Followers

19 May 2009

Genggam Islam Seperti Genggam Bara Api



Nabi bersabda:

“ Akan datang pada suatu zaman dimana manusia akan memegang agama Islam seperti menggenggam bara api ”

Yang dimaksudkan disini ialah zaman yang penuh mencabar sehingga sesiapa yang ingin mengamalkan agamanya terpaksa menghadapi ancaman dan tentangan yang sangat hebat. Jika ia tidak bersungguh-sungguh nescaya agama akan terlepas dari genggamannya. Para ulama menyimpulkan inilah zaman yang dikatakan oleh baginda SAW.

Orang Islam dan orang yang memegang Islam adalah suatu kelompok yang sangat-sangat berbeza. Orang Islam ramai, mudah kita nak jumpa tapi untuk mencari orang yang memegang dan mengamalkan Islam amat payah. Berapa ramai yang masa lahir dicukurkan kepala, ditahnik, diazan ditelinga kanan dan diiqamatkan ditelinga kiri tetapi apabila besar dialah orang yang menentang hukum- hakam Islam, menolak segala fatwa yang dikeluarkan oleh mufti-mufti seolah-olah mempersendakan ajaran Islam itu sendiri.

Firman ALLAH SWT:

“ Wahai orang-orang beriman, sesungguhnya sebahagian daripada isteri-isteri kamu dan sebahagian daripada anak-anak kamu adalah musuh kamu. Hendaklah kamu berhati-hati dengan mereka. “

Yang dikatakan disini adalah sebahagian bukannya semua. Dapat dilihat disini, belum datang anasir dari luar lagi tapi anasir dari dalaman. Apa yang kita perlu buat? Hendaklah kita berhati-hati dan banyakkan amal doa yang Nabi SAW ajarkan kepada kita…

Robbana hablana min azwajina wa zurriyatina qurratu a’yun wajaalna lil muttaki na imama

Barulah anak-anak dan isteri kita menjadi penyejuk mata kita. Barulah mudah kita nak mengamalkan Islam. Berapa ramai pegawai-pegawai yang duduk dikerusi besar, yang dapat projek berjuta-juta tapi dapat hadir ke masjid-masjid? Jika adapun itulah org yang telah dipilih oleh ALLAH SWT.

Cube kita tgk arini kat bandar-bandar, shopping complex kita nampak orang yang memakai jubah dan serban. Semacam kita tgk. Btol x? Tapi cube kite ternampak pulak perempuan yang memakai baju ketat, skirt. Pandangan kita jadi biasa. Siap boleh kita kenyit mata lagi. Seolah-olah itu pandangan normal.

Takut-takut kita terlucut agama kita tanpa sedar. Terlucutnya agama bukannya seperti terlucutnya seluar. Seluar kita terlucut, kita sedar. Cepat-cepat kita betulkan. Tapi benda yang kita tak sedar ni terlucut. Takut ilang akidah kita, takut ilang tauhid kita, takut ilang iman kita tanpa sedar.

Belum kita lihat musuh dari luar. Dari golongan kafir dan yahudi. Dalam al-Quran disebut, golongan kafir ni akan buat kita ni keluar dari Islam tanpa kenal erti putus asa. Mereka ingin memurtadkan umat Islam. Tak hancur umat Islam dibom, hancur akidah. Itu yang diorang inginkan. Dari segi pakaian ikut yahudi dari segi akhlak ikut nasara. Jangan ikut yahudi nasara yang tiada panduan hukum dalam kehidupan. Berapa ramai orang Islam memilih jalan yan salah, memilih agama selain dari Islam. Islam bkn setakat pada ic jek. Nak masuk syurga malaikat x tgk pada ic. Macam Lina Joy, ic tulis Islam tapi agama???

Hidup kita ni sekali. Oleh itu, kita teruskan perjuangan yang belum selesai. Perjuangkan Islam.

Renung-renungkan…

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Amal

17 May 2009

Bersyukur

Cube bygkan situasi dimana kita tgh ada kerja yang penting yang perlu disiapkan dan pada masa yang sama kita perlu buat satu lagi kerja di tempat yang lain. Dan ada lak kawan kita yang dtg ckp dia blh tlg kita wat kerja yang lagi satu. Ape yang kita akan ckp pada kwn kita itu? Sudah pasti dan pasti kita akan cakap, “terima kasih kawan, kaulah kawan yang terbaik aku penah ada”.

Itu dengan manusia, dgn hamba. Mcmne lak kita dengan DIA? Pernah x kita bersyukur atas segala nikmat dan pemberian yang telah DIA bagi kat kita? DIA dah bagi kita rezki, bagi kita kehidupan, bagi kita kwn2, bagi kita pancaindera dan byk lagi. Tapi, pernahkah kita sentiasa menyebut kalimah syukur kepada-NYA??? Apakah kita dah lupe nak sebut kalimah ALHAMDULILLAH? Bkn ssh nak sebut, senang jek. Dak tadika pun boleh sebut.

Sudahkan kita bersyukur hari ini? Berapa kali kita bersyukur hari ini? Apa yang kita syukuri? Kepada siapa kita bersyukur?

“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memberikan pernyataan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Ku-tambah nikmat-Ku kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih” (Ibrahim: 7)

Senang jek nak bersyukur. Dapat sesuatu nikmat, biasakanlah lidah kita sebut Alahmdulillah. Bagaimana pada saat kita mendapatkan sebaliknya, misalnya kehilangan laptop? Apakah kita bersyukur? Ya kita kena tetap bersyukur, yakinlah, selalu ada rahmat ALLAH disebalik peritiwa yang buruk pada pandangan kita. Kalau kehilangan laptop, apa yang disyukuri. Kita besyukur, yang hilang hanya laptop bknnya barang yang lebih berharga. Mmg pedih tapi itulah hakikatnya. Yakinkanlah hati dan diri kita kepada ALLAH.

ALLAH memiliki segala yang ada di langit dan di bumi termasuklah diri kita. Kita adalah milik ALLAH dan demikian jugalah segala apa yang kita miliki.

Oleh itu adalah menjadi satu tanggungjawab kepada kita untuk bersyukur kepada ALLAH atas segala nikmat yang kita terima. Sudah tentu nikmat yang kita perolehi terlalu banyak sehingga kita sendiri tidak mampu menghitungnya.

Cukuplah sekiranya kita bayangkan bagaimana jika matahari terus menerus memancarkan cahayanya sepanjang hari tidak kira siang mahupun malam? Sudah pasti ketika itu tiada kehidupan yang dapat bertahan hidup di atas muka bumi ini termasuklah manusia.

ALLAH berfirman dalam surah Qasas ayat 72 yang bermaksud: "Katakanlah: "Bagaimanakah fikiran kamu jika ALLAH menjadikan siang kepada kamu selama-lamanya hingga ke hari kiamat. Tuhan yang manakah lagi selain ALLAH yang dapat membawakan malam kepada kamu untuk kamu berehat padanya? Maka mengapa kamu tidak mahu melihat?"

Cube bygkan jika ALLAH x bagi kita nikmat malam, dah tentu kita mati kekeringan. Air dlm badan kita terhidrat, kering lesu kita ni.

Kita sepatutnya lebih bersyukur jika ALLAH tambah nikmat kita lagi-lagi bila DIA memberikan kamu nikmat kesenangan. Ameklah iktibar dari kisah Qarun yang mati ditelan bumi bersama harta-hartanya yang membuatkannya alpa dan lalai daripada bersyukur kepada ALLAH.

Rasulullah SAW pernah ditegur oleh isterinya, Aisyah apabila melihat baginda berterusan bersembahyang sehingga menyebabkan kaki baginda bengkak.

Aisyah berkata: "Bukankah Allah telah mengampunkan dosamu yang terdahulu dan yang akan datang? Baginda menjawab: "Salahkah jika aku menjadi seorang hamba yang bersyukur?"

Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik bagi kita. Baginda mengajar kita bagaimana cara untuk bersyukur kepada ALLAH. Iaitu segala nikmat yang telah kita terima mestilah dibalas dengan semakin mendekatkan diri kepada ALLAH.

Sebagai tanda kesyukuran juga, kita hendaklah melaksanakan segala yang diperintah dan menjauhi segala yang dilarang oleh ALLAH.

Semoga dengan segala bentuk kesyukuran seperti ini akan menghampirkan kita lagi kepada ALLAH dan ALLAH akan menambahkan lagi nikmat yang dikurniakan-NYA kepada kita. Jika kita dikurniakan kesenangan dan kemudahan, bantulah yang memerlukan. Sbb nikmat yang ALLAH pinjamkan kepada kita itu bukan utk diri kita sahaja tetapi utk kesenangan org lain.

Para ulama mengemukakan tiga cara bersyukur kepada Allah. Pertama, bersyukur dengan hati nurani. Kata hati nurani selalu benar dan jujur. Untuk itu, orang yang bersyukur dengan hati nuraninya sebenarnya tidak akan pernah mengingkari banyaknya nikmat ALLAH.

Kedua, bersyukur dengan ucapan. Lidahlah yang biasa melafalkan kata-kata. Ungkapan yang paling baik untuk menyatakan syukur kita kepada ALLAH adalah hamdalah. Dalam sebuah hadis, Rasulullah bersabda, ''Barangsiapa mengucapkan SUBHANALLAH, maka baginya 10 kebaikan. Barangsiapa membaca LAILAHAILLALLAH, maka baginya 20 kebaikan. Dan, barangsiapa membaca ALHAMDULILLAH, maka baginya 30 kebaikan.''

Ketiga, bersyukur dengan perbuatan, yang biasanya dilakukan anggota tubuh. Tubuh yang diberikan Allah kepada manusia sebaiknya dipergunakan untuk hal-hal yang positif. Menurut Imam al-Ghazali, ada tujuh anggota tubuh yang harus dimaksimalkan untuk bersyukur. Antara lain, mata, telinga, lidah, tangan, perut, kemaluan, dan kaki. Seluruh anggota ini diciptakan ALLAH sebagai nikmat-NYA untuk kita. Lidah, misalnya, hanya untuk mengeluarkan kata-kata yang baik, berzikir, dan mengungkapkan nikmat yang kita rasakan.

ALLAH berfirman, ''Dan terhadap nikmat Tuhanmu, hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (dengan bersyukur).'' (Dhuha [93]: 11). Sama-sama kita renungkan dan amalkan. insya ALLAH.

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Amal