Ikhlas Itu Jiwa Yang murni
Rahsia Allah Didalam Hati
Terlalu Sembunyi Tapi Dapat Dikesan
Jika Disuluh Dengan Saksama
Nista Dan Puji Tiada Berbeza
Redha Sifat Hati Yang Suci
Ujian Yang Tiba Rasa Gembira
Atau Tiada Apa Terasa
Kerna Menerima Anugerah Tuhannya
Sifat Sabar Sedikit Berbeza
Ujian Yang Menimpa Sakit Dirasa
Tapi Dapat Ditahan Perasaannya
Hanya Bermain Didalam Sahaja
Diluar Tidak Nampak Terang Nyata
1 comment:
ikhlas, redha dan sabar adalah yg paling baik
Post a Comment