Hari yang busy gak. Ptg tadi lepas solat jumaat terus ke pontian. Banyak kerja yang perlu diselesaikan. Huhu. Cuti sem x lame lagi dah nak abes. Uwaa…
Tadi khutbah jumaat ada menyebut mengenai ketua keluarga. Siapakah yang menjadi ketua dalam sesebuah keluarga? Sudah tentulah seorang bapa atau ayah yang menjadi ketua dalam sesebuah keluarga berdasarkan hadis Nabi SAW:
Jelas disini menunjukkan betapa pentingnya tanggungjawab yang dipikul oleh seorang ketua. Oleh itu, sewajarnya janganlah seorang bapa itu mengambil remeh akan hal keluarga. Jika seorang pemimpin itu menjalankan tanggungjawabnya dengan betul, maka sudah pasti tidak akan berlaku gejala sosial spt yang dapat kita lihat hari ini.
Jangan kita hanya fikir seronoknya membina rumahtangga bersama orang yang kita cintai sebaliknya, dalami dahulu ilmu. Ilmu rumahtangga. Ilmu bagaimana meminpin rumahtangga, ilmu menjadi suami yang soleh, ilmu menjadi seorang bapa yang terbaik yang dapat memimpin anak-anak ke jalan yang diredhai-NYA.
Aku terkejut apabila terserempak dengan sepasang couple dikedai buku. Bukan main mesra lagi. Mungkin diorang dah alah dengan pandangan umum. Tetapi apa yang mengejutkan aku ialah ayah si perempuan ada bersama. Seolah-olah ayah mereka merestui kelakuan mereka itu. Nauzubillah. Apa nak jadi dengan dunia ni? Kalau mereka ni dah berkahwin lain cerita. Sebab aku tau diorang ni Cuma x kenal rapat.
Alangkah bagusnya dan indahnya jika kita berjaya terapkan nilai-nilai ajaran Islam didalam keluarga. Jika anak-anak, isteri-isteri keluar dari rumah, mereka tahu menjaga adab kerana adanya “perisai” pada diri mereka iaitu Islam. Islam itu indah dan sempurna.
No comments:
Post a Comment