Followers

Showing posts with label Lawak Sengal. Show all posts
Showing posts with label Lawak Sengal. Show all posts

01 June 2010

Buat yang TERSAYANG sempena World Cup 2010



Untuk isteri / awek/ kekasih tersayang*,


Dimana saja berada

Ayang /Anja / Honey /Darling / Dinda / Intan payung / gunung berapi etc *

1. Seperti yang sedia maklum , abang setiap bulan terpaksa menghadapi perangai ayang yang berubah mengikut pasang surut bulan setiap bulan tanpa gagal. Abang selalu menjaga hati ayang tanpa gagal ketika kedatangan period ayang tanpa soal. Abang jaga ayang bagaikan menatang minyak yang penuh. Amat besarnya pengorbanan yang abang lakukan selama ini untuk menjaga kerukunan perhubungan kita yang telah bertapak sejak lama? Kini relakah ayang melakukan pengorbanan yang agak kecil terhadap abang?

2. Dr. Joseph Blatter dari Klinik FIFA telah mengesahkan yang abang akan mengalami period abang yang hanya berlaku 4 tahun sekali ini dari 11hb Jun 2010 hingga 11 Julai 2010. Kesan period ini mungkin akan berlanjutan sehingga seminggu selepas tarikh tersebut. Abang akan menghadapi masalah untuk tidur malam dan mungkin berjaga hingga ke awal pagi Untuk mengurangkan tekanan dan mood abang dalam tempoh tersebut, preskripsi dan cadangan di bawah ini telah disarankan :-

3. Dalam tempoh tersebut ayang dikehendaki sentiasa membaca berita sukan pada akhbar harian yang menfokus tentang Piala Dunia 2010 di South Africa. Jika ayang gagal melakukan perkara ini, ayang mungkin rasa terabai jika tidak dapat berkomunikasi dengan baik dengan abang pada masa tersebut. Oleh itu ayang janganlah komplen jika rasa diri diabaikan dalam masa period ini.

4. Dalam tempoh period abang ini adalah dimaklumkan bahawa ayang akan diberi kebebasan untuk menonton rancangan tv kegemaran ayang dari bermula dari 6 pagi hingga ke 9 malam. Manakala dari 9 malam ke 6 pagi, abang yang akan memegang remote control dan hak memilih chanel yang digemari. Ayang dilarang sama sekali menjerling ke arah remote control pada masa tersebut.

5. Jika ayang terpaksa melintasi di hadapan tv di waktu tersebut, ayang hendaklah tunggu sehingga masa rehat atau commercial break ataupun merangkak perlahan-lahan agar tidak menganggu konsentrasi abang.

6. Semasa perlawanan langsung disiarkan, abang seakan buta, pekak dan juga bisu kecuali bila abang memerlukan pertolongan ayang untuk membuat air atau mengambil makanan ringan. Kasih sayang abang akan bertambah kepada ayang jika ayang sentiasa memastikan makanan ringan sentiasa tersedia untuk abang semasa perlawanan berlangsung.

7. Ayang adalah dialu-alukan untuk duduk dan menikmati perlawanan bersama abang tetapi ayang hanya boleh bercakap semasa half time atau commercial break. Ayang dilarang sama sekali menggoda abang pada masa ini terutama jika pasukan yang abang sokong sedang ketinggalan atau berada diambang kekalahan.

8. Replay untuk setiap gol yang dijaringkan adalah amat penting. Berapa kali replay disiarkan abang tetap mau melihatnya. Ayang tak perlu merungut mengata bahwa gol tu dah tengok kenapa nak tengok lagi?

9. Ayang perlu memberitau saudara mara atau rakan karib bahwa jemputan ke jamuan atau kenduri yang diadakan selepas 9 malam ke atas yang memerlukan kehadiran abang tidak dapat dipenuhi kerana abang tak nak pergi.

10. Jika kawan abang menjemput kita ke rumah mereka untuk menyaksikan perlawanan langsung bersama-sama, maka ayang perlu bersiap sedia dengan kadar segera?

11. Selepas period abang ini abih..ayang dilarang merungut :
nasib baik world cup 4 tahun sekali jer? kerana abang telah immune dengan rungutan tersebut dan juga selepas period ini akan ada pula English League, Italian League, UEFA League, Piala Malaysia dan lain-lain.

12. Atas kerjasama dan timbang rasa ayang ini, jika pasukan yang abang sokong menang piala dunia atau player yang abang sokong menang kasut atau bola emas..pandai-pandai la ayang bodek abang untuk dapatkan hadiah?. Jika sebaliknya? hendaklah ayang turut berduka?.

13. Akhirkata. Majulah sukan untuk negara!.


Abang yang sentiasa menyayangimu walaupun period ayang datang setiap bulan.


Suami / bf / kekasih yang tersayang *

* potong mana yang tidak berkenaan.


Aku~Go SPAIN go!

17 April 2010

SALAH SIAPA???

Salah siapa ni?

Salah cikgu MATEMATIK atau salah cikgu BAHASA???




Aku~~Bkn salah ibu mengandung. Huhu

30 March 2010

10 SEBAB CUCI MOTOR LEBIH BAIK DARI BERKHALWAT


Seorang mat rempit yang baik hati telah sudi berkongsi sebab kenapa dia rajin benar membelai motor dia. Jom layan tips yang dikongsi:

1- Cuci motor boleh dilakukan depan kawan-kawan tanpa merasa malu dan bersalah.

2 - Masa sedang asyik menggosok dada motor tak perlu tengok-tengok kiri kanan.

3 - Motor tak merengek-rengek masa ia mula basah dan licin oleh sabun.

4 - Boleh tangguh beberapa minit, pergi sambut telefon, makan nasi, pergi tandas, hisap rokok tanpa sesiapa yang tak puas hati.

5 - Tak perlu pujuk-pujuk dan berjanji untuk bertanggung jawab sekiranya hendak mula mencuci motor.

6 - Lepas cuci boleh naik dan henjut-henjut serta tunggang-tunggang dalam sebarang posisi tanpa emak atau JPJ tegur sekiranya belum dihidupkan enjin.

7 - Tak perlu bersusah payah mencari tempat tersembunyi, depan rumah atau di stesyen minyak pun boleh.

8 - Nak pancut air sepuas-puasnya dalam atau luar enjin tiada yang larang.

9 - Nak buat setiap hari lagi digalakkan, malah dipuji oleh kawan-kawan. Majikan tidak akan memecat anda.

10 - Jika kebetulan tok kadi dan ketua kampung melintas, anda boleh menegur dengan senang hati dan mempelawa mereka mencuci motor

p/s : ini adalah lawak semata2. Tak perlu ambil serius..


Aku~~Bley suggest kt JAKIM gini. Kita wat kempen Jom Cuci Motor..... **Lama x cuci superbike aku

21 March 2010

Lewat Sebulan

Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, "Abang,period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor."

Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gembira ini sehingga ianya benar2 pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini didatangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakkan dalam pembayaran bil elektrik rumah mereka. Pegawai TNB tu pun berkata " ini rumah En. Mahfuz ker?" "Iya, saya ni isterinya. Ada apa encik"

Pegawai TNB tu pun berkata, "Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah."

Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu."APA??? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat???"

Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab "Ala puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online"

Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut. "APAAA???? Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu??? "

Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan "Relax puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan"

Si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata, nanti saya bincang dengan suami saya..lalau pegawai TNB tu pun beredar dari situ..

Keesokkan harinya, selepas si Mahfuz ini di beritahu oleh isterinya, dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yg berdekatan..

Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ, dia pun memekik seraya berkata "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh2 ke dalam internet. Awak ni semua yg berkeluarga tak pernah lewat
sebulan kerrrr????!! Bisness apa korang buat niii?? Nak kena saman kerr???


Lalu pegawai yg datang kerumah si Mahfuz ni berdiri dan mententeramkan keadaan. "Sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si mahfuz naik berang.

"APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh...."

Lalu pegawai TNB tu pun cakap "Kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik punya....... ...."

Si Mahfuz mencelah "Apa??? Potong??? Abih tu isteri saya di rumah nak pakai apaaaaaa???

Pegawai TNB tu pun cakap "Nampak gayanye..ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN AJERRRLAAAAAAAA"

???????????? ???????.. .........

Aku~~Adoilah. Mcm ini Punya orang pun ada. Bahasa Budaya Bangsa

14 March 2010

Salt Story


This incident happend on air....

Yasmin Yusof, a DJ on Radio 4 asked listeners on her radio program to call to answer trivia questions. The first caller to give the correct answer would get a prize from the sponsor.

She asked:
"Can anyone out there tell me the household name of Sodium Chloride"

A caller who is a housewife called up eager to answer the question. Not knowing the answer to the question, she asked Yasmin for a clue.

"Something you put on your husbands eggs in the morning." she said.

The lady confidently said : "Talcum powder".

Yasmin Yusof did not return to the air until after a few songs!




Aku~~Errrkkkk.....(O,o)

11 March 2010

Tllg angkat sikit kain tu, saya nak ambik gambar....

Nizam baru lepas tangkap gambar di kedai yang berhampiran dengan rumahnya.
Sekarang, dia cuma perlu menaiki bas untuk ke Jabatan Imigresen supaya dia dapat membuat pasport baru untuk dirinya.

Setelah hampir sejam menunggu di perhentian bas, bas pun tiba. Nizam naik dan disebabkan bas itu penuh sesak, Nizam mengambil keputusan untuk berdiri sahaja sambil tangannya memegang gambar yang baru diambilnya di kedai tadi.

Tiba-tiba, bas itu brek mengejut. Nizam terlepas gambarnya itu lalu jatuh ke bawah tempat duduk penumpang.

Nizam tunduk dan mencari gambarnya itu tadi. Bila dia nampak gambar tadi berada di bawah tempat duduk seorang penumpang, Nizam berkata,

“Kak… Boleh tolong angkat sikit kain akak tu tak? Saya nak ambik gambar…”

Aku~~Ada gak yang dapat penampo free. Hahaha

26 February 2010

Food Shortage

A world wide survey was conducted by the UN. The only question asked was:

'Would you please give your honest opinion about solutions to the food shortage in the rest of the world?'

The survey was a huge failure,

In Africa they didn't know what 'food' meant,
In India they didn't know what 'honest' meant,
In Europe they didn't know what 'shortage' meant,
In China they didn't know what 'opinion' meant,
In the Middle East they didn't know what 'solution' meant,
In South America they didn't know what 'please' meant,

AND.... in the USA they didn't know what 'the rest of the world' meant!

Aku:US mane tau pape pasal negara lain. Diorg anggap kita ni tnggal atas pokok lagi!!!!!

23 February 2010

I Have One

I have one
You have one
Your mother uses your father's one
And your auntie uses your uncle's one
A married lady would acquire one
But a divorced lady would lose her one
Arnold Schwarzenneger has a longer one
Michael J. Fox has a shorter one
Madonna doesn't have one
The Chinese usually have short ones
While the Indian usually have long ones
Do you have one?
How long is your one?
Which one is your preferred one?
what you are thinking of?
go down......
?.
?.
?.
?.
?.
?.
?.
?.
?.
?.
?.
?.
?.
?.
Answer : its your Surname, what else? !!!!!

Did you laugh?

Aku: Hahaha

05 February 2010

Do U Have The Answer???


1.Why is it that when someone tells you that there are over a billion stars in the universe, you believe them, but if they tell you there is wet paint somewhere, you have to touch it to make sure?
2.If quizzes are quizzical, what are tests?
3.Is French kissing in France just called kissing?
4.Why do we press the start button to turn off the computer?
5.Can you cry under water?
6.Why do superheros wear their underwear on the outside of their clothes?
7.In some books, why do they have blank pages at the very end?
8.Why can't donuts be square?
9.Why do people never say "it's only a game" when they're winning?
10.If London Bridge is standing why is there a song about it falling down?
11.Is it rude for a deaf person to talk (sign) with their mouth full of food?
12.Do dentists go to other dentists or do they just do it themselves?
13.Why doesn't McDonald's sell hotdogs?


p/s: Naseb baek final exam xde soklan cenggini. Huhu

15 January 2010

Why I Fired My Secretary...

Last week was my birthday and I didn't feel very well waking up on that morning.

I went downstairs for breakfast hoping my wife would be pleasant and say,
"Happy Birthday!", and possibly have a small present for me.

As it turned out, she barely said good morning, let alone " Happy
Birthday."

I thought...

Well, that's marriage for you, but the kids... They will remember.

My kids came bounding down stairs to breakfast and didn't say a word. So when I left for the office, I felt pretty low and somewhat despondent.

As I walked into my office, my secretary Jane said, "Good Morning Boss, and by the way Happy Birthday!". It felt a little better that at least someone had remembered.

I worked until one o'clock , when Jane knocked on my door and said,
"You know, It's such a beautiful day outside, and it is your Birthday, what do you say we go out to lunch, just you and me."
I said, "Thanks, Jane, that's the greatest thing I've heard all day. Let's go !"

We went to lunch. But we didn't go where we normally would go. She chose instead at a quiet bistro with a private table. We had two martinis each and I enjoyed the meal tremendously.

On the way back to the office, Jane said, "You know, It's such a beautiful day... We don't need to go straight back to the office, Do We ?"

I responded, "I guess not. What do you have in mind ?"
She said, "Let's drop by my apartment, it's just around the corner."

After arriving at her apartment, Jane turned to me and said, " Boss, if you don't mind, I'm going to step into the bedroom for just a moment. I'll be right back." "Ok." I nervously replied.

She went into the bedroom and, after a couple of minutes, she came out carrying a huge birthday cake ... Followed by my wife, my kids, and dozens of my friends and co-workers, all singing "Happy Birthday".


And I just sat there...







On the couch...












Naked.

p/s: Kantoi curang! Adoiyai

13 January 2010

Pak Mentua VS Menantu

Kamal baru sahaja berkahwin. Kerana tidak mempunyai rumah, dia terpaksa menumpang di rumah bapa mertuanya. Malangnya, ada sesuatu yang tidak kena. Kamal ni kuat sangat makan. Bapa mertuanya selalu merungut. Beras 20 kg, tak sampai seminggu dah habis. Selalu tak macam ini.

Sejak Kamal duduk di rumahnya... cepat sangat barang-barang dapur habis. Kamal betul - betul menghabiskan borehhh... Kebaikan Kamal pula ialah, dia ni alim sikit. Tak pernah tinggal sembahyang. Malangnya bapa mertuanya tak pulak begitu... Waktu maghrib seronok depan tv tengok Bella... lepas
tu sambung tengok berita... lepas tu makan... lepas tu tidur..esok bangun pukul 8... pergi kedai kopi... bersembang, sampai tengahari. Balik makan, kemudian tidur... petang pergi kedai kopi lagi... main dam, berborak mengalahkan orang politik. Kerana sama-sama ada kekurangan ni lah yang menyebabkan si menantu tak berani menasihati bapa mertua, dan bapa mertua tak berani memarahi anak menantu yang kuat makan.

Tetapi dia terus mencari idea... macam mana nak kenakan si Kamal ni.. Bengang betul dia... dah lah tak kerja... melantak kuat pulak tu... Suatu hari dia dapat idea... nak kenakan Kamal.. "Kamal, mari kita main dam haji... " katanya kepada Kamal... "Boleh juga... " kata Kamal tanpa mensyaki sesuatu. Bila sahaja bermain, dia sengaja membiarkan buah damnya dimakan oleh Kamal... Dia hulur, Kamal makan, hulur lagi... Kamal makan lagi... hulur lagi makan lagi, dan lagi... dan lagi... . " Eh ko ni Kamal... kuat betul makan laa... . agak-agaklaa... " katanya tersenyum.. "Alamak bapak mertua aku ni perli aku ni... mentang-mentang aku kuat makan" fikirnya dalam hati... tapi tak apa...Mereka bermain set kedua... Bapa mertuanya hulur... dia tak makan... hulur lagi, tak makan juga... kena tangkap... tak macam set pertama... dia dah bijak sikit... Bila tak makan, mestilah kena tangkap... (sesiapa tak tahu main dam
haji tentu tak faham cerita ini... )... kemudian bapa mertuanya dapat melangkah hingga ke haji... Apa lagi... . "Ehh orang tak pernah sembahyang pun boleh pergi haji ke... ? Merah padam muka bapa mertuanya... dia nak perli anak menantunya, tetapi dia yang terkena...

p/s: Mcm siud pn ada gak. Hahaks

03 January 2010

Kisah Email

Seorang wanita memohon jawatan tukang sapu di MSC Cyberjaya. Pegawai di situ telah mengadakan temuduga dan meminta wanita itu menunjukkan caranya membersih lantai.. Lalu dia mengatakan “Anda diterima bekerja, berikan emailanda, kami akan mengirim maklumat yang diperlukan.” Wanita itu menyatakan yang dia tidak memiliki komputer dan juga email. Penemuduga terus mengatakan bahawa tanpa email.. wanita itu tidak boleh diambil sebagai pekerja.

Wanita itu menerima keputusan itu dengan rasa kecewa dan hanya memiliki RM10. lalu dia pergi ke Supermarket terdekat dan membeli 10 kg sayur. Lalu dijualnya sayur tersebut dari pintu ke pintu dan habis dalam masa 2 jam saja. Dia mendapat untung sekali ganda.. Lalu diulanginya kerja tersebut dan menjadikannya sebagai pekerjaan tetapnya.. Setelah beberapa waktu.. dia mampu membeli Lamborghini dan mengembangkan perniagaannya dengan membuka beberapa supermarket di sekitar Kuala Lumpur.

Suatu hari.. dia terlintas untuk mengambil insuran untuk diri dan keluarganya… Dipanggilnya penjual insuran datang kepejabatnya…. Setelah bersetuju… Penjual insuran berkata.. “Minta email Puan…” “Oh.. maaf saya tidak ada komputer dan email” jawab wanita itu.

Penjual Insuran terkejut dan berkata “Aneh.. Puan mempunyai perniagaan yang besar, tapi tidak mempunyai komputer dan email. Bayangkan apa yang Puan boleh lakukan jika Puan memiliki komputer dan email.” Wanita itu menjawab: “Jadi tukang Sapu di MSC Cyberjaya”

01 January 2010

Twist Your Tongue 2


12. We surely shall see the sun shine shortly. Whether the weather be fine, Or whether the weather be not, Whether the weather be cold Or whether the weather be hot, We’ll weather the weather Whatever the weather, Whether we like it or not. watch? Whether the weather is hot. Whether the weather is cold. Whether the weather is either or not. It is whether we like it or not.

13. Nine nice night nurses nursing nicely.

14. If you tell Tom to tell a tongue-twister his tongue will be twisted as tongue-twister twists tongues.

15. Mr. See owned a saw.And Mr. Soar owned a seesaw. Now See’s saw sawed Soar’s seesaw Before Soar saw See, Which made Soar sore. Had Soar seen See’s saw Before See sawed Soar’s seesaw, See’s saw would not have sawed Soar’s seesaw. So See’s saw sawed Soar’s seesaw. But it was sad to see Soar so sore Just because See’s saw sawed Soar’s seesaw.

16. All I want is a proper cup of coffee Made in a proper copper coffee pot. You can believe it or not, But I just want a cup of coffee In a proper coffee pot. Tin coffee pots Or iron coffee pots Are of no use to me. If I can’t have A proper cup of coffee In a proper copper coffee pot, I’ll have a cup of tea!

17. Amidst the mists and coldest frosts, with stoutest wrists and loudest boasts, he thrusts his fist against the posts and still insists he sees the ghosts.

18. As he gobbled the cakes on his plate, the greedy ape said as he ate, the greener green grapes are, the keener keen apes are to gobble green grape cakes,
they’re great!

19. Betty Botter had some butter, “But,” she said, “This butter’s bitter. If I bake this bitter butter, it would make my batter bitter. But a bit of better butter that would make my batter better.” So she bought a bit of butter, better than her bitter butter,and she baked it in her batter, and the batter was not bitter. So ’twas better Betty Botter bought a bit of better butter.

20. Big black bugs bleed blue black blood but baby black bugs bleed blue blood.

21. A bitter biting bittern Bit a better brother bittern, And the bitter better bittern Bit the bitter biter back. And the bitter bittern, bitten, By the better bitten bittern, Said: “I’m a bitter biter bit, alack!”

22. Bobby Bippy bought a bat. Bobby Bippy bought a ball. With his bat Bob banged the ball Banged it bump against the wall But so boldly Bobby banged it That he burst his rubber ball “”Boo!”" cried Bobby Bad luck ball Bad luck Bobby, bad luck ball Now to drown his many troubles Bobby Bippy’s blowing bubbles.

23. The bottle of perfume that Willy sent was highly displeasing to Millicent. Her thanks were so cold that they quarreled, I’m told o’er that silly scent Willy sent Millicent.

24. But a harder thing still to do. What a to do to die today At a quarter or two to two. A terrible difficult thing to say but a harder thing still to do. The dragon will come at the beat of the drum With a rat-a-tat-tat a-tat-tat a-tat-to At a quarter or two to two today, At a quarter or two to two.

25. Can you imagine an imaginary menagerie manager imagining managing an imaginary menagerie?

26. Come, come, Stay calm, stay calm, No need for alarm,It only hums, It doesn’t harm.

27. A flea and a fly in a flue Said the fly “Oh what should we do” Said the flea” Let us fly Said the fly “Let us flee” So they flew through a flaw in the flue

p/s: Haha. Terbelit2 lidahku

30 December 2009

Twist Your Tongue 1

1. If you understand, say “understand”.If you don’t understand, say “don’t
understand”. But if you understand and say “don’t understand”.How do I understand that you understand? Understand!

2. I wish to wish the wish you wish to wish, but if you wish the wish the witch wishes, I won’t wish the wish you wish to wish.

3. Sounding by sound is a sound method of sounding sounds.

4. A sailor went to sea to see, what he could see. And all he could see was sea, sea, sea.

5. Purple Paper People, Purple Paper People, Purple Paper People

6. If two witches were watching two watches, which witch would watch which watch?

7. I thought a thought.But the thought I thought wasn’t the thought I thought I thought. If the thought I thought I thought had been the thought I thought, I wouldn’t have thought so much.

8. Once a fellow met a fellow In a field of beans. Said a fellow to a fellow, “If a fellow asks a fellow, Can a fellow tell a fellow What a fellow means?”

9. Mr Inside went over to see Mr Outside. Mr Inside stood outside and called to Mr Outside inside. Mr Outside answered Mr Inside from inside and Told Mr Inside to come inside. Mr Inside said “NO”, and told Mr Outside to come outside. Mr Outside and Mr Inside argued from inside and outside about going outside or coming inside. Finally, Mr Outside coaxed Mr Inside to come inside, then both Mr Outside and Mr Inside went outside to the riverside.

10. The owner of the inside inn was inside his inside inn with his inside
outside his inside inn.

11. If one doctor doctors another doctor does the doctor who doctors the doctor doctor the doctor the way the doctor he is doctoring doctors? Or does the doctor doctor the way the doctor who doctors doctors? “When a doctor falls ill another doctor doctor’s the doctor. Does the doctor doctoring the doctor doctor the doctor in his own way or does the doctor doctoring the doctor doctors the doctor in the doctor’s way”


p/s: aduh lidah aku dah tersimpul manuk ni.

19 November 2009

Calon Isteri Mengikut Pekerjaan – 18sx

Ceritanya begini, suatu hari di Kampung Melayu Majidee, JB ada seorang ibu yang gusar kerana anak sulung lelakinya tak kawin-kawin lagi, so satu hari, si ibu pon bawakla calon-calon yang dirasakan sesuai untuk menjadi bakal menantunya, dia pun menjemput kesemuanya kedalam rumahnya. Lalu memanggil anak sulong lelakinya untuk memilih kut yang mana-mana dia berkenan.

CALON PERTAMA:
Pekerjaan : Operator Telefon
“Ala Mak…nih tak syiioookkkk….dia nih selalu cakap:
SILA TUNGGU SEBENTAR,TUNGGU SEBENTAR”

CALON KEDUA:
Ciri-ciri : Kulit sawa matang, mata bulat dan besar,badan 100% bergetah, Bodynya just nice
Pekerjaan : Setiausaha
Lalu sianak lelaki berkata “Nih lagi tak syyiiiooookkkk…asyik-asyik
HARAP BERSABAR…BERSABAR”
Siibu pon gelisah kerana kebanyakkan calon yang ditunjukkan tidak memenuhi kriteria anak lelakinya… lalu dia pon menjemput calon terakhir.

CALON TERAKHIR:
Ciri-ciri : Kulit gelap-gelita,mata sepet sikit, badan 99.99999% bergetah, Bodynya kurang memuaskan
Pekerjaan : Guru.
Tanpa segan silu dan memikir panjang lalu si anak lelaki ini bersetuju untuk memilih calon ini. Lalu si ibu pon pening kepala lalu bertanya kepada anak lelakinya mengapa dipilih calon ini. Lalu anaknya pun memberitahu… “Hah! mak nih la syyiookkk sikit…kalau cikgu best sikit..pasal dia selalu cakap
ULANG SEKALI LAGI, BUAT BANYAK-BANYAK, SALAH NIH,BUAT MACAM NIH 10 KALI LAGI, TERUSKAN..HAH..TERUSKAN DAH BETUL TUH…”

Tiba-tiba adik lelaki tersebut yang berumur 20 tahun menyampuk plak…
“Bang!!!….Konduktor bas lagi bagus bang…. Diorang selalu cakap….
“NAIK CEPAT, NAIK CEPAT…MASUK,MASUK...MASUK LAGI, DALAM LAGI..DALAM LAGILAAAAHHHHHHHHHHHHHH, MASUK BELAKANG...BELAKANG LAGI,LAGI BELAKANG SANA…BELAKANG BANYAK KOSONG!

11 October 2009

Saya sukakan awak

Kring… Kring…

Perempuan: Hello.

Lelaki: Salam dan Hi. Ni Izzat ni. Sha, tengah buat apa tu?

Perempuan: Hmm…

Lelaki: Takpela, sori kacau… saya cuma nak bagitau awak sesuatu…

Perempuan: Saya…

Lelaki: Sekejap ya, maafla ambil masa awak… Tapi ada sesuatu yang perlu saya cakap… Nak buat pengakuan sebenarnya…

Perempuan: Tapi kan, saya…

Lelaki: Ya2… Jangan la layan saya macam ni .Saya dah banyak kali usaha nak dapatkan nombor awak daripada kawan2 saya ni. Nak telefon awak ni pun saya pun dah banyak kali fikir. Akhirnnya barulah ada keberanian nak telefon awak.

Perempuan: Oh. Ya ke? Hmm…

Lelaki: Sebenarnye saye dah lama suka awak. Mungkin awak tak kenal siapa saya dan tak pernah menyedari kewujudan saya. Tapi saya dah lama perhatikan awak. Sejak dari mula saya kenal awak lagi. Saya dah jatuh hati pada awak. Bukannya saya tertarik pada kecantikan awak walaupun saya tak nafikan awak memang cantik dan menjadi kegilaan ramai. Tapi gaya awak, yang membuatkan hati saya terpikat. Sopan penampilan, lembut tutur kata, dan baik hati budi. Mungkin saya terlalu terus terang tapi kalau saya tak cakap hari ni sampai bila2 pun tak…

Perempuan: Oh Izzat. Awk sungguh baik untuk berterus terang begini, tapi kan…

Lelaki: Kenapa Sha? Kenapa? Awak tidak sukakah cara saya? Atau awak tidak suka saya? Mungkin kerana awak tidak kenal saya. Tapi Sha, saya betul2 sukakan awak. Awak bagaikan teman yang telah lama saya impikan. Teman yang boleh mengisi kekosongan hati saya. Saya tak pernah rasa suka pada seseorang seperti saya sukakan awak sekarang.Awak bagaikan bidadari kepada saya. Rasa sangat bahagia jika ada awak disamping saya. Awaklah permaisuri di hati saya yang memang saya tunggu-tunggu…

Perempuan: Bukannya begitu maksud saya tapi… Sukar utk saya katakan, tapi saya…

Lelaki: Awak dah berpunya? Hati awak sudah menjadi milik org lain? Tak mengapa Sha. Saya faham. Sesungguhnya saye rela menunggu awak kerana saya percaya jika ada jodoh antara kita maka kita pasti bersama. Kalau awak katakan awak tidak mahu berkapel, saya juga begitu. Bukan niat saye untuk bercinta macam orang lain. Saya tidak mahu begitu kerana itu menjurus ke arah maksiat. Saya tahu awak perempuan yg baik, tak mungkin saya mempersiakan awak. Wanita dijadikan daripada rusuk lelaki, untuk berada di sisi. Saya faham itu. Saya benar2 ingin jadikan awak teman hidup saya. Tapi mungkin saya tidak sempurna kerana saya hanyalah manusia. Tapi saya harap awak dapat terima saya seadanya, kerana itulah sebenarnya cinta.

Perempuan: Izzat. Sebenarnya apa yang awak katakan itu betul. Mana2 wanita yg mendengar tutur kata awak ni pasti terpikat dengan keikhlasan dan keberanian awk. Tapi berat untuk saya katakan, saya sebenarnye BUKAN SHA. AWAK DAH SALAH NOMBOR NI!

p/s: Adoiyai. Bengang giler!!!

02 October 2009

Anak yang berdoa

Seorang bapa terdengar anaknya berdoa

"Ya Allah, selamatkanlah Ayah, Ibu dan Nenek... Selamat tinggal Atuk," anaknya berdoa sambil teresak-esak.

Bapa anak itu tidak faham akan doa tersebut. Sehinggalah keesokan harinya dia mendapat tahu bapanya yakni Atuk anaknya telah meninggal dunia kerana serangan jantung.

Pada malam berikutnya anaknya berdoa lagi "Ya Allah, peliharalah ayah dan ibu... selamat tinggal nenek,".

Bapa anak itu berasa terkejut. Adakah mungkin esok nenek anaknya itu akan meninggal dunia?. Apa yang ditakuti oleh bapa anak itu menjadi kenyataan. Esoknya ibunya (nenek anaknya) telah disahkan meninggal dunia kerana terjatuh di bilik air.

Kemudian pada malam berikutnya pula anaknya masih berdoa lagi. "Ya Allah, selamatkanlah ibuku... Selamat tinggal ayah..." kata anaknya sambil menangis.
Bapa anak itu sepanjang malam tidak dapat melelapkan mata. Kemudian pada esoknya dia pergi membuat pemeriksaan perubatan dengan Doktor Pakar. Dia disahkan sihat dan tidak mempunyai penyakit kronik. Bapa anak itu kemudian pulang dengan membawa kereta dengan perlahan dan begitu berhati-hati bimbang akan kemakbulan doa anaknya itu.

Sampai sahaja di rumah dilihatnya ramai orang termasuk pihak masjid ada di rumahnya.

"Abang kemana? Semua orang sibuk nak uruskan jenazah ni" soal isterinya.

"Siapa meninggal?" Soalnya pula.

"Pak Majid tukang kebun kita tu..." ujar isterinya sambil menangis meratap seolah baru kematian suami.

"Kenapa Pak Majid meninggal... Bukan diriku ini?" kata 'bapa' anak itu dalam hati.

15 September 2009

Pantun Raya Mengikut Negeri

Mari kita berpantun ikut negeri masing-masing. Hehe

Kelantan
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor
Cenggitu cenggini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Kedah
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Perlis
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

p/s: Cayalah orang johor. Haha

08 September 2009

Apa perkara paling cepat berlaku?

Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari
beribu permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya.

Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak sekaya Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice).

Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun
mula berkata:

"Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini. Soalannya adalah apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?" tanya CEO tersebut.

Calon pertama berkata "FIKIRAN , kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari"

"Bagus, satu jawapan yang baik" kata CEO tadi. "Kamu pula?" tanyanya kepada calon kedua.

"KELIP MATA, kerana tanpa kita sedari, sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip" jawab calon kedua.

"Satu jawapan yang sangat baik, lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan" kata CEO itu. "Bagaimana kamu pula?" tanya CEO kepada calon ketiga.

"Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas" jawab calon ketiga.

"Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula dengan kamu?" CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi.

"Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT " jawab calon keempat dengan yakin sekali.

"Haaa...!!! CIRIT-BIRIT???? Kamu ni tak serius langsung, macamana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni?" CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi.

"Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR, KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah.............."

Akhirnya, calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan.

p/s: Ada ke interview gini ek? Wakakaka

29 August 2009

Cara Berfikir

Dalam kelas, cikgu tadika tanya soalan, " Ada 3 ekor burung di atas pokok.
Seekor ditembak pemburu, berapa ekor lagi tinggal di atas pokok?"

Adik Mat angkat tangan dan jawab, "Kosong cikgu". "Kenapa kosong Mat?" tanya
cikgu.

"Sebab 2 ekor lagi tu mesti laa terbang lari cikgu."

"Salah! Jawapannya tentulah 2 Mat, 3 tolak 1 sama dengan 2. Tapi cikgu suka
cara kamu berfikir".

Sehabis kelas, Cikgu belanja Adik Mat makan aiskrim. Adik Mat tetiba
bertanya, "Cikgu, ada 3 orang perempuan makan aiskrim. Satu tu style telan
semua sekaligus, satu lagi gigit sikit2, dan satu lagi jilat keliling dulu
dan kulum aiskrim sampai habis. Cuma satu je antara tiga tu yang dah kawin,
yang mana satu cikgu?"

Tergamam cikgu dengan soalan Adik Mat. Cuba berlagak neutral cikgu
menjawab, "Yang jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis tu kot".
"Salah cikgu, yang pakai cincin kahwin laa yang dah kahwin. Tapi takpe, saya
suka cara cikgu berfikir"