Followers

30 November 2009

Kepenatan Maxima

Alhamdulillah arini last hari Tashriq. Maka berakhirlah upacara sembelihan or lebih dikenali sebagai hari korban. Byk pengalaman aku dpt Aidil Adha kali ni. qariah jemput jemaah dtg tlg buat sembelihan dan melapah lembu. Byk gak binatan al-an’am yang dibuat qurban kali ni. tapi semuanya lembu. Kambing xde ar kali ni. Rekod ar, aku berjaya lapah 20 peha lembu (sekor lembu dibelah kepada 4 bahagian peha bg tujuan melapah). Kira hampir 5 ekor lembu gak aku Berjaya lapah. Yey. Best gak layan kepala jemaah yang rata2 dh berusia. Yg muda tok imam jek. Hehe. Lenguh2 gak badan melapah tapi pengalaman n keseronokan yang paling bernilai.Daging yg digantung pada palang besi
Kerja buang lemak before ditimbang. Sebelah tuh adik aku
Kerja 3 beranak. Hehe. My abah, adik n aku. Fuhhh...
Muka ceria jek. Starting mmg byk tenaga. Hehe.
Kerja memunggah turun lembu. Semua jemaah saling tlg-menolong

p/s: Pcik yg masak sup lembu utk petugas mmg mantap. Sedap n mantap sup yg pakcik masak (daku mmg gile sup).

27 November 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1430H


Selamat Hari Raya Aidil Adha daku ucapkan kepada semua rakan2.
Hayati erti pengorbanan yang sebenar. Org yg paling mulia ialah org yang sanggup berkorban untuk Allah. Dahulukan urusan Agama dari urusan sendiri. Itulah pengorbanan yang terbesar. Selamat berkorban!

p/s: Biar kita berkorban masa dan tenaga dari kita menjadi mangsa "korban".

21 November 2009

UTHM Explore Race 2009


Doakan aku yek kawan2, sok aku p UTHM. Untuk Kejohanan Malaysian University Explore Race (MUER) dari 22hb - 25hb November 2009. Melibatkan 20 IPTA, 20 Politeknik n 5 IPTS. Macam ramai jek. Huhu. Doakan kejayaanku ye kawan2. Hehe. Aku pergi dengan membawa nama UM. Huhu. Hope dpt wat sume task dgn berjaya. Ikut schedule yg diberi, ada 9 unknown task. Xtau task camne. Xkisahlah, janji rock. Yeahhh... Mcm2 prasaan ada nak p sok. Sronok + suka + hepi (mcm same jek sume. Hehe). Yg penting enjoy. Bertolak kul 9am. Jgn lambat tau pcik bus (terminal bus sebelah kolej aku jek, 1st College). Hehe. Sebagai ketua kontinjen (ceh poyos), aku berjanji untuk mencuba yang terbaik dan mewujudkan kerjasama yang baik sesama 3 group yang dihantar UM.
UM IS ONE. Go! Go! Go!

p/s: Joging 50km + panjat tembok 9 kaki + berenang 1km + kayak 40km..... Hahaks

Cinta dan Kawan


Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung...
Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga... Kenapa??
Kerana CINTA itu buta.. Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga...
Kenapa?? Kerana...KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA!!
Di dalam telaga CINTA hilang... Kenapa??
Kerana...CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga,
sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...
Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu..
Kenapa??
Kerana...KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia...kan??

so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia bererti..

p/s: Aku sayang korang sume wahai kawan2ku. Teruk mcmne pun korg, korg tetap kawan aku. hehe

20 November 2009

ARAK

Semalam aku ada dapat call dari seorg kawan. Dia ckp, diorg tgh wat operasi sekitar Bandar XXXX di JB.

"Operasi apa?", aku tny.
"Operasi bdk2 melayu Islam yang minum arak", jawab kawanku.
Aku tanya, "Ramai ke kantoi?".
"Terlalu ramai", katanya lagi.

Terkedu aku dgr. Tempat lahir aku, tempat aku dibesarkan dah jadik mcm ni. apelah bodoh sangat p minum arak tuh. Benda yang memabukkan. Dah jelas hukum HARAM. Paling tinggi kat Malaysia kena denda jek. Sebat??? (pikirlah sendiri). Biasalah, undang-undang penjajah masih diguna pakai di Malaysia, sebuah Negara yang mengaku sebagai Negara Islam (tapi x amal sikit pun undang2 Islam). Hebat kan undang2 kita? Sama jek if kena tangkap khalwat. Senang ar orang kaya nak wat maksiat.

Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"
Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.
Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."

Arak adalah kunci segala kejahatan. Abu Laits berkata, jauhilah minum arak kerana di dalamnya mempunyai 10 perkara yang tercela
1.Apabila seseorang itu minum arak, kedudukannya seperti orang gila akhirnya dia menjadi bahan ketawa kanak-kanak dan tercela dia bagi orang yang berakal.
2.Arak itu boleh menyebabkan hilangnya akal dan musnahnya wang ringgit.
3.Minum arak boleh menyebabkan timbulnya permusuhan antara sahabat.
4.Minum arak akan menghalang seseorang itu mengingati kepada Allah dan akan menghalangi dia daripada mengerjakan solat.
5.Minum arak akan mendorong perbuatan zina. Sebab seseorang yang minum arak mungkin dengan mudah akan menceraikan isterinya tanpa disedarinya.
6.Minum arak adalah anak kunci segala perbuatan jahat. Orang yang minum arak mudah sekali melakukan perbuatan terkutuk.
7.Minum arak boleh menyebabkan menyakiti keluarganya dan temannya kerana mengiringi ke tempat fasik.
8.Orang yang minum arak wajib dihad, dihukum dengan sebatan 80 sebatan, kalau dia tidak dipukul di dunia, dia akan dipukul di akhirat dengan cemeti api neraka di hadapan orang ramai dan disaksikan oleh bapa dan temannya.
9.Minum arak itu menyebabkan pintu langit ditutup baginya kerana semua amal baiknya dan doa-doanya tidak diterima selama 40 hari.
10.Minum arak itu menyebabkan dikhuatiri dicabut imannya.
Semua akibat ini adalah di dunia sebelum dia mati. Selepas itu, dia akan menghadapi pula seksa akhirat nanti.

p/s: Islam itu yang terbaik. Andai Undang2 Islam diguna pakai disini, Arak x jadi masalah besar pada org Islam. Hukuman yang diterima di dunia mmg cukup berat. Tegakkan syiar Islam.

19 November 2009

Perasaan ini

Mcmne kalau kita suka seseorg ek?
Tapi org tuh bkn Islam.
Bkn jugak berbangsa Melayu.

Senang cite dari etnik yg mempunyai gene pool yang lain dari gene yg aku ada skrg.
Aku ada tny beberapa kwn. Byk respon aku trima dari kwn2 aku tuh

Respon 1:
Baguslah suka. If dapat dakwah dgn jalan yang terbaik. Mmg susah tapi itu tapi tinggi darjatnya disisi Allah SWT.
Respon 2:
Cuba dekati diri dia then cuba salami hati dia. Tunjukkan Islam ni bagus.
Respon 3:
Cuba ar rapat2. Ajak kuor tgk wayang ke.
Respon 4:
Xckup ke pompuan melayu kat Malaysia nih? X pyh ar ngada2.
Respon 5:
Kalau dah minat teruskan. 2 dalam 1. Dakwah + perkahwinan. Kan indah. Bimbing ke jalan yg benar, bagi dia keluar dari kesesatan.
Respon 6:
Ko serius ke Chan?......
Respon 7:
Sekarang ko kena tabur umpan yg terbaik. Tuko dari guna cacing kpd dedak. Baru melekat. Pelan2 pancing.

7 org aku dh tny. Hehe. Mcm2 respons. Lain org, lain pemikirannya.
Kenapa ek bley suka? Aku pn x pasti. Yang pasti bkn kerana kecantikan sbb ramai yg lagi cantik tapi sebab perwatakannya yg baik. Itu yg membuatkan hati ni cair. Haha. Bkn kecantikan yang dilihat, tetapi kebaikan yg ada pada dirinya.

Alangkah rugi insan yang berpewatakan baik mcm tuh tapi xde Islam dlm dirinya.

Apa jalan dakwah terbaik utk kita lakukan???

Aku pun x pasti. Kadang2 terpikir, nak carik org melayu sendiri pun payah, ada hati nak cari etnik lain. Hahaks. Bkn pe, saje nak wat outbreeding to get a desirable trait with super characteristics. Itu if ikut theory yg diajar oleh Prof Wan Khadijah dalam subject Animal Breeding. Hehe.

p/s: Still mencari pemegang tulang rusukku. Umur semakin hari, semakin bertambah. Hehe.

Calon Isteri Mengikut Pekerjaan – 18sx

Ceritanya begini, suatu hari di Kampung Melayu Majidee, JB ada seorang ibu yang gusar kerana anak sulung lelakinya tak kawin-kawin lagi, so satu hari, si ibu pon bawakla calon-calon yang dirasakan sesuai untuk menjadi bakal menantunya, dia pun menjemput kesemuanya kedalam rumahnya. Lalu memanggil anak sulong lelakinya untuk memilih kut yang mana-mana dia berkenan.

CALON PERTAMA:
Pekerjaan : Operator Telefon
“Ala Mak…nih tak syiioookkkk….dia nih selalu cakap:
SILA TUNGGU SEBENTAR,TUNGGU SEBENTAR”

CALON KEDUA:
Ciri-ciri : Kulit sawa matang, mata bulat dan besar,badan 100% bergetah, Bodynya just nice
Pekerjaan : Setiausaha
Lalu sianak lelaki berkata “Nih lagi tak syyiiiooookkkk…asyik-asyik
HARAP BERSABAR…BERSABAR”
Siibu pon gelisah kerana kebanyakkan calon yang ditunjukkan tidak memenuhi kriteria anak lelakinya… lalu dia pon menjemput calon terakhir.

CALON TERAKHIR:
Ciri-ciri : Kulit gelap-gelita,mata sepet sikit, badan 99.99999% bergetah, Bodynya kurang memuaskan
Pekerjaan : Guru.
Tanpa segan silu dan memikir panjang lalu si anak lelaki ini bersetuju untuk memilih calon ini. Lalu si ibu pon pening kepala lalu bertanya kepada anak lelakinya mengapa dipilih calon ini. Lalu anaknya pun memberitahu… “Hah! mak nih la syyiookkk sikit…kalau cikgu best sikit..pasal dia selalu cakap
ULANG SEKALI LAGI, BUAT BANYAK-BANYAK, SALAH NIH,BUAT MACAM NIH 10 KALI LAGI, TERUSKAN..HAH..TERUSKAN DAH BETUL TUH…”

Tiba-tiba adik lelaki tersebut yang berumur 20 tahun menyampuk plak…
“Bang!!!….Konduktor bas lagi bagus bang…. Diorang selalu cakap….
“NAIK CEPAT, NAIK CEPAT…MASUK,MASUK...MASUK LAGI, DALAM LAGI..DALAM LAGILAAAAHHHHHHHHHHHHHH, MASUK BELAKANG...BELAKANG LAGI,LAGI BELAKANG SANA…BELAKANG BANYAK KOSONG!

18 November 2009

Buat renungan


"Sayang, tengok nih. Cantiknya Al-Quran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran" pekik Jamilah kepada Nabil.

"Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih" balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu Al-Quran yang bakal dijadikan hantaran.

"Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab" keluh Jamilah.

" Ala , awak bukan reti pun bahasa arab" jawab Nabil.

Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

"Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat" tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

"Oh, kami cari Al-Quran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid" sengih Nabil... Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

"Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?" pakcik menyoal sambil tersenyum.

"Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik" teragak-agak Nabil menjawab.

Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

"Kalau gitu, tak perlu lah beli Al-Quran kalau sekadar hantaran. Kesian AL-Quran. Itu bukan kitab hiasan, dik" tegur pakcik berhemah.

"Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la" tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

"Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir Ar-Rahman. Ada tafsiran lagi" cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

" Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi" senyum Jamilah mengangkat bungkusan Al-Quran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

"Jangan lupa baca ya" pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

"Sibuk je la pakcik tu" Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin 'terpukul' dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

"Assalamualaikum semua" ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai mati hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

"Inikah pengantin hari ini?" tegur selamba Ustaz Saad.

"Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz.." jawab Nabil mengigil.

Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

"Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin" cadang Ustaz Saad.

Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

"Ss.. su.. surah apa ustaz?" Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

"Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah Ar-Ra'd" kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.

Surah Ar-Rad
Surah Ar-Ra'd

"Apa benda nih" detik hati Nabil.

"Bismillahirrahmaanirrahim.. ALL..MAA.. RIII ..!!" berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

"Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam AL-Quran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A'uzubillahiminnassyaitaanirrajim.. Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.." kedengar suara gemersik Ustaz Sa'ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak
lagi alunan irama AL-Qurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

"Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu Al-Quran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina AL-Quran. Beli AL-Quran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup
bagi seorang muslim" tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa'ad.


"Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab Al-Quran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh Al-Quran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan Al-Quran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.." penutup Ustaz Sa'ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab AL-Quran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Teet Teet!!! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa'ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.

BACA NI!!!
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari Nabi atau Malaikat.'

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) berkata:

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

p/s: Jadikan kitab Quran ini sebagai panduan hidup kita. Insya-Allah

Yang dinanti..


Wohoooo.....
Alhamdulillah...
Tepat jam 13:30pm, 18 November 2009 tadi, maka berakhirlah final exam yang cukup membuatkan idup aku berubah. Final Exam yang membuatkan "Biological clock" diri aku berubah. MANDI X KENYANG, TIDO X BASAH, MAKAN X LENA. Hehehe...

Paper Applied Microbiology yang menjadi penutup final exam kali ni.
Disaat invigilator beritahu, "All candidates, please stop writing".
Maka berakhirlah perjalanan hidup aku sebagai mahasiswa 2nd Year, Semester 1 Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi. Huhu.

Tapi aku x dapat balik kampung halaman lagi. Lepas ni join Explorace kat UTHM. Doakan kejayaanku. Cewah..

p/s: Rindu kat ibu, abah, adik2, kucing putih aku...