebih kurang 70 ekor kesemuanya. Opsss... lupa nak btau, ada gak keldai kat unit ekuin. Mule pun ada. Mule ni kacukan antara kuda dan keldai. Saiz mule takdelah beso mane. Mempunyai ketua yang baik hati ----> Pn Suzie dan dibantu oleh pembantu veterinar yang peramah iaitu ----> Cik Norhidayah dan “otai” kat unit Ekuin IVM ni ----> En Alexander. Mr Alex ni mmg “care” bak kaa orang muda-muda. Hehe. Layan kepala gak ar. Senang kitorg nak berkomunikasi. Takde masalah ar.

Selain dari pengurusan, diorang ajar gak mcmne nak rawat kuda yang sakit. Diorg bagi tunjuk ajar macamne nak wat grooming kat kuda. Grooming ni penting. Lupa lak nak explain ape grooming. hehe. Grooming ni umpama kita bersihkan kuda dengan guna peralatan tertentu. Dalam istilah yang mudah umpama kita nak hias dan cantikkan kuda lah. Sape kata kuda tak perlu di cantikkan????

Petang semalam, En Alex memberi peluang untuk menunggang kuda. Kuda ini diberi nama RUBY. Kuda ni antara kuda yang PALING JINAK yang ada kat Unit Ekuin IVM. Ni pengalaman pertama aku menunggan kuda. Byk gak teknik nak tunggang kuda. Yang penting, kena tau perkataan apa yang nak disebut untuk bagi kuda berjalan dan bagi kuda stop. Mmg btol-btol dgr arahan si RUBY ni. Haha. Bagus-bagus. No wonderlah En Alex sayang si Ruby ni. Ruby ni asalnyaseekor kuda Rodeo. Xsangka kuda Rodeo yang aku pernah tgk kat MAHA 2008 kini ada depan mata, dapat tunggang, dapat pegang. Wow!
Best-best. Yang penting, menunggang kuda mmg byk guna energy. Aku dapat rasa peluh byk gile keluar. Patutlah Cik Hidayah cakap, “Chan if nak kurus try lah naik kuda selalu”. Perghh... kalo harga kuda macam harga ikan emas xpe gak. Bley aku beli 2-3 ekor, tapi ni mahal GILER! Yang Ruby ni pun harga dah dekat RM40 000. Baik aku beli kereta. Bley siap modified kreta tuh lagik. Mahal bangat. No wonderlah sukan berkuda dikenali sebagai sukan orang-orang kaya. Ada duit bley ar beli sekor dua. Hahaha.

Kali pertama menunggang kuda


Bersama Ruby

Harini keje x byk sgt. Just pergi balik ke Unit Arnab, untuk amek darah arnab. Yang penting, aku dapat amek darah arnab sebanyak 5 ekor. Perfecto! Byk gak arnab yang meronta-ronta. Maybe sebab cara kiorg handle x btol kowt. Xpe, yang penting arini aku dapat blajo sesuatu.


Aku~~Cuba belajar sesuatu untuk menghasilkan sesuatu.

14 May 2010

Aku, Unit Arnab IVM & Idea


Alhamdulillah baru sampai JB tadik kul 630pm. LAme gak x update. Nak update tapi malas sejak LI ni. Haha. Arini genap 5 hari aku berada di Institut Veterinar Malaysia (IVM), Kluang. X sangka aku practical. Haha. X pernah terpiki yg aku akan practical spjg pengajian ni. Mmg sronok beb. Mula2 ni kitorg di tempatkan di Unit Arnab. Unit Arnab yang diketuai oleh Puan Norzie bt Ismail. Byk sgt-sgt benda yang aku dapat blajo. Inilah benda yang aku cari slama ni.

Alhamdulillah aku hampir dapat. Sebab lepas ni aku akan ditempatkan di unit-unit yang aku pikir sebagai menjurus ke arah benda yang aku nak selama ni. Tempat lembu pedaging, lembu tenusu, kambing dan bebiri. Mmg itu yang aku nak, sebab tu aku amek Degree Bioteknologi ni. Sbb aku nak capai apa yang aku dah plan sejak sekian lama. Sejak sebelum aku masuk diploma lagi, sebelum aku abis SPM lagik. Insya Allah aku akan usaha yang terbaik. Mewujudkan suatu perniagaan yang berteraskan agriculture sejajar dgn agenda kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Halal-Hub. Itu yang aku inginkan. Perniagaan bertemakan Halal-Hub.

Apa yang aku tgk, arnab ni berdaya saing gak cuma dari segi marketing kena pandai sket. Kena apply teknik SWOT dan 4P. Insya Allah after this if umur au pjg, perjalanan aku seperti skrg, aku akan cuba capai. Psssttt.....Kestabilan politik pun penting gak. Hehe.

Kadang-kadang aku mcm nak jek start semuanya skrg, tapi x bley gak. Kena sabo. Stahun jek lagi, insya Allah aku akan abes degree ni. Aku akan mengorak langkah sebelum aku sambung master dan pHD yang aku idamkan. Perniagaan mmg suatu bidang yang aku gilai sejak aku skolah rendah lagik. Haha. Parents aku dh tau benor dgn minat aku ni.
Tapi rugi gak ar kat sini x dpt nak blajo bidang Avian. Aku nak blajo pasal puyuh, ayam, itik muscovy. Walaupun dah pernah blajo, aku nak tgk paa lagi benda terbaru dalam bidang-bidang ni. Mane tau ada pertambahan. Dunia dah maju kan. Hehe.

After this masuk Unit Kuda. Dgr cite macam dapat naik kuda. Hopefully btol ar. Hehe. If btol, cara gak. Kuda x minat sgt cume aku penuh minat dgn taik kuda jek. Hahaha. SGT-SGT berguna kowt.

Aku~~X sabo Nak menunggang Kuda! Yehaaaa....

08 May 2010

Aku, Motor & LI

Busyner aku, baru ada kesempatan nak online. Adoiyai. Sronok gak balik kampung ni. Sok baru ada kat JB. Huhu. Pengalaman gak, dari UM-Kuantan naik moto. Haha. Panas terik woo. Terbakau rasa kulit. Tp xpe, yg penting happy. Hahaks. Kulit tgn berbelak (kata org ghanu), sebab glove ada lubang. Pedih wo sunburn. Nasib baik kecik jek lobangnya, if x payah gak. Nak wat camne, byk brg bwk balik. Penuh kereta. Tapi agak seronok ar naik moto, baru adventure. Tapi xde ar se'thrill' masuk utan dgn 4x4!

Malam ni ada bola, nak tgk tapi mcm penat. Dh lame bebenor rasenye x tgk bola. Pasni ada World Cup, tgk ar. Nak menghabiskan masa yang panjang semasa Lathin Industri (LI). Hehehe.

Haaa.... sebut pasal LI, mesti penat kan. 7 minggu. Lame gilo! Nasib baik LI bersama kawan2, xde ar kebosanang sgt. Pengalaman kerja yang pertama. Layan ar LI kat Kluang. Institut Veterinar Malaysia (IVM), tempat yang aku bakal menjalani LI. Sejam lebey gak dari JB ni. Layan ar. Bosan2, ujung inggu balik.
Plan nak jumpa kengkawan kat kuantan mlm ni if sempat. Best2. Jommmmmmm....

06 May 2010

Kisah Semalam

Awal gile bangun rini tapi x lak rasa ngantuk. Bkn main lewat semalam tido. Cube time study, lain lak cite. Tgh sarap kat dining tadik, tgk ramai dak2 dok pegang notes. Nak p exam. Haha. Apa barang exam, orang dah abes. Rasa mcm gembira n x stress pun.

Dak dental lak sedang menunggu result hari ni, tunggu viva diorang. Undergraduates yang lain ada yang happy baru pas exam. (termasuklah diriku ini).

Semalam around kul 1:15am, g mapley dgn dak2 kolej. Skali ada roadblock. Relax ar, bkn ada salah pape pun. Haha. Polis tahan, tgk ada stiker UM kat motor aku. Berlaku ar suatu dialog yang x diingini...


Polis: Amek kos apa kat sane?
Aku: : Amek degree Biotech
Polis: : Ohh. Bagus. Blh tgk IC, lesen.
Aku pun hulurkan ar.
Polis: : Berapa tahun kos tuh?
Aku: : 3 tahun.
Polis wat2 pelik tgk IC aku. Pastu cakap, “Eh, bkn ko sepatutnya dah abes blajo ke?”
Aku: : Blom lagi bro, sthn lagik. Haha. Cilakak polis ni. Sah tgk umo aku (kata aku dalam hati).
Polis: : Sebab tgk umo patutnya dah abes...
Aku: : Saya diploma dulu...
Polis: : Oklah. Jalan2...


Adoi... sensitif tuh tgk umo. Haha. Aku rasa polis tuh macam SGT2 muda. Maybe muda dari aku kot. Sampai mapley, lepak barang sejam dua. Borak2 sket. Ingat nak uptown, tapi dah nak tutup. Malas lak. Haha.

Harini macam2 aku nak wat. Malam ni nak p makan steamboat kat Sunway dgn kawan2. Yehaa. Pagi ni nak p HEP, nak setelkan keje and byk lagik ar. Mcm x cukup masa lak. Adoiyai.


Aku~~Happy sebab dah x tension. (^^,)

05 May 2010

Akhirnya

Alhamdulillah harini aku dah abes final exam. Haha. Baru tenang and relax sket. Best2. Macam2 rasa aku nak wat. Adoiyai. Yang penting, malam ni nak g makan and g uptown dengan member. Haha. Jom2.