Followers

17 December 2009

Awal Muharam 1431H


Alhamdulillah, sekejap lagi kita akan melangkah ke tahun baru atau lebih dikenali di Malaysia sebagai Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram. Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan suatu peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam iaitu penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi. Muharam adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.
Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
Islam penuh dengan tatacara. Oleh itu, selepas Asar hingga sebelum Maghrib, hendaklah kita membaca doa akhir tahun dan selepas solat Maghrib, hendaklah kita membaca doa Awal tahun.

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"


DOA AWAL TAHUN
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".


p/s: Smoga tahun ni lebih baik dari tahun sebelumnya dalam menjalani kehidupan sebagai hamba-NYa

2 comments:

hasni said...

slmt tahun baru chan
amcam result
mest gmpak kan

Killer_Chan said...

result alhamdulillah ar. kak senior camne? musti ok nyer. kan? :)