Alhamdulillah, hari ini 24 Jun 2009, bersamaan dengan 1 Rejab 1430. ALLAH masih panjangkan umur kita utk bertemu lagi dengan bulan Rejab yang mulia.
Rejab merupakan bulan ketujuh dalam kalendar Islam yang penuh dengan kemuliaan. Pengertian Rejab itu sendiri menggambarkan keistimewaannya. Rejab bermakna kebesaran, keagungan atau kemuliaan.
Begitu banyak peristiwa yang berlaku didalam bulan Rejab, antaranya (yg aku masih ingat time blajo dulu. Hehe) ialah:
- Isra' dan Mi'raj
- Perang Tabuk
- Pembebasan Baitul-Muqaddis
- Lahirnya Imam Syafiee (Mazhab Syafiee)
- Hijrah pertama ke Habsyah
Tiada amalan khusus untuk bulan Rejab yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW yang dijumpai di dalam mana-mana hadis sohih. Walaupun begitu, hadis daif yang menerangkan bentuk amalan boleh diamalkan tetapi is tidak cukup kuat utk dibahaskan dan dipertahankan menurut sesetengah ulama’. Namun begitu ada pendapat yang meriwayatkan tentang fadilat-fadilat amalan sunat tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah Rejab. Pendapat ini adalah bersandar kepada hadis-hadis lemah dan mawdhu’.
Menurut Sheikh Atiyah Al-Saqr yang merupakan bekas Ketua Lujnah Fatwa Al-Azhar mengatakan bahawa setiap fadilat sesuatu perkara itu harus dilihat dari segi nas yg sahih dan beliau melihat bahawa hadis-hadis yg didatangkan mengenai fadilat didalam bulan Rejab kebanyakkannya adalah lemah dan palsu, katanya:
"Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberi fadilat kepada beberapa bulan dan tempat, tetapi tidak thabit untuk masa (zaman) dan untuk tempat melainkan dengan dalil yg qath'i (nyata) dan tidak thabit sehingga tidak mendusta keatas Nabi Muhammad SAW, dan banyak hadis-hadis timbul mengenai fadilat bulan Rejab, dimana statusnya antara Dha'if dan Mawdhu', dan tidak thabit dari pembawanya (naqal)."
Namun begitu, tiada salahnya jika kita ingin mengamalkan amalan seperti berpuasa, bertadarus al-Quran di bulan Rejab. Ini sebagai langkah persediaan sebelum menghadapi datangnya bulan Ramadhan al-Mubarak. Janganlah kita pertikaikan kelebihan atau fadilat-fadilat amalan di bulan Rejab kerana ini bukannya perkara utama dalam menjalankan ibadat sebaliknya kita keredhaan ALLAH lebih utama selain daripada ganjaran yang bakal DIA kurniakan. Hidup ini lebih indah dan bermakna jika mendapat keredhaan-NYA.
Yang dipersoalkan adalah kelebihan ataupun fadilat dalam menjalani ibadat-ibadat terutamanya puasa di bulan Rejab yang bersandarkan hadis yang lemah dan mawdhu’, bukannya menegah kita daripada berpuasa di bulan Rejab yang mulia ini.
Semoga kita berjaya menjadi umat yang terbaik. Insya ALLAH
Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Amal
No comments:
Post a Comment