Followers

Showing posts with label Sports. Show all posts
Showing posts with label Sports. Show all posts

15 January 2010

Schumi, Mercedes GP & Petronas...


Schumacher yang berusia 41 tahun akhirnya kembali ke litar F1. Bukan sebagai penonton ataupun penasihat tetapi sebagai seorang pemandu F1! Ya, pemandu F1 untuk pasukan Mercedes GP Petronas. Ini menjadikan beliau pemandu F1 paling tua untuk musim 2010 akan datang yang pernah memenangi kejuaraan dunia yang paling banyak iaitu sebanyak 7 kali.


Mercedes berjaya menamat hati Schumacher yang sebelum ini dikhabarkan akan menyertai Ferrari kembali. Dilaporkan, Schumi ditawarkan kontrak yang SANGAT lumayan. Pergh mantap!


Petronas pula menjadi penaja bersama Mercedes. Ini akan melonjakkan nama Petronas di mata dunia. Syabas diucapkan. Seluruh dunia akan kenal Malaysia selepas ni.

p/s: X sabo nak tunggu F1 start. Malaysia pun ada team F1 sendiri, Lotus F1 Team. Musim yang sangat mencabar sebab semua pemandu dilengkapi dengan jentera sangat hebat dan juga rules baru yang dikenakan. Good Luck Schumi. :)

22 August 2009

Lagenda Olahraga Dunia


Usain Bolt a.k.a. "Thunder Bolt" sekali lagi berjaya membuktikan beliau sememangnya dilahirkan untuk berlari. 22/08/09 2:35am waktu Malaysia, atlit kelahiran Jamaica ini sekali lagi berjaya memecahkan rekod dunia miliknya dalam acara 200m.
Rekod dunia yang baru berusia setahun itu berjaya dipecahkan dengan catatan masa 19.19s. Ini menjadikan beliau seorang pelari yang digeruni dalam acara 100m dan 200m lelaki.

17 August 2009

World Fastest Man


Genap setahun yang lalu, Usain Bolt dari Jamaica berjaya memecahkan rekod Olimpik Beijing Ogos 2008 acara 100m dengan mencatat masa 9.69s.
Semalam, 16 Ogos 2009(17 Ogos waktu Malaysia, jam 3:35am), rekodnya telah berjaya dipecahkan oleh......dirinya sendiri dengan catatan masa 9.58s.
Ini sekali gus melenyapkan impian manusia bernama Tyson Gay dari USA yang begitu yakin mampu mengalahkan Bolt a.k.a. "lightning bolt". Kejayaan anak muda berusia 22 tahun dengan ketinggian 6 kaki 5 inci ini menjadikan beliau manusia terpantas di abad ini.
Cuba kita bayangkan apakah catatan masa yang mampu bolt catat pada 16 Ogos 2010 nanti?
Sama-sama kita nantikan adakah bolt akan terus menjadi lagenda dunia olahraga.