Semalam aku ada dapat call dari seorg kawan. Dia ckp, diorg tgh wat operasi sekitar Bandar XXXX di JB.
"Operasi apa?", aku tny.
"Operasi bdk2 melayu Islam yang minum arak", jawab kawanku.
Aku tanya, "Ramai ke kantoi?".
"Terlalu ramai", katanya lagi.
Terkedu aku dgr. Tempat lahir aku, tempat aku dibesarkan dah jadik mcm ni. apelah bodoh sangat p minum arak tuh. Benda yang memabukkan. Dah jelas hukum HARAM. Paling tinggi kat Malaysia kena denda jek. Sebat??? (pikirlah sendiri). Biasalah, undang-undang penjajah masih diguna pakai di Malaysia, sebuah Negara yang mengaku sebagai Negara Islam (tapi x amal sikit pun undang2 Islam). Hebat kan undang2 kita? Sama jek if kena tangkap khalwat. Senang ar orang kaya nak wat maksiat.
Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"
Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.
Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."
Arak adalah kunci segala kejahatan. Abu Laits berkata, jauhilah minum arak kerana di dalamnya mempunyai 10 perkara yang tercela
1.Apabila seseorang itu minum arak, kedudukannya seperti orang gila akhirnya dia menjadi bahan ketawa kanak-kanak dan tercela dia bagi orang yang berakal.
2.Arak itu boleh menyebabkan hilangnya akal dan musnahnya wang ringgit.
3.Minum arak boleh menyebabkan timbulnya permusuhan antara sahabat.
4.Minum arak akan menghalang seseorang itu mengingati kepada Allah dan akan menghalangi dia daripada mengerjakan solat.
5.Minum arak akan mendorong perbuatan zina. Sebab seseorang yang minum arak mungkin dengan mudah akan menceraikan isterinya tanpa disedarinya.
6.Minum arak adalah anak kunci segala perbuatan jahat. Orang yang minum arak mudah sekali melakukan perbuatan terkutuk.
7.Minum arak boleh menyebabkan menyakiti keluarganya dan temannya kerana mengiringi ke tempat fasik.
8.Orang yang minum arak wajib dihad, dihukum dengan sebatan 80 sebatan, kalau dia tidak dipukul di dunia, dia akan dipukul di akhirat dengan cemeti api neraka di hadapan orang ramai dan disaksikan oleh bapa dan temannya.
9.Minum arak itu menyebabkan pintu langit ditutup baginya kerana semua amal baiknya dan doa-doanya tidak diterima selama 40 hari.
10.Minum arak itu menyebabkan dikhuatiri dicabut imannya.
Semua akibat ini adalah di dunia sebelum dia mati. Selepas itu, dia akan menghadapi pula seksa akhirat nanti.
p/s: Islam itu yang terbaik. Andai Undang2 Islam diguna pakai disini, Arak x jadi masalah besar pada org Islam. Hukuman yang diterima di dunia mmg cukup berat. Tegakkan syiar Islam.
1 comment:
mrk dah dronok ngan nikmat dunia, satu yg mrk anggap bahawa sementara masih idup harus enjoy, janji Allah adalah benar
moga mrk akan sedar akan kebesaran Nya
Post a Comment