Followers

27 February 2010

Hari Sabtu yang serabut

Hari ni byk sgt keje nak kena buat. Adoi. Serabut btol. Haha. Bkn pe, mcm terkejar2 den nak buat sumenye. Kena slow2, plan btol2. Yang penting, semuanya berjaya disetelkan dalam masa 24 jam ni. Nak hari sabtu ni penuh dgn aktiviti yang aku perlu setelkan.

Yang paling best, arini Netbook HP aku dh berjaya di-install dgn Windows 7.Mcm best jek features compared to Windows Vista. Hopefully xde masalah ar. Maklumlah, laptop comel sgt. Adoiyai. Bley plak tgh byk keje aku p install netbook dengan Windows 7. Haha. Tapi papehal mcm puas ati jek stkt ni. Xtau akan dtg camne OS ni. Huhuhu

Wifi connection nampak seperti stabil pagi ni setelah BEBERAPA ARI XDE CONNECTION. Dapat aku download pelbagai software yng penting2. Wohoo...

Chow~~

Aku~~Makcik dining, masak yang best2 n sedap sket arini. Lapau. Saya perlukan protein utk jana tenaga dan minda nak buat keje ni. Hehe

26 February 2010

Maulidur Rasul

Alhamdulillah arini, 12 Rabiul Awal bersamaan dengan 26 Februari 2010. Pada tarikh inilah junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W. yang mulia dilahirkan ke dunia ini. Peristiwa bersejarah yang berlaku lebih dari 1400 tahun yang lalu. Arini disambut dgn penuh gembira lagi2 kat Malaysia ni.

Sebab pe?

Sebab dapat cuti. Itu je ke yang korang tau? Asal Maulidur Rasul jek cuti. Ish3.

Sebagai umat Islam, kita seharusnya tahu, paham dan hayati sejarah perjuangan Nabi kita. Bagaimana perwatakan, kehidupan baginda S.A.W. Kita kena pikir mcmne nak idupkan dan terapkan semangat Nabi Muhammad dalam kehidupan kita atau lebih dikenali sebagai sunnah.

Kita hendaklah mencintai Nabi Muhammad S.A.W. lebih dari kita mencintai diri kita, lebih dari kita mencintai ibu bapa kita, lebih dari mencintai segala yang kita cintai selepas kita mencintai Allah SWT. Dalam khutbah tadi pun ckp benda yang sama, dalam ceramah mlm tadi pun cakap benda yang sama. Tapi apa tindakan yang kita dah amek utk cintai Rasulullah?

Cube Renung dan tanya diri kita....

Aku~~Dalam Sunnah ada kejayaan